Followers

16 Apr 2011

Kali ni biar Oni pulak buat entri

Hai peminat-peminat Ibu sekelian....






Best sangat ke duduk depan lektop lama-lama?
Ibu ni..

Pantang aku lepa ja , pantas buntut dia duduk atas kusi then ngadap lektop.
Nak kata feymes sangat sampai kena hapdet status fesbuk setiap jam, tak de pulak.
Aku pun tatau hamende yang Ibu buat hari-hari ngan fesbuk.
Bila masuk bab blogging pulak, kadang tu jari dah keras sebab kejang pun masih nak menaip.
Time dia ada idea la...
Time dia takda idea , dia melengung je depan lektop tu.

HAh, kali ni aku lak nak wat entri.
Skang aku dah pandai picit-picit lektop tau!
Saja je tak nak tunjuk bakat depan Ibu..
Ibu ngan Ayah tu pantang aje aku rapat kat pc diorang
KEDEKUT nauzubillah!

Ada skali tu , aku geram sangat sebab Ibu asyik sangat layan fesbuk sampai tak kawan ngan aku
Aku tarik-tarik wayar telepon.
HAHAH.. rumah ni wayar suis suma dapat aku capai dengan mudahnya.
So wadehel la kan?
Aku tarik tarik tarik tarik tarik...
Tetiba Ibu menjerit kat aku.
":JANGAN TARIK !!!
Aku tarik gak.
Bekesan tau!
Lepas tu, aku tak nampak pun Ibu ngan Ayah bukak fesbuk.
Baik je diorang dok depan tv ngan aku.

Rupanya,
tindakan aku tu telah memutuskan urat dalaman line telepon tu.
So, takde la internet.
2 hari la jugak takde internet kat rumah.
Aku la yang hepi sudahnya kan.
Tapi, pastu kan.. Bila aku tarik lagi, Ayah dah ready kat belakang aku dengan rotan ....
Huuu...


Hari-hari aku suka kacau Ibu
Sebab Ibu suka bebel.
Lagi banyak Ibu bebel lagi aku suka.
Kalau Ibu jerit, aku lari.
Ada la sebab aku nak lari-lari dalam umah kan?
Takkan nak lari tanpa sebab pulak.
MAsa Ibu tido, tak besh la lari-lari. Takde orang tengok. Bosan.

Kenapa aku suka kacau Ibu.
Ibu bila marah kelakar wo..
Lagi ibu kata 'Jangan' lagi la besh nak wat.
Ibu takleh kejar sebab Ibu gemok.
Dalam tummy Ibu ada baby.
Jadi, aku lari lagi laju dari Ibu.



Antara aktiviti kesukaan aku bila ngan Ibu ialah
  • cabut kain cadar tilam sebab Ibu memang sangat tak suka cadar tak kemas
  • berebut penyapu dengan Ibu..Aku pun nak sapu sampah jugak.
  • Tuang mainan yang Ibu letak dalam kotak pehtu buat-buat pandang Ibu dengan muka tak bersalah. Pehtu, Ibu kemas balik lepas aku tido. Then, aku bangun, aku tuang balik kotak mainan tu. HHEHEHE.. Saje... Ibu 'gagah' sangat. KEna kasi bersenam sikit. 
  • Punggah periuk belanga Ibu susun kat kabinet bila Ibu dok masak. Kadang-kadang Ibu buat derk je. Tapi, bila Ibu terpijak menda yg aku punggah tu Ibu terus BERTUKAR jadi hantu kak limah. Uuuuu... takot!
  • Nangih tak berenti-berenti bila mata ngantuk sangat. TApi bila Ibu duduk kat tepi nak kasi tido, aku terus bangun menari-nari sambil berlagu riang. Ibu bengang je nengok. Aku rasa kalau Ibu kurang kalsium dah lama tanggal gigi Ibu sebab asyik ketap gigi semedang masa tu.
  • Ibu lipat baju adalah besh. Aku suka tarik kain baju yg Ibu dah lipat. Heee... Pastu Ibu dah taknak lipat baju time aku ada. 
  • Masa Ibu sidai kain, aku suka lempar hanger bagi jatuh atas simen. Pehtu, terkedek-kedek IBu kutip . Lagi besh kalau aku leh buang hanger tu  jatuh ke tingkatbawah. Pehtu tak pasal aku kena rotan tangan ngan hanger tu. Iskk..patutnya aku buang suma hanger jangan bagi ada tinggal satu pun. Takde la kena rotan. 
  • Ibu suka masak kentang. Sedap.. Tapi, aku makan main-main. Ibu tak larat kejar nak suap, last skali Ibu makan kentang tu kasi abeh. NAseb..naseb...
  • Nyanyi dengan Ibu. Ibu suka nari-nari ngan aku. 
  • Hempap Ibu pun besh gak. Ada air bag. Jatuh tak sakit macam jatuh atas Ayah. Tapi skali tu aku hempap Ibu, Ibu terus nangih dan taknak kawan ngan aku selama 20 menet.
  • Aku tak suka kalau Ibu takda depan mata. JAdi, aku kena ikut je mana Ibu pegi hatta Ibu gi mandi or berak sekalipun.
  • Aku suka tolak sofa ngan kerusi keliling umah. Bukan satu, tapi semua kerusi yang ado. Hih hih hih... 

Tak lama lagi aku nak dapat adik. Pasni aku leh ajar Adik lak kaco Ibu. Semoga Ibu cepat kurus la pasni.

p/s - Saya tak demam campak pun. Doktor kata cuma ruam-ruam je sebab panas sangat. Ayah tak nak boh ekon. Nak wat camno.....



Yang benar,
-Oni-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram