Followers

21 Apr 2011

[RESEPI] Sotong Kejiranan C14 Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Tengok tajuk OK.  MAcam nak gi berperang!



Cuti-cuti tanpa sebab munasabah adalah sangat memboringkan, tanpa jiran yang besh. Ni lah bagusnya dapat jiran yang berjawatan pengurus rumahtangga sepenuh masa. Pepagi aku ajak Ida Kurau gi market. Kalau haku gi market ngan Oni je tak jadi apalah jawabnya. Asyik nak berdukung aje. LAgi dekat tarikh bersalin, lagi mengada-ngada CIk Oni kita ni. 


Dah berapa ari ni teringin nak makan sotong. Udang pun teringin gak tapi udang kat sini kekecik betui. Masa ni lah aku teringat kat Abah. Abah kalau beli udang musti yang beso tapak tangan tu. Huuuuu.... Mungkin udang beso tak habih mengawan lagi. Kan Kan... 


Ida KUrau ajar wat resepi sotong baru. Besh..besh..

Bahan-bahannya:
5 ekor sotong (dibersihkan)
6 biji cili kering (gunting tak payah rendam)
1 sudu kecik biji ketumbar
1 sudu kecik jintan merah
2 batang serai (amik yang putih sahaja)
3 biji cili api (sebab pakai cili burung yg Kak Yati bagi, jadi sikit je la cili nye. Klau pakai cili api biasa tu taruk le lebih sikit.
3 biji bawang merah.
5 batang pencungkil gigi


Cecaranya:

  1. Blender cili kering, jintan merah dan biji ketumbar guna blender kering. Asingkan.
  2. Serai tu nak pakai yang putih aje,. Potong kecik-kecik. Masukkan dalam blender kering. Campurkan sekali cili api. Blend. 
  3. Tumbuk bawang merah sampai hancur. 
  4. Kendian, masukkan semua bahan blender dalam lesung, tumbuk skali ngan bawang tu. 
  5. Panaskan 1/2 sudu minyak masak. Minyak sikit je yek. Tumis bahan tumbuk tu suma sampai garing. Hati-hati jangan sampai hangit. Stenbai le sebab kang sure bersin-bersin baek punyo. Ah choo..ah chooo! Oh, jangan lupa taruk garam dan gula sikit.
  6. Dah garing, kuarkan. Sumbatkan le sambal tu dalam sotong. Boh le pencungkil gigi tu sebagai kunci keselamatan. Kang masak sotong tu terkeluar pulak sambal-sambal nye.
  7. Gunakan kuali leper, masukkan sesudu atau dua butter. Planta pun ok. Goreng sotong dan balik-balikkan pakai penyepit. (Penyepit tu aku takde jadi guna penyepit Ida. KEKEKE...Sok beli kat pasar malam. Asek lupa je.)
  8. Dah masak boleh la angkat. 


Sotong Sumbat Kejiranan C14 Bersatu Teguh Bercerai Roboh



Nama resepi tu reka sendiri-sendiri je. AHAHAHAAH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram