Followers

1 May 2011

Laksa Goreng Simple

Dunia ku gumbira kerana Inche Kitchi sudah balik. Weeehu!



Dan pepagi ni aku tetiba teringin nak makan Chesse Egg Burger bekfes KFC tu. Korang try? Sedap taw.

Tapi nengok Inche Kitchi terbongkang cam kesian plak nak kejut. So, aku pun gi dapo tengok apa yang ada.

Huh, ada laksa semalam la! Ala...yang kuahnya hangit akibat sibuk mengumpat semalam tu.... [BACA SINI]


Aku google cari resepi laksa goreng. Tapi suma cam leceh je. Maka datang lah idea nak merekcipta. HHehe...

So, sapa yang berani buleh try resepi ringkas Makbed yang pemalas ni.


Bahan-bahan:

1 pek laksa yang dah direbus
Cili kering 10 biji
Bawang merah 5 biji
BAwang putih 3 ulas
Udang kertas segenggam (aku suka buang kulitnya)
2 sudu besar kicap mee.
1 sudu besar oyster sauce.
Kicap manis secukup rasa.


Cara-caranya

  1. Blend cili kering bersama bawang-bawang. 
  2. Tumis hasil blenderan itu. Biar naik minyak.
  3. Masukkan udang.
  4. Then masukkan kicap-kicapan. BIar mendidih.
  5. Last skali boh la laksa.
  6. Jangan lupa garam dan sedikit gula.

Gitu aje la. KAlau nak boh sayo hape ke boh aje lepas taruk mee tu. Umah aku masa kejadian masak ni barang-barang takde. Jadi ala kadar aje. Yang penting, Inche Kitchi tak nampak BAWANG. Boleh jugak nak campur sikit ikan bilis yang ditumbuk atau blend skali ngan cili kering.

MAkbed potong cili api kecik-kecik, boh kicap. PEhtu, siapkan limau nipis kat sebelah tu. Whahaha.. Dah ok dah la tu. MAkan 2 orang je kan.

GAmbo takde. Takde mood nak snap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram