Followers

23 Apr 2011

Makbed telah mendera adiknya sendiri. [Memang KEJAM!]

Bila Number Five datang rumah [KIMI] aku cukup suka suruh dia buatkan sesuatu untuk aku. 
Tak kisah la dia mai rumah aku ka, aku balik Sik ka, aku akan suruh dia tunaikan jugak permintaan aku tu.

Permintaan pertama:

Aku suruh dia buatkan teh tarik. Teh tarik dia memang sangat sedap. Abah aku kalau baca ni musti angguk-angguk tanda setuju.


Permintaan kedua:

BUatkan kek batik. Waa...ni memang selalu la. Aku tak reti wat kek batik sedap macam dia buat. Kena air tangan dia jugak.



Bila aku dan adik-adik aku berkumpul, upacara buat kek batik merupakan upacara merapatkan silaturahim. Tukang penyet biskut biasanya adalah Number Six [Adik Fizul]. 
Tukang manage semua adalah Number Five  [Kimi].  
Number Three [Alang] tolong rasa. Tolong bancuh milo.  


Sonok dapat masak ngan adik-adik ni. Malangnya, aku tak masak pun. AKu cuma order dan tengok je. Diorang suka betui sediakan menda ni untuk aku makan. Dah tu, cemana la aku tak gumok kan?


Kalu beli kat pasar, tak sedap. Walaupun rupa kek batik kat pasar malam tu cantik dan kemas, rasa dia memang tak sedap. Kimi punya kek batik lebih sedap meskipun rupanya comot dan belengas. KEsimpulannya, jangan terpedaya dengan rupa paras yang menawan. Belum tentu sedap rasanya. 
Setakat skang ni tak jumpa lagi kek batik pasar malam yang sedap.


Aku dah sediakn bahan-bahan untuk Kimi buatkan kek batik. Antara bahan-bahan nya ialah:

1 peket biskut merie (sukati kalau nak lebih)
7 sudu besar Milo
1/2 cawan susu pekat
sedikit air panas
sedikit planta











Cara-cara Kimi buat kek batik:

gini le lebih kurang biskut merie yang dihancurkan. Jangan hancur lebur sangat. Tak sedap.
  1. Hancurkan biskut merie. Jangan terlampau hancur sangat. Kalau hancur sangat , kekbatik tu tak rangup bila makan. Kimi hancurkan pakai bontot cawan je aku nengok.
  2. BAncuh milo dengan susu pekat. Masukkan air panas sikit. Buat sepekat mungkin. Tahap kemanisan bergantung kepada daya ketahanan badan anda. Kalau diabetic, jangan le boh banyak-banyak. Diabetic takyah makan lansung lagi bagus. bahye!
  3. Masukkan bancuhan milo ke dalam biskut yang dihancurkan tadi. Kacau-kacau. Jangan tuang sampai habih. Tuang sikit-sikit. Sambil tuang, sambil kacau. Kasi milo tu merebak ke semua tempat (kemenda la ayat bahasa melayu aku ni?)
  4. Dah kacau tu, masukkan bancuhan ke dalam loyang. Penyek-penyekkan sikit kasi padat. Diselang-selikan dengan lebihan milo. Last sekali, boh je lebihan milo untuk topping. KAlau takde milo lebih, bancuh le sikit milo ngan susu kasi pekat sikit, then tuang atas tu. Nak buat topping aje pun. 
  5. Pehtu masukkan dalam peti ais. 

Kek Batik Kasih Adinda






Mak, mekasih suruh Kimi mai. Sudah siap teh tarik sama kek batik. Beshnya kalau semua orang ada.



Kalo makan kek batik dia ni, memang payah tui nak bercakap sebab coklat dia pekat gila. Puas la makan. Kalau yang pasar malam tu setakat makan pehtu telan je. Tak feel. Yang ni memang tak leh jual kat pasar makan sebab pakai MILO kan? Mau aku jual sebijik singgit kang! HAHAH...

Nur Kasih sure geleng kepala sampai berputar-putar nengok aku makan menda ni. Adesshh.... Tapi aku makan tak banyak pun. Adik aku wat setalam, pehtu aku distribute kat jenjiran. Ok kan..? Besok aku pas kat umah Ida Kurau pulak. 









p/s Adik saya yang ni belum ada yang punya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram