Followers

18 Apr 2011

Sedikit Maklumat Tentang Gripe Water

Jenuh menunggu masa sesuai nak buat satu entry. Hari ni serabut sikit. Line Maxis problem. Lost contact ngan dunia luar laa... AHHHA. MAk aku tipon pun aku takleh nak respon.


 Entry ni khas untuk Adira Cinderella. mekasih sebab tanya macam-macam. 
Ada gak modal aku nak buat entry.






Tu lah dia ropa Gripe Water yang aku cakap tu.
Al-kisahnya pada suatu hari ketika berpantang, Oni tak berenti-berenti nangeh dan kerap muntah selepas menyusu. Mak Abah kata perut Oni kerap kembung. Jenuh le jugak taruk minyak angin. 
Baby memang biasa kena colic ni. 

Baby akan sentiasa nangih, nangih dan nangih bila kena colic. 
Nangeh teruk gak la. 
Takleh tido dibuatnya.
Jangan terkejut sekiranya kita pun turut serta nangeh sebelah baby tu. Time dalam pantang ni emosi tak berapa nak mantap sangat, apatah lagi kalau beranak sulung kan? 
Tu pengalaman aku la.


Lepas 3 minggu, aku ingat Oni dah tak de la kembung perut dah. Aku dah balik Lumut. 
So, bermulalah masa aku menjaga Oni sendirian tanpa bantuan Mak. Kalau sebelum tu Oni nangeh takleh tido sebab perut kembang, Mak la yang mendodoikannya. Abah tau aje cara nak mendiamkan Oni.
Tapi, malam tu Oni nangeh, aku pun nangeh skali. Sapa nak tulun aku uruskan Oni?


Masa tu la Abah suggest aku beli Gripe Water.
Dia cakap dia lupa nak gitau aku selama ni. 
Aku siyes haram tak penah dengar gripe water. GRAPE water aku tau la. Perasa ANGGUR kan? HAHAHA... Abah soh cari kat farmasi. BEsoknya aku merantau cari gripe water tersebut dan akhirnya aku jumpa kat kedai jual barang baby. Kat Guardian pun ado.


Untuk baby berusia bawah 3 bulan, just bagi seciput aje gripe water tu. Aku boh dalam air minum dia. 
PAksa gak Oni minum air walaupun dia tak berapa gemar. Alhamdulillah, lepas tu ONi dah buleh tido dengan nyenyak sambil kentut-kentut. 
Haa... menderita gak rupanya kalau takleh kentut ni ek?
Lepas tu, aku terus tukar botol susu ONi kepada MAM. 
Maka sejak itulah colic Oni berkurangan hari demi hari. Takde muntah-muntah dah.



Berikut adalah sedikit detail pasal Gripe Water jenama Woodwards neh:

Mengandungi 148ml. Gripe Water telah digunakan sebagai cara yang lembut untuk melegakan kembung perut dan sakit perut memulas bagi bayi dan anak kecil terutamanya semasa pertumbuhan gigi.

Sukatan:

* 1 – 6 Bulan - 1 sudu teh ( 5ml )
* 6 bulan – 2 tahun – 2 sudu teh ( 10ml )
* 2 tahun keatas – 2 hingga 3 sudu teh ( 15 -20 ml )

Sukatan ini boleh diberi selepas makan atau sebelum makan sehingga 4 kali dalam masa 24 jam.

Ramuan aktif setiap 5 ml:

* Terpeneless Dill Seed Oil 2.3 mg
* Sodium Bicarbonate 52.5 mg
* Nipasept Sodium 0.15% w/v



Selain digunakan untuk melegakan kembung perut dan masalah penghadaman untuk bayi, orang dewasa cam kita pun buleh minum. Menda ni buleh disimpan lama. Sangat elok diberikan kepada anak-anak yang sakit gusi sebab nak tumbuh gigi. Baby nak tumbuh gigi kan asyik meragam dan selalu jugak kembung perut sebab dia taknak makan as gusi dia sakit.
So, buleh dikatakan gripe water ni haruslah ada dalam peti es umah korang yang ada baby. 


Jangan risau. Gripe water ni tak de alkohol. BUleh rujuk sijil HALAL kat SINI


makbed berkata:
 Masa aku sakit gigi ari tu pun aku bedal gripe water ni. Aku pun tatau le apsal aku teringin sangat nak minum. Perut aku asyik bunyi-bunyi jek. Elok pas minum tu, aku dah buleh sendawa dah. Ekceli, aku suka ngan botol kaca tu. Sangat retro okeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram