Followers

25 Apr 2011

Hospital oh Hospital

Pesakit dijangka perlu bayar antara 20 hingga 30 peratus lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyemak semula caj profesional untuk pengamal perubatan, doktor dan pakar perubatan dengan menetapkan kadar bayaran siling bagi perkhidmatan di klinik dan hospital swasta di seluruh negara.


Difahamkan, langkah itu bertujuan memantapkan lagi kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan negara melalui penetapan kadar siling bagi bayaran profesional pengamal perubatan, doktor dan pakar, yang dikenakan kepada pesakit di klinik dan hospital swasta.

Jika diluluskan, orang ramai dijangka perlu membayar antara 20 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada caj sekarang selepas kadar itu tidak dikaji selama kira-kira 10 tahun.

Penetapan bayaran siling baru itu akan dilaksanakan menerusi pindaan Jadual Ke-13 mengenai Bayaran Profesional, Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) Peraturan 2006 dan jika diluluskan, seramai kira-kira 7,000 pengamal perubatan swasta akan menikmati bayaran baru untuk perkhidmatan mereka.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengesahkan cadangan semakan semula bayaran itu, berkata pindaan berkaitan sudah siap dan menunggu masa untuk dibentang ke Kabinet dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kadar semakan semula bayaran profesional dicadangkan Kementerian Kesihatan, sebaliknya memberi jaminan tidak membebankan rakyat.
Namun, difahamkan kadar kenaikan dua hingga tiga peratus setahun itu seperti dicadangkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang turut menyumbang input kepada cadangan semakan semula bayaran itu.

“Pindaan atau semakan semula itu dibuat selepas kementerian mengambil kira bayaran kepada doktor yang sudah lama tidak dikaji hampir 10 tahun. Memang ada permohonan untuk meningkatkan kadar yuran profesional terutama di kalangan pengamal perubatan swasta.

“Yuran pakar juga akan dipertimbangkan. Namun, kelulusannya tertakluk persetujuan Kabinet kerana kita tidak mahu ia membebankan rakyat, sebaliknya menguntungkan semua pihak dengan kualiti khidmat kesihatan lebih baik,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas cadangan semakan semula bayaran profesional bakal dilaksanakan tidak lama lagi selepas kali terakhir kerajaan mengkaji bayaran itu pada 2002.


Sumber : SINI




Makbed berkata:

Aku dok baca berkali-kali kot salah tulih ke hape.
Ingatkan penetapan harga syiling tu nak kasi rendah sikit la. 
Sementara tak de pindaan pun charge hospital swasta naaallllaaa punya mahai. 
Spital kerajaan plak, tak mahai mana tapi sebis dah cam malas-nak-describe-dah
Ini nak tetapkan harga syiling baru, pehtu cakap pesakit perllu bayar 20 - 30 persen lebih mahal, then cakap pulak "dijamin tak membebankan rakyat."

Tak membebankan rakyat Abah DIA!!!


Jika diluluskan, orang ramai dijangka perlu membayar antara 20 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada caj sekarang selepas kadar itu tidak dikaji selama kira-kira 10 tahun. - ada kami kisah ke? charge dok ada selama ni pun dah cukup membebankan. Lagi mo naik ka?


Iye paham.. Malaysia kekurangan doktor.
Tapi, tu bukan alasan untuk menaikkan kadar charge di spital swasta (atau spital kerajaan sekalipun), dan menggunakan alasan yang sama setiap kali pesakit komplen servis doktor di spital kerajaan umpama melepaskan kentut di tempat awam aje. Komplen le camne pun, takde perubahan gak. HAiH! Asyik bagi alasan je, pehtu janji nak ubah. 
Maybe ada la kot perubahan, kita yang tak perasan gamaknya. 


Dah muak dengar orang cakap "standard la servis spital kerajaan. Padan le ngan harga pun..." atau pun ayat camni.. "kalo nak jumpa doktor yg bebetul terer, gi la hospital swasta. Tapi siap duit laa..." 


Takleh ke kalau time sakit je, jumpa la sapa-sapa pun asal doktor, tapi doktor tu kasi charge yang patut-patut je. Ini charge consultation lagi mahal dari charge ubat. Camne...?? Nak guna air liur pun kena bancuh dulu ka?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram