Followers

20 Apr 2011

Kaji Penjualan Nasi Lemak di Sekolah? Whadehel!

Tak paham aku lah!

Apsal nasik lemak nak kena kaji pulak penjualannya di kantin sekolah? Aku rasa menda cam ni nonsense sungguh la. Takde nye nasik lemak tu punca bebudak skolah obes. Dulu masa aku sekulah aku melantak nasik lemak gak. Pepagi lagi. Bukannya banyak mana pun nasik lemak dalam pinggan budak sekolah, ye dak? Takde nye obes pun. 

Skang ye la aku obes, walaupun aku tak mkn nasik lemak hari-hari.

Ape ke nasik lemak tahun 1990 tak sama macam nasik lemak tahun 2011? Kandungan lemaknye berlainan kah? 

Nasik lemak kantin bukannya sedap mano pun macam nasik lemak Kampung Baru. Bebudak makan just nak lapik perut je. Pengusaha kantin pun pandai le bab bajet-bajet ni. Apa hal lak dia nak boh santan, garam , gula lelebih untuk budak sekolah. Slagi dia buleh jimat kos, dia akan cuba kurangkan suma. Asalkan jangan bebudak tu tak makan lansung je bila kat skolah, kan? 

Aku tau la... aku ada kawan jadi pengusaha kantin sekolah rendah. 


Yang jadi punca obes tu ialah jajan-jajan yang turut dijual di sekolah. Yang tu yang kena kaji. Aku memang sangat setuju bahawa sikap penjaga dan parents yang menjadikan kanak-kanak obesiti. Dari kecik lagi cemtu. Anak nangeh sikit, kasi eskrim. Nak kasi diam. Anak bebal sikit, ugut. Kalau ko buat abah suruh ni, abah bagi upah cikedis kat kedai Pak Maon. Mak malas masak-masak, bizi hari-hari balik lambat, ayah bawak gi KFC sebab ayah tak reti masak. Haa.. tu baru sikit tu.

Jangan salahkan sekolah. Kita yang kat rumah ni English Food Edukesyen pun tak berapa lulus lagi. So apa kata kita tak yah marah kat nasik lemak.
Kita marah kat sikap kita sendiri.







Sekatan jualan nasi lemak di sekolah dibangkang
18/04/2011 6:48pm

KUALA LUMPUR — Beberapa pertubuhan hari ini meminta kerajaan mengkaji semula arahan menghadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat pada kalangan ibu bapa masih rendah.

Sebaliknya kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.

"Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan,” katanya kepada Bernama ketika mengulas laporan media hari ini berkenaan peraturan tersebut yang berkuat kuasa serta-merta.

Mengenai cadangan agar Indeks Jisim Badan (BMI) dimasukkan ke dalam kad laporan prestasi pelajar, Hashim berkata perkara itu telah dilaksanakan menerusi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). — Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram