Followers

2 Apr 2011

Jom Makan Deroyan !

Durian punya pasal, sampai hari perut aku tak abih rasa 'panas' lagi. Bloated la ni. Aduih.



Semalam, Jumaat bersamaan 1 April 2010, opih aku wat April Fool kat staf-staf dia. HEhee.
Ado jamuan makan deroyan yakni deroyan semata-mata secara berjemaah. Uihh.. awal-awal lagi aku pesan kat Safety soh panaskan enjin ambulan siap-siap, kang ado gak yg terberanak awal di Jumaat yang mulia itu. Teheeeehee...





Kitorang makan kat tepi opih , ramai-ramai. MEmang siok. Takyah pinggan-pinggan skema bagai. Longgok je deroyan-deroyan suma atas simen. Kopak sniri ek. Aku makan slow-slow tanpa gelojoh sebab aku target makan 4 ulas je, walaupun nafsu ghairah nak makan tu membuak-buak.
Tu sebabnya ialah aku ada semput dan aku memang senang kena semput tetambah lagi kalo dah perut bulat camni. 
Sebab kedua ialah makan deroyan banyak ni panas , boleh la sangat-sangat bagi air ketuban pecah. Kalau aku memang nak sangat beranak cepat, memang le buleh cuba makan banyak-banyak. Tapi, aku skang ni blom ready nak pushhhhhh lagi! Heeee... Sabo nak ye. 










Memperkenalkan watak-watak yang memainkan peranan agak penting gak la sekali-sekala dalam blog Makbed. KAdang kome terbaca aku mention nama-nama seperti yg tertulih di atas, especially si Cukod. Haaa... Yang pakai kopiah tu la Cukod. Selalu dia pakai topi. TApi sebab hari tu hari Jumaat, dia pakai kopiah lak. 
Yang lidah terjulur tu Wak. Yang sebelah Wak tu, Shidee. Aku snap berapa banyak ntah gambo Shidee hari tu. SEMUANYA POSE DIA TENGAH MAKAN. Dia ni kalu nampak aku je musti tanya "ADA MAKANAN TAK?"  MAkan banyak, tapi tak beso-beso pun mamat ni. 
Yang pegang deroyan pose cam tokeh deroyan tu Sani. Ini pun lebih kurang gak la suka loncat-loncat kat depan konter. Bila aku bagi gula-gula , diam le dia. Sebab tu aku selalu stenbai gegula kat meja. Nak kasi kanak-kanak riang yang ramai ni ler. 
Pandai tak aku?

Menu lain pada petang tu adalah pulut dan santan. Sedap makan ngan durian. Tapi, aku diharamkan sentuh PULUT. Huuu... Skang aku dah masuk kategori 'SARAT MENGANDUNG' jadi menda bisa-bisa berangin cam pulut memang perlu dijauhi. 




Walaupun berat hati aku nak letak gambo sniri dalam ni, tapi aku letak gak sebab dah takdo gambo len nak tempek. Ha, korang nampak tak awek tu makan deroyan dengan bersungguh-sungguh? Tak cukup sebelah tangan, dia guna lagi sebelah. Isk..Iskk... gila makan sungguh la.
Maap le dik, akak amik gambo ko curik-curik. Hahahahahaha... 


Yang mak budak baju oren tu, pose lepas dah kenyang makan. Berpeluanglah korang tengok keadaan aku yang membesar bagai johan ni. Comey tak? Jangan jeleh ye. KAlau nak comey cam haku, silalah pakat dengan pasangan memasing untuk segera naik pelamin (bagi yg belum kawin) dan terus meroger untuk menimang cahaya mata. Korang akan melalui tempoh comel lagi anggun selama 9 bulan.
Bagi yang dah kawin dan yang penah ngandung, sure teringin nak ngandung lagi bila tengok aku yang comel ni. KAn Kan KAn? *aku terlebih gula malam ni..


Lepas habih je acara makan-makan tu, semua balik le ke tempat kerja memasing. Aku pun balik konter balik. Maka tiba lah ke saat yang paling aku tak gemor... Bila sesapa yang makan deroyan, datang kat konter aku sesaja je gi belahak sendawa dalam jarak 3 kaki dari aku, memang bau nye 'semerbak' satu lobi. 
Rasa nak penampo je.
KAlau korang tak caya, cuba la makan deroyan pehtu sendawa depan bakal mak mertua korang.



Sekian laporan aku pasal makan durian semalam. Buleh tak tetengah malam gini nak minum slurpee. Hadehh.. Nasib baik la aku dok LUmut. Dah ada 7Eleven. 
Kalau aku dok Sik?



terasa ganjil plak bila malam ni Oni duduk diam-diam sambil tengok Astro Ceria. Nampaknya aku kena jugak suruh Inche Kitchi pasang Cartoon Network. Memang dia dok senyap je depan tv.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram