Followers

25 Apr 2011

Kini setiap malam adalah MALAM PERTAMA!

Poyo je aku ni kan. Blog tak feymes pun nak letak LIKE button. 
Tak kira! Nak letak jugak. KAsi meriah sikit. 

Klik laa..Klik laaa LIKE tu.



****


Masa korang kawin dulu kan, ada tak korang buat BUNTING beso punya taruk gambo korang cecantik, pastu gantung kat jalan masuk kampung korang ataupun kat depan jalan masuk umah korang?

BUNTING macam ni..









Lepas habih majlis kenduri korang tu, apa jadi ngan BUNTING nih?

KOrang buat tikar?
Buat langsir?
Buat bumbung reban ayam?
Recycle? Kalau buleh la...
Simpan wat kenangan? Tapi nak simpan kat ne?


Kalau setakat nak gulung je boh dalam store, tak ke membazir namanya tu. 
Buat berabuk bersawang aje. Aku ni plak jenis tak berapa gemor simpan barang-barang tak pakai. 
Tapi, takkan nak buang pulak benda ni? Ada muka aku tu....  Isk..Isskk... Dilema sungguh!



Aku ada idea besh. Korang buleh tiru kalau suka.










Korang buat la langsir!!!MySpace




Al-kisahnya, umah kerajaan ni banyak sungguh tingkap. Dari aku pindah, kendian aku bersalinkan Oni, aku tak sempat nak peruntukkan masa buat langsir. Tingkap umah ni banyak sungguh! Besar-besar. 
Masa berpantangkan Oni, Mak Bidan bising cakap bilik aku terang sangat. Tak elok untuk baby. 
Number Five [KIMI] tolong lekatkan kertas minyak kat cermin-cermin tingkap tu since cermin tu je yg takde railing. Nak pasang, MALAS! Lagipun bukan rumah sendiri, ye dak. KEDEKUT!


Ada sesetengan umah kerajaan cam aku ni (aku perati umah jenjiran) buat langsir untuk tingkap tu. 
Tapi tak ramai. Yang lain just biarkan bogel je. 
Masalahnya, kalau biar bogel, cahaya mentari masuk terus ke bilik menyuluh mata.
Kebaikannya ialah, ko sihat sebab dapat vitamin D lebih dan ko bangun seawal jam 7 pagi terutama pada hari minggu. 
Keburukkannya ialah, ko takleh bangun lewat dan time tengahari ko takleh tido dalam bilik sebab terang sangat.


Disebabkan tingkap yang tak bertutup langsir tu la yang membuatkan aku malas nak tido dalam bilik.
Tido luar je. Luar lagi gelap dari dalam bilik since suma tingkap luar ada langsir. 


Skang, aku da ada 'langsir' terbaek. AHHAHA... 
Kimi yang pasang. SENANG.
Takyah pakai tali, takyah railing... Cuma pakai paku je. Lubangnya dah ada.
BAru le romantik sikit bilik aku di tengahari yang rembang. 


Mak aku sure bangga dengan anak dia yang sangat inovatif ni.
Semalam baru dok bincang nak wat bunting cam aku punya untuk majlis Angah nanti. 
Tapi aku cakap "tak perlu pun takpa" since kegunaannya hanya pada hari itu sahaja. Membazir.


Tapi, lepas aku buat camni, maybe tak de la membazir sangat wat bunting majlis kawin korang kan? 
Ada guna ape.......  Buleh merapatkan hubungan suami isteri.
Bila rasa nak gado je, tengok bunting tu. Terasa macam baru je kawin semalam. 
HEHe.. tak caya kome cuba la. 



Kini, setiap malam adalah malam pertama!!!




Bunting ni Ayah mertua yang buatkan tawww. 
Touching aku...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram