Followers

8 Apr 2011

Pening kepala la.....

Cadang nak balik 5 menet sebelum pukul 5.30pm.
Gila boring  hari ni. 
TAkde sapo pun nak entertain aku. Aku nunggu si Sani datang amik surat kat konter. Surat yang Khusairi bagi kat aku soh pass kat Sani. Sebab nak kena sign bagai, aku tunggu aje la. Yang lalu-lalang cuma lak Pak Hamsap yang salu minum air tak bertapis tu. HEEHEHE... Boring..boring. Mata berpinar. Perut sendat. Makan banyak kot tengahari tadi. Kak Kiah kata, perut beso-beso gini takleh makan skali banyak. Kang semput. 

Aku mengah tui. Tatau posisi camana lagi nak duduk. Rasa cam nak demand kusi malas tokwan je bawak datang opis. Ala..kusi malas yang tali-tali biru merah tu. Siap buleh lunjur kaki lagi kan? Sapa yang lalu memang tegur cara aku duduk hari ni. MAcam dok menahan contraction lak. Hee... saja wat saspen je.


Tetiba aku terbaca satu stori kelakar kat FB. Gelak bahak-bahak aku wat pertama kalinya untuk hari tersebut. Pehtu aku terus copy paste dalam blog. Tu la, citer JANGAN PINJAM SELIPA JEPUN ORANG tu la. Lama gak aku gelak. 

Skali Cukod datang tempat aku ngan lenggang ala Tyra Banks nya tarik kusi dok sebelah aku. Boring le tu. Dia pun bace la entri tersebut. Pehtu dia gelak bahak-bahak plak. Dia layan baca blog aku plak pehtu. Dah le layan baca blog depan tuan punya blog lak. Pehtu gelak-gelak depan aku. Iskk.. LAwak sangat ke blog aku ni? 

"Ko punya ayat dalam blog macam cara ko bercakap hari-hari je..Bagus lah ko ni.." komennya.

HAa.. yelah. Ce kalo ko yang wat blog. Sure kuar ayat bunga-bunga cinta bagai dalam hati dalam taman. Muka je ganaz, tapi ....... [sambung sniri suda..]


 LAst-last aku gerak balik kol 5.40pm. Cis..Ciss..Ciss! Tak jadi balik awal 5 menet.


On the way balik, aku jumpa Sani kat simpang. 
Aku nak kuar, dia nak masuk.
Bambam Bee ngan Kereta Laju bertemu...

"Mana surat?" tanya Sani sambil petik rokok kat luar keta.
Haih, apa kes nak bawak surat dia balik skali. 
"Akak tinggal kat dalam laci laaa. Sila datang amik hari Isnin okeh.." aku sengih dalam berkata-kata. MAsa tu aku nampak muka Sani ada dua. Waaa... pening suda mari!
Pehtu Sani wat muka muncung tenggiling lak. Memang huduh. Nak wat camno. Esok cuti. HAHA.. Tunggu je lah sampai ISnin dik oi. 


Sampai-sampai umah, takde sapa. Inche Kitchi tidak dapat dikesan. Aku belum amik Oni lagi. Oleh kerana mata aku dah start berpinar-pinar dan aku dah jalan terhoyong-hayang dalam rumah sniri gara-gara naik tangga sampai ke tingkat 2, aku mengamik keputusan untuk mandi. Kot le buleh melegakan ketidakselesaan yg aku alami.


Dah habih mandi tapi kepala tak habih pening pun. Aku ni sebenarnya ngantuk. Tido semalam tak cukup. Dah berapa hari dah takleh tido malam. Memang adat le kalo dah 7 bulan ke atas ni. Dekat-dekat nak subuh baru nak tido mimpi-mimpi. Kalau tengah malam tido, takleh nyenyak. Oni kentut pun aku leh jaga, pehtu terus berjaga dan jaga dan jaga. HAIH!

Aku tidak mengamalkan tido lepas Asar. TAk baik. Buleh menyebabkan hilang ingatan dan penyakit gila. Apatah lagi tido dekat-dekat nak Maghrib. TApi tadi, aku tak dapat menahan ngantuk. Kebetulan Inche Kitchi hantar sms, cakap dia pi ngeteh ngan Kurau. So, aku pesan soh dia amik Oni skali masa balik nanti. Si Semut Merah pulak sms tanya aku makan cistat (cheese tart) tak. Aku main taip je jawapan ngan mata separa terbukak. Hoh gila ngantuk! Ngantuk sampai pening. 

 Tetau je aku dah tido.......ZZZZzzZZZzZzz...


Aku terjaga bila Oni terjun sebelah aku. MAsa tu dah gelap da. Tapi, tak ilang pun ngantuk aku. Lagi sakit kepala ada la! Memang takleh tido dekat2 senja ni. Iskkk~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram