Followers

4 Apr 2011

Kisah Baju Mengandung Mak




Hari ini saya rasa saya comel seperti MAK.



Kenapa?



Kerana saya pakai baju mengandung MAK yang saya selongkar dari store bilik tempoh hari.

Saya basuh semuanya dan skang saya ciwi setiap hari kerana setiap hari saya akan pakai baju baru pegi keja. Saya tetap akan ciwi walaupun baju tu 2nd hand - Mak saya punya.


*****Tukar gayabahasa sikit*****


Aku suka tengok Mak pakai apa pun. Mak nampak sangat cantik. 
Masa Mak mengandung Mak lagi nampak cantik. Tetiap kali tengok Mak, aku pun berangan nak cantk macam Mak. Mak cikgu kat sekolah tempat aku belajar. Tapi, Mak tak penah jadi cikgu kelas aku. 
Hmm.. teringat masa pepagi gi skolah ngan Mak.


Mak memang selalu je peknen. Lepas ngandung, beranak. PAstu ngandung lagi. Beranak lagi. Tahun 1989, aku dah naik darjah 1. Aku paham la kot cemana peknen tu. Mak peknen tak macam aku peknen skang. Mak dulu kurus jek. Kalau ado gambo Mak memang aku letak sini tapi suma gambo ada kat Abah dan gambo-gambo tu kena la scan. Lecehs....


Mak kata aku peknen skang ni macam dia peknenkan adik bongsu aku, Si Adik tu. Wahahaha... Adik tu yang nombor 6 tau. Bayangkanla, aku ni baru mengandung kali kedua dah gini rupanya. Mak aku lagi sepuluh kali kurus dari ni. Harus tak jeleh?


Mak ada banyak baju mengandung. Jubah labuh. Tangan panjang. Comel-comel belaka. 
Mak pakai baju-baju tu gi mengajar. Masa Mak ngandung, aku asyik pandang je baju Mak aku pehtu berangan bila la buleh pakai baju Mak aku tu. Nak ngandung lambat gi. Period pun belum. Masa tu tatau kot period tu hapa baru sekolah rendah.  Sepanjang aku sekolah rendah tu, MAk aku ngandung 3 kali. Selang 2 tahun. Maka, keraplah aku tengok Mak pakai baju mengandung.


Semalam, masa aku iron baju-baju mengandung yang diwariskan kepada haku, aku senyum sengsorang. 
Aku ingat lagi betapa aku suka bila tau aku bakal dapat adik lagi dan lagi dan lagi, but tetiba bila adik-adik aku lahir aku jadi menyampah lak sebab asyik kena cuci lampin, berak, kencing, bancuh susu bla bla bla.. Macam dok kat rumah pengasuh lak rasa. Banyak budak kecik. Menyampah bila adik-adik aku nangeh-nangeh bila tak cukup attention. Menyampah bila asal naik kereta je aku kena riba adik-adik aku. 
Tetambah la Linda. Waahooo..dia sangat berat.


Tapi, aktiviti paling besh bila jaga adik ialah tido siang. Lepas sekolah je konon aku nak mengulor, aku offer kat Mak nak kasi adik tido. Mak aku pun ON je. 
Yey! Buleh tido siang. 
KAlau tak, aku kena buat keje skolah, translation dan sbg nya.
Mak aku musti la suka sebab bila anak-anak tido semuanya, dia pun buleh wat keje ngan aman. 
Skang, aku dah paham perasaan Mak bila anak-anak kecik dia suma tido. Kiranya aku ni membantu gak la kan? Ingatkan kemalasan aku ni tak de gunanya. Hikhikhikhik~

 Selepas bersalin Kimi, aku pun dah naik sekolah menengah tak lama pastu. Mak kena C-Sect masa bersalinkan Kimi. Sebab tu le Mak tak peknen dah. Huh, lega sungguh aku. So, aku leh stadi dengan aman damai tanpa perlu gado-gado ngan adik-adik aku yang ramai tu. HIHI..
Then aku dok asrama. 
Masa aku naik form 5, sibuk-sibuk nak SPM, Mak aku tetiba je gitau yang aku bakal dapat adik lagi.
Laaa... ingatkan Mak aku dah pencen beranak dah.
Tapi, masa tu aku dah beso panjang. 
Adik-adik aku pun dah tak pakai pampers, buleh basuh berak sniri suma. 
Kimi pun dah tak minum susu pakai botol dah. 
Jadi, aku rasa okeh kot nak ada adik kecik lagi. Boleh kasi meriah rumah dengan bunyi tangisan baby. 
BAb nak jaga tak yah susah hati.
Adik-adik lain ramai, soh depa je jaga. 
Aku tukang suruh jek skang. 
HUAHUAHUAHUAHUAHUAHUAH.... 
Buleh le tengok Mak pakai baju peknen lagi. 


 Elok aku habeh SPM, aku dah ada adik tecik.
Mak kata..

"Last dah. Pasni takde dah adik. Tunggu Kak Liza lak kawin."


Belek baju ngandung Mak. Lepas iron, aku sangkut elok-elok. 
Ada kaler pink, dark purple, putih with gold polka dot dan satu lagi blouse purple siap seluar skali.
Sengih sengsorang.
Terasa cepat masa berlalu. 
Dulu, aku dok berangan nak jadi macam Mak. Skang, aku dah pun jadi Mak.


Abah selalu kalo tengok aku especially time peknen, dia akan cakap..

"Hang ni macam Mak hang."


 Aku sengih je masa tu. TApi ekceli, rasa nak nangeh la plak. Ye ke aku macam Mak?



Makbed dan Mak kepada Makbed



Hmm.. maybe sama. Tapi perangai tak sama.
Mak tak penah pose cam ni.
Aku je over acting.



Breakfast makan coklat hoke! Besok ada OGTT. Memang terbaek la kalu tetiba gula lebih dalam badan.






-hari ni baju mengandung mak pilihan makbed ialah PINK-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram