Followers

30 Apr 2011

Saya rindu Inche Kitchi.

TInggallah aku sendiri.......

~sob sob sob~


Inche Kitchi suda pergi tinggalkan aku dan Oni petang tadi. AKu lak lupa nak suruh dia tinggalkan duit. Haiyaahhh! Tak pasal je kalau nak pakai duit lebey kena gi kuar pangkalan, gi jolok kad. Hmm..nyampah sungguh.. Seb bek la dia ngan Kurau gi naik Bibah Viva, tak bawak Bambam Bee. 

Sayangnya laki aku kat aku, dia tak anggap kereta dia mcm bini yang WAJIB dibawak ke sana kemari untuk dibangga-banggakan. Sesetengah orang, nak je bawak keta (yelahh..Bambam Bee kan macho dan anggun) tayang sana sini, tunjuk dan rasa diri hebat dengan kereta. 
Kereta adalah kereta..Digunakan untuk memudahkan semua orang bergerak.
TAk kisah la itu Bambam Bee, ataupun Datsun sekalipun. 


Aku baca status fesbuk Angah, katenya dia eksiden. Keta wira dia jahanam teruk jugak. Haih..camno ni pengantin? 


Skang jam 2 pagi. LAst sms aku terima, dia dah sampai RnR Sungai BUloh. Aku tidokan Oni jam 10 malam ni. Aku terlelap sekali. MAlangnya, 3 jam pastu aku terjaga. Dan.... NAH. Siap sepinggan spagetti carbonara express pakai PREGO jek. Tetiba lapar nak mkn spageti, padahal nasik ado je tak bersentuh dalam periuk tu. Sambal ikan kak ropi pun ada. 
Dah perut mintak spagetti kan? Layankan je dari lansung tak lalu makan.
  NAseb bek SEDAP weh! 
Terus datang idea nak blogging.


Dah lama sangat tak kena tinggal. Jadi manja plak.
Huuu... rindu kamu la Bucuk! Mana buleh tido kalau takde bau ketiak. 
Ceh, selalu ado je kat sebelah, takleh tido jugak. Alasan~


Teringat masa lalu waktu hamilkan Oni, gini jugaklah keadaan aku.
Takleh tido. 
Beza sekarang dan waktu itu, aku berjauhan dengan Inche Kitchi.
Dia di Lumut , aku di KL. Sakit dan rengsanya juga sama.
Bila malam, aku bangun. Kelaparan dan berseorangan. 
Bila terjaga dari tido , kendian takleh lelap dah, aku pandang je henpon. 
Kendian, mengongoi sendirian.
Bila terasa tendangan Oni, aku nangeh lagi teruk. 
UNtuk taknak bagi orang dengar aku nangih teresak-esak sebab umah aku umah flet, aku tutup muka ngan bantal.
EMosi aku bebetul teruji ketika itu. YAng aku mahukan hanya Inche Kitchi...taknak yang lain. 


Betapa terasanya hati aku bila aku sms dia tak balas.
Sapo nak balas tetengah malam buta jam 4 pagi? Tido la kan? 
Aku sms cakap AKU TAKLEH TIDO dan rindu dia. Then aku ceritakan pasal baby.
Panjang ooo aku taip. 
TApi senyap..takde reply. 
Haa..tu pun buleh wat nangeh. 
Sabo je la. 
Teruk gak keaadaan masa tu. Semuanya tanggung sendiri. 
Boleh baca entri lama-lama sekitar 2009 , korang akan paham bagaiamana emosi seorang mak buyung yang duduk jauh-jauh dari suami dia. 

Things are a lot better now. Baby kedua lebih bernasib baik. 
Skang aku dah dok bawah ketiak Inche Kitchi. TAkdo dah nangeh-nangeh cam budak kecik tetengah malam. Aku ada kawan-kawan dah. Bila tak sihat je, ado orang yang mengambil tahu. 





Kamaruzzaman Haida (Ida Kurau)dan Misses Bunk Seman ( Illa) adalah jiran yang baik. 
Sebaik saja suami-suami bepergian suami Illa tak pi kot, Ida dah kasi signal. 
I have nothing to worry. 
Kot aku nak beranak ke, aku guling-guling komando je turun tangga gi umah dia. HAHAHHAHAHAHAH. 
Kalau dok KL, kejiranan sana tak sebesh sini. 
MAsing-masing layan diri sendiri. Ado pun jiran sebolah tu, bangsa Cina yang amik tau pasal aku. Dorang je. Tu pun diorang ingat aku bini number dua sape ntah yang ngandung, suami datang melawat 2 minggu sekali. Grrr.... Laki aku navy lah! Aku bermadu ngan IBU PERTIWI.


Besok nak masak laksa. Weee...~  

Dah kot takat ni. Aku nak check resepi laksa. Spageti aku pun dah habih dah ni. Jom tido.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram