Followers

27 Apr 2011

Leganya rasa...

Kimi still ado kat umah aku lagi. Heavennya dunia bila dia ada. Buleh la aku rehat sikit. Tak de terkejar-kejar sampai berpeluh ketiak.

FYI, kaki aku dah membengkak! Bontot dah melebar dan muka pun dah comel. 
Tu tanda-tanda besar nak bersalin la tuh. AHAHHAHAHAHAha - gelak ketakutan!


Berikutan entri pasal Kimi baru-baru ni, ramailah pulak yang bertanyakan kisah adik aku. Ramai memuji. Bertuah aku dapat adik rajin-rajin - dah le laki-laki pulak kan? Mana le nak ada lelaki yang rajin nak masak, buat kerja rumah bagai. Heee.... yang nak pinang wat adik ipar pun ada gak. Iskk.. Bangga Mak aku baco nih. 


Kek batik dia memang sodap nyah!!! Aku bagi Illa dan Ida Kurau. Yang tak menahannya, Ida makan dengan penuh rasa jimat-cermat, takut habih. HAHA.. Aku pun cemtu. Skang, satu talam dah habih. Kang jap gi aku nak beli lagi bebarang, nak soh Kimi buatkan lagi 2 loyang. Sebab, dia nak balik dah Jumaat ni. Nanti takde dah kek batik. Kimi ni kalau suruh ke dapo, memang dia siok la. Jangan ko suruh dia cat umah, tebas rumput, korek serai..memang takmau nye. Dia suka wat kerja-kerja dalam rumah je. Mak aku kata, dia pandai wat popia. Ari tu aku penah makan. Sedappp.... Jernih betui hati ang ye Kimi. Mak ajaq skali je masak ang terus pandai. 

Ari Ahad ari tu dia tgh Junior Masterchef. HEHE.. cam haku la. Suka masak-memasak nih. Tapi, kalu laki memasak memang aku kagum la. Bertuahla sampai bersuamikan adik-adik aku nak-nak si Alang ngan Kimi. Patutla Mak tak bagi dorang gi jejauh. Kalau adik-adik aku takde, hilanglah tonggak kekuatan rumah. Tukang gi kedai, gi pasar takde. Tukang cuci rumah takde. Tukang masak takde. 


Makbed ado 4 adik laki. 2 je pompuan. Tapi, Abah memang dah latih anak yang laki-laki ni buat kerja perempuan. Tetamu datang, dema yang jamukan air. HEHEH.. Masa aku kena pinang ngan Inche Kitchi dulu, yang datang hidang air kat bakal mak mentua aku ialah Alang, dan yang bawak kuihnya ialah Kimi. HAHAHAHAHAH... Aku? Aku duduk bersimpuh aje kat depan. Siot tak? Alasan... aku takleh bawak talam. Nervous. Pecah cawan tu nanti. HIKkkkkks~ Alang lak kalao bab pi market, memang tereris. Pandai pilih ikan. Aku pun tak reti pilih ikan macam dia. Mak pun tak terer. Yang bab tu, memang matapelajaran yang diajar Abah. Mak cakap je beli barang nak masak gulai, tahulah Abah bahan-bahannya. Senangkan? So, adik-adik laki aku, stakat soh beli bawang, kacang buncis, cabai hidup, belacan ke... daun kunyit menda segala tu, celah gigi jek. Setengah orang tu siap kena google , tunjuk gambo lagi. Bunga kantan tatau camne rupa, gi google. Seb bek ada google! 


Semalam, gumbiranya balik ke rumah bila lantai suma dah dimop. Sampai ke dapo. 
Pagi tu aku tak sempat basuh pinggan. Penuh periuk belanga atas kabinet. Balik tu, dah clear dah.
Syukur sangat. Mekasih bebanyak Kimi. Botol susu Oni pun dia cuci skali. Siap letak atas tempat pinggan. Malam tu, dia masak nasik siap-siap sebelum aku balik. Aku siapkan segala rencah nak masak nasik goreng. Pehtu, dia lah yang goreng nasik tu. Sampai siap. Aku lak sibuk dok gayut ngan Mak kat telepon. KEKEKEKKEKE... Kakak yang kejam kan?

Oni pun takde bising-bising dah sebab Ateh dia ada layan dia setiap hari. AKu buleh mandi dan solat dengan tenang.


Hari ni aku mintak tolong dia cuci kipas siling lak. 
Sebab, dia tinggi. 
Kedua, sebab internet rumah aku takde jadi dia bosan. BUleh le suruh wat kijo. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram