Followers

3 Apr 2011

Kenapa aku menyampah tengok pompuan bawak moto

AKu bukan anti perempuan pakai tudung naik moto. Ala, biasalah dok kampung-kampung atau taman... bila jenajalan bawak adik tu kadang malas nak sarung helmet. Dulu-dulu aku pun cemtu gak. Tapi masa aku dulu , SUSAH nak dapat pegang moto cup abah merendek suka hati keliling taman. 

Sebab pertama, aku takde lesen lagi. 

Sebab kedua, mak aku kata kaki aku tak sampai tanah.

Sebab ketiga, tak elok anak dara weng-weng tayang kepakaran bermotorsikal tak pasal kat taman. LAgipun, kat taman banyak pakwe-pakwe yang baru dapat lesen moto yang form 5 , form 6 tu... Haa... jadi, Mak aku tak kasi kuar takut anak dia (aku la) gi ngorat diorang. *Bluwek!


TApi, bila aku ada lesen moto tatkala aku naik form 5, Mak aku tetap tak bagi gak aku bawa moto suka hati. Lagi klakar bila dia soh aku gi kedai kerna terpaksa, so aku naik la moto. Dia pesan.... soh bawak pakai gear 1 ngan  2 jek. KAlau gear lebih-lebih tu dah kira laju dah. Muahahahhaa... Aku dengar tau cakap Mak aku. Korang bayangkan je la ek camana rupa aku bawak moto sampai gear 2 je.


Semalam, aku tetiba hanginkan 2 orang budak pompuan. AKu bajet dema ni dalam tingkatan 4 kot. 
Samada depa ni memang takde lesen, atau tengah ciwi sebab baru ada lesen. 
Pompuan yg bawak moto tu pakai tudung, tak pakai helmet. 
Pemboncengnya kawan pompuan dia la. 
Takde la mengganggu pemandangan aku pun diorng ni cuma cara budak bertudung tu bawak moto buat aku cuak. Aku risau kang bersepai kepala otak dedua orang tu atas jalan kat depan aku jek. 


Sambil bawak moto tu, mata tak tgk depan. Melilau mata tgk mat rempit lain. Bila nampak sekumpulan mamat-mamat baya dia, maybe satu kelas la kot, wah kemain dia wat aksi menawan atas moto tu. Konon nak tunjuk "Yeahaha.. walaupun aku bertudung, aku leh willie cam korang.." Lebih kurang cemtu la ayat rekaan aku. Bambam Bee kat depan diorang ni. Disebabkan aku sedang melalui kawasan perumahan , masa tu lak petang , banyak budak balik sekolah, so aku drive slow je. Kat situ lak banyak bonggol. 
Bila aku lalau bonggol haruslah aku slow bagi mengelakkan perut Bambam Bee yang rendah tu tak tersagat. Yang wat aku berbulu tu, asal aku nak slow, dah naik lampu brek ketiga kat belakang, budak pompuan bertudung tu tak pay attention. Ye la.. sebab dia dok asyik borak-borak ngan kawan belakang dia, sambil main suap-suap goreng pisang lak atas moto. ISKK.... ko yg nengok tu tak cuak ke?


Last skali aku brek gak. Sampai bonggol ketiga, minah tudung ni tensen kot. Cehh, konon aku ni bawak keta lembab la kan. Weh, bonggol banyak tu. Lagipun kat situ rumah orang. BAnyak budak kecik dok main depan umah depa. Takkan aku nak bawak 180 km/j lak?  

Tetiba je minah tudung ni potong keta aku. Siap kasi hon lagi... 

TIN! TIN!! Gitu bunyi hon dia. 

Sambil hon tu, dia toleh kiri pandang aku sbg drebar BamBam Bee yang lembab, dan kendiannya dia besit laju-laju. Fuh, gila ! LAju wooo! Kawan pompuan yang bonceng tu lak leh dok sengih bangga sambil sedut teh ais dalam plastik. 

Ok.. That's fine. She was ahead of me then. 

Tetiba....


Bila sampai kat satu simpang 3 ni, dimana simpang tu aku pun nak masuk jugak lepas tu, moto minah tudung ni kena hon ngan satu Van sekolah. Melelong la kejap moto dia. Melatah la kot sebab terkejut. 
Nasib baik tak jatuh.
Aku nak gelak pun ada tengok diorang terkengkang-kengkang membalancekan moto yang terhoyong-hayang tu. MAcam ko nak beskal takde brek. Bila ko nak brek, ko brek pakai kaki. Ha, camtu ahh. 


Akhirnya, aku berjaya melintasi diorang yang berenti kat tepi jalan sebab tak abih lagi terkejut. Diorang dedua tu buleh dok sengih lagi. Aku pun tatau apsal. Suka kot kena hon? Dah tu aku bukak tingkap, then aku jerit..

"Woi, bawak moto tu cantik-cantik sikit. Nasib baik tak jatuh tadi!" 


Aku tatau le apa budak 2 orang tu kutuk aku. Tapi, at least aku dah tegur dah. Bukan pe, kang eksiden kang. Kalau mati takpe bleh terus tanam je. 
KAlau cacat, takde kaki, takde jari takde, telinga putus ke.. Tak ke susah mak bapak nak letak harga bila nak menikah esok?


 Di sini aku paparkan beberapa sebab kenapa aku hangin ngan budak pompuan naik /  bawak moto..

  •  Bila perempuan bertudung naik moto TAK PAKAI HELMET, aku cukup bengang bila tengok rupa depa yg hodoh lawak gila bila tudung depa kemek kena tiup angin masa. AKu rasa cam nak tahan moto dia, tolong betuikan tudung beliau. Kalau dia pakai tudung bawal la. Tudung awning tu ok gi. 
  • Bawak moto selekeh. Tak kisah le nak pi dekat-dekat pun, buleh tak pakai kemas sikit. Ni pakai baju singkat. Angin tiup, dah nampak buntut. Kalau bontot lawa takpe gak. 
  • Menunggang moto pakai slipar. Tau tak kalau jatuh , kaki dulu yang kena. So, kenapa nak pakai slipar je naik moto. Pakai le kasut sarung. Tak payah le pakai sport shoes nak gi kedai pun. Tapi, pakai le kasut yg tutup sikit kaki. Untuk keselamatan beb! Ingat, anda ialah seorang perempuan. Kaki berparut kang.
  • NAik moto tak pakai sweater atau jacket atau pape yg leh cover baju sniri. Ni memang aku selalu tegur kazen-kazen, kawan-kawan aku. Jaket atau sweater bukan takat nak elak badan sejuk je, tapi ia untuk mengelakkan orang nampak badan kita yang sangat curvy tu. APatah lagi bila naik moto , angin lintang tu selalu je tolak-tolak baju kita kan? Ko tak nampak la, sebab ko bawak moto. Orang yang tengok tu nampak beb! 
  • BAwak moto pakai baju kurung dan sandal atau kasut tinggi bertali buleh nampak jari kaki bagai. Konon seksi la tu. Wohoo.. ni bahaya siot. Pakai kebaya lagi siut bahayanya. Pakai skirt? Hmm..pepandai la sniri. Menunggang biar selamat. Selamat dari kemalangan, selamat dari gangguan orang. Seeloknya, jangan biar orang tau kamu ialah FEMALE RIDER. 
  • BEG TANGAN! Suka sangat sangkut beg tangan kat bahu atau letak kat bakul. Hape laaa.... 

Banyak nak tegur kalau bab awek bawak moto ni. Isk Iskk.. Ni sebahagian jek. 
Kenapa aku tegur? 
Sebab , aku memang berpengalaman sangat dah kot jadi female rider sejak dapat lesen.
Dan aku memang female rider tegar bila aku dok KL. 
10 tahun lebih aku di KL, belalang tempur je la kenderaan rasmi aku. Aku keje siang, balik tengah malam. Kadang balik Subuh. Hari-hari macam tu. Dan macam-macam dah aku jumpa. Alhamdulillah, aku tak penah kena pape kejadian ngeri yang membuatkan aku trauma. Eksiden je skali. Sampai patah tangan aku. 
Nanti aku citer la pasal eksiden tu. 
So, ni tips yang aku sendiri amalkan sepanjang masa aku jadi minah rempit bertudung
berhemah selama 10 tahun sehinggalah aku mengandung 4 bulan. 
Laluan biasa aku dulu-dulu ialah Kota Damansara ke PJ, PJ ke Kepong, PJ ke Kajang dan yang paling kerap KL Sentral ke Kajang. Semua tu dulu tempat keje aku.


  • Sweater atau jacket memang pakai without fail. Saiz jaket haruslah besar dari saiz badan asal. Kalau baju biasa pakai saiz M, jaket atau sweater aku saiz L atau XL. Tudung kasi masuk dalam sweater.
  • Kasut kalau keje opis kena pakai high heel. So, kasut aku ialah BOOT. Kaler, hitam. Bertutup! Berzip lagi. Kalau hari biasa-biasa, aku pakai sneaker or tennis shoes. Slipar? Pakai jalan kaki gi pasar je.  BUkan pe, kang kalu aku kena kejar ngan orang jahat, high heel aku still melekat lagi kat kaki. Takde la tanggal-tanggal, lari tak pakai kasut plak. 
  • Helmet harus ada visor. Helmet aku ada 2. Version siang dan malam. Kalau kerja siang, kena pakai helmet bervisor gelap. Mata aku kan ada penyakit tak tahan cahaya matahari. 
  • Key atau bandana. Ala kain kecik 4 segi tu. Kain tu selain gunanya untuk tutup idung ko dari kena jerebu KL, ianya bagus untuk melindung muka ayu ko dari dilihat oleh lelaki-lelaki jongos yang tunggu masa je nak kaco korang. Lagi pulak kalo ko lawa. Haaa...
  • Beg.. Masa tu aku tak pernah kenal hand bag. Tak penah bawak. Tak penah terpikir nak bawak. Aku cuma bawak back pack bercorak askar yang digalas kat belakang. So, dari jauh memang tak nampak cam awek. Beg tu skang aku wariskan kat Kimi. Sayang woo beg tu. 
  • Confidence and cautious. Kalau takde keyakinan, ko akan bawak moto terhoyong-hayang dan itu lebih membahayakan. Cautios kena ada. Kalau ada confidence je, jangan tanya kenapa ko tetiba berada kat bawah taya lori. 
  • Memang tak pakai baju kurung apatah lagi kebaya bila bawak moto. Kalau terpaksa sangat, aku boh baju kurung tu dalam beg. Sampai destinasi, tuko. Takpun, car pool je sudaa.... 
  • Baju hujan jangan tinggal. Laki takpe la basah-basah boleh je redah. POmpuan, kalo nak redah, makse sure ada baju hujan ek. 
Tak kisah le ko ulang alik Manjung ke Air TAwar sekalipun atau jarak tempat keje tak sampai 5 kilometer, keselamatan tetap kena jaga. AKu nengok banyak awek-awek kat area Pantai Remis, Segari, Manjung, Air TAwar naik moto selamber abah dia je. Dah le lori banyak. Jalan pulak kebun kelapa sawit kiri kanan. Hee.. Tolong le jaga-jaga masa menunggang ye kawan-kawan.



google mari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram