Followers

17 Apr 2011

Kenapa aku tak tido lagi skang.

-entri jam 1.02 am -



Apsal tak tido lagi?


Citer nya camni.


Pagi-pagi lagi aku dah berkobar nak buat kuah durian memandangkan durian dah banyak sangat kat umah. Aku dah kuarkan isi dan boh dalam tapawe, taruk peti es. Ada 2 biji setengah je pun, tapi bagi aku banyak la. Aku leh makan 2 ulas je . Takleh banyak. Kang sakit urat lak.

Lepas bawak Oni pi klinik, dan dapat tahu yg Oni tak kena demam campak, aku pun balik. Sebelum sampai umah singgah pasar, beli kelapa parut since santan takda. Dah sampai umah , aku terus kuarkan tapawe isi durian tu dan campak semuanya dalam periuk besar.

Pehtu aku perah kelapa parut , nakkan santan nye kan? Tetengah dok perah tu, Ida Kurau datang umah bawah 2 bijik bawang putih. AAHAHAHAA... aku gi pasar tapi lupa beli bawang putih lak. Aku sms dia cakap nak amik sikit bawang dia. Kang nak masak lunch.

Resepi kuah durian diberikan khas oleh NiNI D untuk aku. Dia tak makan kuah durian tapi dia berusaha dapatkan resepi dari jiran dia yang sangat suka bagi kuah durian kat dia. Nini D emailkan resepi tu kat aku. Hee.. suwitnya Mak Dobot ni. Mekasih.


Tak susah pun nak watnye. Cuma campak je isi durian. Tuang santan sesuka hati banyak mana mo. Boh daun pandan selai dua, then garam dan gula ikut suka. PAstu ekjas la nak pekat ke tak pekat ke nanti. Aku suka yg pekat-pekat. Mujur le durian tu manis so aku takyah tambah gula beria. Tu pun, kuah tu jadi banyak. Sapa nak mkan banyak-banyak?

Janagn riso............................... Jiran umah bawah kan ado.


 Sudahnya kuah deroyan aku tu jadi sangat sedap. Bukan nak puji saje, tapi aku rasa sedap. Tu pun aku kawal diri jangan makan banyak sangat. Aku bagi kat jiran bawah, Ida Kurau tu semangkuk. Mangkuk tu pun ekceli mangkuk dia. HAHA... ntah brapa banyak pinggan mangkuk dia landing kat umah aku. Asal masak je, dia antar. Pehtu aku bagi balik. BEsok tu pinggan tu dtg balik. Megik tak?

Aku makan lagi skali kuah durian tu cicah roti menjelang petang. Ada lebih lagi sepinggan lebih kurang kuah tu then aku masukkan semuanya dalam satu pinggan (pinggan Ida jugak) , aku letakkan atas meja. Sambil tu pikir nak bagi sape la makanan ni. Aku rasa aku dah takleh makan lagi dah. kang ado gak yang nangih sakit belakang kang.

Then aku gi pasar malam nak cari air kelapa.


On de way tu aku sms Ida...


 Kuah deriyan ada sepinggan lagi. LAST. Aku takleh makan dah. Kechiex (Inche Kitchi) tak makan. Ang amek la kalu nak. Ada atas mejaaku boh. Amek la roti skali atas meja tu.


Tak lama pastu Ida balas.


 Best..Best. Heee.. aku mintak Kurau nek umah ang skang tau.


 Pehtu aku balas lak..

Umah aku takde orang. Aku pi pasa malam. Masuk je...


 BAlik umah tu pinggan kuah durian tu dah lesap! HEHEHEHEH... Setel.



Dah nak pukul 10 ke 11 malam cemtu, aku rasa belakang aku sakit. Dah agak dah. Nak duduk pun rasa lenguh. Tapi aku tak semput. Cuma takleh sendawa je. Aku ni memang jenis payah sendawa. Kentut senang. Tapi, seingat aku hari ni kuantiti kentut aku sikit jek. HAHAHA.. urat kentut terpusing la tuh. Jangan gelak na. Betui ni!


Dah tu, aku sms la Ida. Tanya dia wakpe. Aku dengar ado orang berketuk-ketuk memalam. Ntah hapo dok bertukang ntah. Rupanya dia yg bertukang tu. HEHEHEH...


Awat? Hang sakit nak beranak ka?



Aku pun cakap le belakang aku sakit. Sebab makan durian la kot. 5 menet tu dia sampai. Bawak minyak angin. Nasib bek Oni dha tido. So, aku ajak Ida masuk bilik je la untuk sesi mengurut. Lega la sikit lepas mengurut tu sebab aku dah boleh sendawa.

Pehni aku dah takde durian-durian dah la. Habih dah durian dalam peti es. Tak larat dah kot nak tgk.

 Sori ..gambo kuah durian takleh load sebab kabel tertinggal kat opis.

Skang ni aku lapar lak tetiba. Dush..Dushh..Dushh!

Sebab tu la aku blom tido lagi.  Layan GEGAR GEGAR tak abih gi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram