Followers

25 Apr 2011

Lagi-lagi pasal preparation berpantang

Berikut adalah bahan-bahan tambahan lain yang diperlukan ketika proses berpantang aku besok-besok.

  • Stokin bola 3 pasang. MAsuk wishlist la kan sebab laki aku tak main bola la pulak. Kalau tak leh pinjam je stokin dia.
  • Minyak panas. Pati halia tu aci tak? Nak sapu kat betis ngan kaki then sarung stokin lepas tu. 
  • Bengkung - pinjam Semut Merah punya.
  • Barut ubat herba - Kak Kiah ada bagi dalam Jamu Afiat tu. Pakai masa berbengkung. 
  • Limau nipis - sapu perut sebelum berbengkung
  • Kapur - sapu kat perut masa berbengkung
  • Daun sirih - Banyak kegunaan. Salah satunya , guna basuh luka jahitan. Rebus bersama manjakani dan asam keping.
  • Manjakani - selain rebus untuk buat air cebokkan, aku makan menda ni. Pahit ko!!
  • Asam keping - kena beli banyak lagi. 
  • Pilis  dan param - ni kena tanya Ida Kurau. Dia expert. Sebelum ni tak penah pakai.
  • Kunyit hidup - rebus ngan manjakani pehtu minum. Kasi kecut segala yang patut. Ari tu Abah aku kasi aku makan Ibu Kunyit. Ngaaa~
  • Spirulina - untuk menjayakan mission diet tanpa kekurangan zat-zat penting untuk badan. 
  • Bidadari - yang ni makan lepas habih pantang. Besh..besh... Dah try dah. Ada lagi ke menda ni di pasaran? Cam takde dah jek! Sapa taw?
  • Rotan - dah ado dah kot Inche Kitchi nak rotan aku sebab tak pantang bebetul. WAKAKAKAKAKAKAK!



Ada pape lagi tak nak kena prepare? 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram