Followers

21 Apr 2011

[RESEPI] Puding Kastad Buah Mak Buyung Yang Berdikari

Dah dapat review sedap baru aku leh boh dalam blog. EHHEHEE.... Cam biasa la..Jiran-jiran le yang jadi tukang rasa segala makanan yg direkacipta.


Semalam aku tetiba ngidam sangat nak makan oren dan stoberi. Sungguh-sungguh terbayang di mata kaler oren dan merah berselang-seli, terhias cantik di dalam pinggan. Woho!! Inche Kitchi duty pulak. Demi mereliasasikan rasa kemengidaman ku, aku bawak Oni dengan boyot-boyot tu gi terjah TESCO. Walaupun kaki aku lenguh nak jalan, aku lawan jugak. Kan aku penah cakap dalam entri lepas-lepas, kalau mengidam tu jangan susahkan orang lain especially suami. Suami takdo? Gi la cari sniri. Apedehal~


 Nasib baik ada itu oren sunkist dan juga strawberry. Terkinja-kinja lah Oni bertepuk tangan nampak stroberi yang merah tu. Oni shukeeeee stoberi!




Balik tu Oni paksa aku kuarkan stoberi. Malam semalam tu dia makan 3 bijik stoberi tau. So, pepaham jelah bahan kumbahan dia lepas tu kan. Memang le lawas. Kebetulan, Oni dua tiga hari ni berak keras sebab nak tumbuh gigi lagi. Bagus la jugak idea makan stoberi tu.


Pehtu aku potong buah oren ngan stoberi tu kecik-kecik. Nak buat puding!



Bahan-bahan:

1 tin fruit cocktail
1 biji oren (potong dadu)
4 biji strawberi (potong la kecik-kecik bagi muat mulut nak makan)
1 bungkus agar-agar biasa
6 cawan air
5 sudu gula
1 helai daun pandan
2 biji telur
2 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
1 sudu kecik esen vanilla


Cara-caranya:

  1. Rebus agar-agar bersama gula sampai larut. Boh daun pandan sekali. Pehtu tapis. Buang daun pandan itu.
  2. Sambil-sambil nak tunggu gula dan agar-agar tu larut boleh sediakan tepung kastad. Pecahkan telur 2 biji, kacau then campurkan 2 sudu besar tepung kastad. 
  3. Masukkan dalam blender. Blend bersama susu cair dan esen vanilla. Blend kejap je, bagi sebati. 
  4. Pehtu masukkan dalam air rebusan agar-agar dan gula tadi yang tengah dok masak tu. 
  5. Masukkan buah-buahan.
  6. Boh le dalam loyang ke bekas agar-agar ke. Sejukkan seketika di luar. Pehtu, masukkan dalam peti ais. 

[RESEPI] Puding Buah MAk Buyung Yang Berdikari


 Sedap wo!



p/s - jenjiran ku, kalau nak tepung kastad, sila amik kat rumah saya. Mekasih!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram