Followers

29 Apr 2011

Nak Bayar Fidyah pulak

Antara perkara yang perlu aku selesaikan sebelum aku bersalin adalah Qada dan Fidyah puasa aku. Rasa tak sedap pulak nak bersalin dalam keadaan berhutang. MAsa bersalinkan Oni, aku tak puasa sebulan direct. Ganti pun tinggal beberapa hari tak habih. Puasa yang lepas, aku uzur beberapa hari, dan tak sempat ganti jugak sebab aku pregnant.

Gila banyak gak la hari aku nak kena qada puasa.

Kali ni aku akan tidak berpuasa lagi selama beberapa hari sebab insyallah akan 'termakan' sikit hari puasa tu dengan tempoh berpantang. Nak wat camno kan? Jadi, aku kena settle fidyah dulu sebelum masuk Ramadhan baru. Kalau tak, bergandalah fidyah aku nanti. 

Bila aku bertanyakan orang tentang qada puasa, banyak yg cakap, kalau tinggal puasa sehari contohnya, tak qada sampai 2 tahun, puasa ko jadi double. Fidyah pun double jugak. Aku selalu dengar macam ni tau. Korang sure ade kan?

Sebelum ni aku penah buat entri pasal Qada puasa. Aku penah jelaskan pada rakan-rakan yang berpendapat seperti di atas tapi, ada yang mengatakan bahawa aku silap. Maklumat yang diorang dapat adalah dari UStaz kat masjid dekat kampung dorang. Bla bla bla..

Aku berpegang kepada Islam itu mudah. Camana lah pulak kalau si ibu tu memang tak dapat nak ganti puasa untuk beberapa tahun disebabkan dia menyusukan anak, atau hamil dengan kekerapa 2 tahun sekali hamil? Hmm.. Tak ke banyak bilangan hari nak kena puasa tu?

Aku copy sikit maklumat dari entri lama dahulu.




selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?
Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.



Untuk artikel penuh buleh klik  sini  > QADA DAN FIDYAH


Ingat: Hukum qada puasa atau menggantikan puasa Ramadan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.


MEREKA YANG DIBENARKAN MENINGGALKAN PUASA

  1.  Orang yang hilang daya upaya untuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambah keuzurannya.
  2. Orang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar (memendekkan rakaat) solat.
  3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah untuk berpuasa.
  4. orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga kalau diteruskan akan mendatangkan mudarat baginya. (Orang kerja berat , kat tengah panas...)
  5. Perempuan hamil atau perempuan menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau anak yang disusui itu.

 GOLONGAN YANG WAJIB QADA PUASA

  1.  Orang sakit yang ada harapan uuntuk sembuh.
  2. Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi 2 marhalah.
  3. Orang yang kedatngan haid dan nifas
  4. Orang yang meninggalkan niat puasa.
  5. Orang yang sengaja melakukan perkara yang membatalkan puasa.
  6. Orang yang pitam / mabuk di bulan Ramadhan.
  7. Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkan dia berpuasa di bulan Ramadhan.

Kalau nak tengok jumlah fidyah yang nak kena bayar buleh klik sini > TAKSIR FIDYAH. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram