Followers

11 Apr 2011

Kepelbagaian BENGANG aku pada hari ini. phbbtt!!

Kebengangan peringkat 1

Semalam baru pasan yang permit exam aku menunjukkan aku seorang LELAKI. 
Nama aku tetiba jadi HALIZA BIN JALIL. 
Hah sejak bila ni? Aku pun tak pasan sebab aku amik permit tu sehari seblom exam
Silap haku la jugak la sebab tak check bebetol. Salu tak silap pon!

Si penjaga periksa tu lak yang tegur aku masa exam start.

"Aiyak, u punya permit nama lelaki tau. Tengok ni?" sambil tunjuk nama aku yang salah.

Nasib baik buleh gak jawab exam. Cuma aku kena suruh agensi wat surat pembetulan la pulak.
Kang tak pasal je sijil insurans aku nama Haliza Bin Jalil. 
Tak agak-agak!



Kebengangan peringkat 2

Aku sms kerani agensi dan maklumkan pasal kesilapan tu. 
Dia dok sibuk tanya salah sapa. 
Maksudnya, salah dia ke atau salah orang yang mengeluarkan permit. 
Aku lak malas nak jawab menda-menda gitu. 
Aku tak salahkan sapa pun. AKu cuma kata nama aku SALAH.
So, sila buat apa yang patut je
Menda-menda tuding jari ni bukan keja aku dan bukan satu menda yang seronook untuk dilakukan. 


So, cik adik kerani ni kata nanti dia wat surat. Sebab dokumen yang nak kena hantar cumalah copy IC saahaja untuk mengesahkan bahawasanya aku ialah HALIZA BINTI JALIL - bukan BIN JALIL. 


"Kalau cam tu, besok saya buat. Copy IC akak ada kat opis. So, besok saya buat surat hantar kat MII" kata Cik KErani tersebut.


Aku pun lega udah. TAkyah pikir.



 Kebengangan peringkat seterusnya

 HAri ni gi keje, Cik Kerani tu telepon.
TAnya sekali lagi apa nak kena hantar kat MII. 
Haih, smlm kata dah paham. Bukannya nak dokumen banyak pun. 
Cuma nak copy IC jek. 
Pehtu, ko kasi la memo ke  hape dalam surat tu. 
Pepandai ko lah. Aku taknak pikir dah pasal menda tu. 
Semalam cakap buleh je wat.


Pehtu, aku cakap lagi suma menda yang aku cakap semalam, then dia kata dia paham. 


"Ok , BYE.." 

Hah, habih convers
ation takat tu je.



5 menet pastu dia sms. 


"AKAK, BOLEH TOLONG FAXKAN COPY IC SAIZ A4 TAK. X DA LA PULAK. NO FAX NYA IALAH 05-*** ****"



Dah pulak!!!

Kalau mesin fax tu dok bawah ketiak aku je memang le aku suka nak fax. 
Tapi, mesin tu dok atas kat pejabat admin. Aku takleh nak tinggal tempat, merayap naik atas gi fax.
LAgipun aku tatau guna mesin fax yang serba canggih tu. 
Nak jalan pun aku malas. Maka, aku kena suruh orang le fax kan. 


Haku suruh dia tunggu jelah sampai aku ada masa nak fax. Tapi, dia nak seblom 4.30pm. Aku dah sampai ke peringkat, "papo jelah"
Tandanya, malas nak layan dah.



 Kebengangan peringkat susulan

Jam 4 pm dia telepon opis aku lagi. Tanya dah fax ke blom.
Aku call Kak Ann tanya.
Kak Ann kata dah lama dah fax. 
Then, aku call pulak Cik Adik Kerani ni cakap dah fax. 
Pehtu, dia ckp ..


"Oooooooooo..dah dapat dah! Tapi, tak clear la. BUleh tulun fax lagi skali?"



Aku dah hangin dah. Wadehel???!


 LAst skali aku ngan ganasnya berkata...


"KANG PETANG AKAK GI JE LAH SANA. BESOK AJELAH KO HANTAR SURAT KAT MII TU!"


Haa.. hamek ko. Jangan wat menda jadi renyah untuk aku buleh tak?
Aku tak repot kat bos ko pun dah cukup ok dah.
Jangan sangka perut aku buncit berisi manusia aku tak mampu nak marah orang okeH! 
Buncit is buncit. Marah is marah. 
It's totally a different thing but connected in some way I don't know how
Ape aku cakap ni?





Bengang lagi..


Kan tak pasal je aku kena gi agensi dulu sebelom balik?
Aku ni nak singgah Tesco beli pampes anak aku kang.
Lambat la aku balik. Dah le kang nak balik umah masak nasik. 
nche Kitchi duty lak. Iskkkk..... hampeh punya budak! 


First time kot aku marah bebtul kat budak kerani ni... Salu aku cool jek. 





Bengang tahap rasa diri bodoh.


Ado la kontraktor ni datang nak jumpa Cik Mior. 
Dah tua dah orang ni. Muka kekwat je ngan aku. Cakap omputih pun ala-ala cam taknak cakap je ngan aku. Maybe dia ingat aku ni receptionist , tak reti cakap omputih. Atau maybe dia anggap level English dia tak sama cam haku. So, last skali, apa dia cakap pun aku tak paham. 
YAng aku paham cuma dia NAK JUMPA EncIK MIOR jek. 


 So, aku call la henpon Mior neh. Mior soh tunggu jap. Dia ada keje kat atas. 
So, aku cakap le kat kontraktor tu, tunggu kejap. Nanti Cik Mior turun. 

 10 menet pastu kann...

 Kontraktor ni bangun tanya aku apsal Mior tak turun lagi. Aku cakap, tunggu kejap. 
Mior ada meeting. Tapi, sekejap lagi dia turun la. Dah tu dia duduk.


 Pehtu kan....


Call bunyi. Aku pun angkat.
"Boleh saya cakap sapa Encik Mior?" kata suara di talian. 


Tapi..... aku dengar suara tu jelas sangat. Then aku tanya lagi...


"Sorry, nak cakap ngan siapa?


Dia jawab... "Encik Mior"


Memang suara tu clear sgt kat telinga aku. 


Aku jengok sikit kot konter. Rupanya, kontraktor tu telepon line opis pulak.
Nak cakap gak tu ngan Mior! 
Aku ckp le Mior tengah meeting.

"Ohh.. saya dari ******* company ada appointment ngan dia la. Boleh saya cakap dengan dia skejap?"


Aku cakap lagi.... "Encik Mior tengah meeting. Boleh saya ambil mesej?" Sambil tu aku jengok si kontraktor tu dari meja aku. HAHA.. TAk ke cam bodo?

"Ohh.. cakap dengan dia saya sudah sampai kat LPP yaa..." orang tu cakap lagi dengan penuh perasaan. Sambil tu mata dia pandang aku. 


Dalam hati, aku rasa cam gila tenggiling sungguh la pompuan kontraktor ni. Dia tak pasan ke yang dia dok tengah bercakap ngan aku kat depan? Aku tau la kedit ko banyak, buleh call-call suka hati je. TApi, ko sedar tak ko tengah bercakap ngan aku kat depan ko ni? PAKAI HENPON?
Kamon la!!!
AIYOOOOO!!!!


"Ok.. nanti saya gitau Encik Mior.." AHHAHA... still layan lagi tu. Adeh.. Camni la keje aku weh.


Huuu..... pinggang sakit rasanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram