Followers

3 Apr 2011

Isteri yang mengidam tapi tak kena pukul ngan laki dia

Maybe lektop haku ado virus kot? Kesian Nini D. Aku nampak kat blog dia je bintik-bintik campak tu. Blog org len takdak la pulak. Lektop ni pun kejap-kejap vibrate gambonye. Takpe la..kang aku suruh Inche Kitchi godek. Suruh dia servis skali. HEHEHE...


Semalam try macam-macam kat blog. HAri ni dah jadi lemau lak otak. Dari semalam aku nak minum slurpee. Suruh Inche Kitchi kuar gi beli on the way dia nak balik umah lepas habih meeting ngan bebudak kereta. Sampai tetido la haku melayan Oni. Sedar-sedar, Inche Kitchi balik dalam kol 3 pagi, tapi tak dak slurpee. Dia kata...


"Slurpee ado sampai jam 11 malam ajo.."



OOo... yeke? Iskk.. Frust.

Tapi takpe. Esok masih ado. Kalau ado pun slurpee time memalam tu, camanala agaknya aku nak telan. Dah le sejuk. Tido je lah. Kang aku hentak-hentak kaki nak jugak menatang tu mau kena wachaaaa je ngan suami. Terus masuk METRO besok. Kompem-kompen nama aku masuk blog Lulu sebagai tajuk berita utama pada hari itu.


Berkat kesabaran aku yang tidak bertepi, aku da dapat pun slurpee perisa stoberi 22oz. Bukan satu, tetapi DUA!!! Terloncat-loncat aku keriangan. Dalam hati terpikir gak, laki aku ni perli ke hape sampai 2 cawan beso beli haaaa... TApi, aku tak dulik. YAng penting, slurpee tu harus masuk perut dulu.


google mari



Skang tgh blogging sambil telinga kanan dengar ulangan konsert AF Semilan. Telinga kiri lak dengar bunyi tembak-tembak. Inche Kitchi tgh main game. Hmm.. bila dia dah donlod game baru, maka aku kena hidup bermadu dengan game tu sampai le dia habih semua level yg ado. Mungkin aku akan bermadu selama seminggu kot. HAHAHA... Takpe, aku dah biasa da camtu. Memang dari bujang-bujang lagi. Dah anak nak masuk dua pun, gitu gak la.

Ok dah tengahari sangat dah. Aku nak pi masak. Belum masak lagi taw! Hee..isteri yang sungguh solehah aku ni. Kang sambung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram