Followers

20 Apr 2011

KAsih Ibu Bawak ke Syurga

Aku dah kaborkan ari tu Pengasuh Oni takde seminggu start Isnin. 18 haribulan. Jumaat baru balik.


Ingat oklah Oni duduk ngan Ida Kurau. Slalu tu pantang nampak je makcik tu, Oni dah gawang-gawang tangan suruh dukung. HAri ni, aku cakap ngan Kak Anne, aku masuk tengahri. Half-day. 
Ida habih mengurut jam 11.30 am gitu, then aku terus hantar Oni turun gi umah dia. 


Pehtu, aku drive gi keje.

Memula gi isi minyak kasi penuh tank. Pehtu gi beli jajan nak makan dalam kereta. HAHA..cam nak pi balik kampung jek. Layan lagu Dr. Dre ngan Eminem, I NEED A DOCTOR sambil bawak Bambam Bee... slow-slow. Lega rasa sebab ada gak orang leh ngasuh Oni.
KAlau tak tu Illa yang nak jaga, tapi Illa tak sihat lak.


Sampai opih dalam kol 12.30 tengahri. Aku nampak Kak Anne jalan ngan Kak Yati dan Kak As nak pi club untuk lunch. Aku da makan da. 
Malas la nak jalan lagi. Terus aku hangkut beg lektop masuk opis.
Dok kat konter. 


Tak lama pastu Ida Kurau sms.


Adoi.. Oni teriak nak ang. Dia nampak keta ang gi keja tadi terus teriak. Cmano? Dia nak nek keta je. Aku bawak balik teriak pulak. 


Haa..tu petanda tak bagus tu. 
Kalau teriak saja-saja tu maknanya dia tak berapa besh dok situ la. Yela.. umah takde kawan.
Oni kan suka bising-bising
. Memula aku soh gitau Inche Kitchi dulu. Tapi, Inche Kitchi pun mana leh wat pape kalu Oni ngamuk. KAlau dah sebut Ibu..Ibuuuu tu maknanya Ibuuu la yg kena datang. Satu hal lagi yg buat Oni jadi emo tu sebab dia ngantuk. Saje aku tak bagi dia tido sebab nak soh dia tido umah Ida. So, skang dia nangeh sebab meragam ngantuk, ngan sebab taknak dok ngan Ida. Dah jadi double. 


Kalau dah nangeh takmo diam, sampai bengkak matanye, takkan aku nak dok diam-diam kat opih? NAk keje pun tak besh. Kesian la pulak. TAnpa berpikir panjang-panjang , aku terus amik borang cuti yang memang ado je kat bawah tu. Aku tulih nama, tarikh cuti pehtu sign. Sebab cuti tak tulih le plak. Lupo! Terus naik atas gi meja Cik Phia. Aku mintak dia sign. Aku cakap aku nak cuti sebab anak aku takde pengasuh 3 hari. HHAHAHAHA.. tulus dan telus tak? 

Dia tak tengok pun bebetul borang cuti aku, tapi dia sign. Itu yang penting. HAHAHAHHA...


Oni, Ibu amik UNPAID LEAVE taw dak. Nak amik annual leave, besok-besok nak pakai lagi. Angah nak kawin, nak kena cuti. HAih..HAih! 

Kasih Ibu bawak ke syurga. Bab anak-anak ni aku memang tak de kompromi. Aku dah leh bayang dah muka Oni yang sebek dengan muka yang melekit-lekit dek ayaq mata. Sahih comot anak aku. Oni kalau menangih memang sungguh mengkesiankan. Tersedu-sedu... mmg macam kena tinggal mak tak balik-balik. ALahaii... Oni.


Aku terus memecut macam Maikel Shumeker balik Lumut. Huhh!
Hari ni memang rasa tak larat. Tapi, kalau nak ikut hari tak larat, besok pun tak larat gak. Minggu depan lagi tak larat. Inche Kitchi kate tadi, tak larat tok sah le pi keje. Rehat je.Tapi tu la... selagi tak beranak memang tak larat je rasa. Berat. Nak tumbang. Nasib bek Iche Kitchi ni jenis tak suruh masak. Aku je yang tak leh makan makanan luar selalu-selalu. Tak puas. 
Skang, aku dah balik umah balik dah. Tak panas pun kusi opih tu aku duduk. Jadi lagi tak larat pulak. Isk ..iskk.. 


At least, aku dah sign surat cuti. So, tidak le aku serba-salah sangat.



****


Aku balik umah tadii, bukak-bukan je pintu, aku rasa cam kosong je umah aku. Umah aku kena rompak ke? Macam ada yang TAK De jek. 

Then Ida naik umah bawak Oni. Habih minyak-minyak muka Oni dek peluh. Nangeh sakan sungguh. Tapi, masa aku sampai dia dah bertenang dah. Ida bagi dia makan ayam goreng. Nampak aku je Oni dah taknak lepas dah. Masa kocik-kocik senang la nak tinggal. Skang ni, dia dah beso. Payah le kalao nak tinggal kat sebarang orang. Oni memang cari ketiak Ibu dia jugak camana pun. Kalau aku tinggalkan dia begitu sahaja, aku rasa dia ingat aku tak sayang dia. 

 Nak pi TESCO laa..
NAk pi beli Oren ngan stoberi. 
Sapa nak teman?



p/s: thanks Ida tulun jaga ONi. Kesian kat ang. Kena dera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram