Followers

10 Apr 2011

Hari Ahad yang rasa macam hari Sabtu.

HAri-hari minggu ni lemau lak nak hapdet blog. 

Semalam, aku selamat menduduki exam. Hisshh.. buleh la jawab kot. Harap-harap lulus la. Kalau tak, kena repeat lagi. Kena bayar lagi RM 70.
Dari aku bayar sesia je camtu gara-gara malas belajar, bek aku upah CIk BUlat wat make over blog aku kan?



Penat ahh!



Tapi kalo tak mengemas rumah, rasa rimas pulak. 
Time hepless cam skang ni, lagi rajin pulak mengemas. walau pun tunduk, tonggeng , bongkok tu rasa cam nak buasir, perut rasa nak tumpah je, aku still takleh tahan bila tgk barang sepah atas lantai.
Kesian Oni. Hari-hari kena bebel ngan aku. 
Normal la budak kecik sepahkan rumah kan? Kang kalu dia dok diam je baik-baik atas tilam tu , aku lak yang risau lebih. Semalam aku dah perasan yang gaya berjalan aku sudah lain dari biasa. Nak naik tangga pun berat sungguh kaki. Nak dukung ONi bawak naik atas pun dah susah.
NAsib baik Inche Kitchi memahami. Iskk..tak daya dah lah. Kalau aku dah start bersila atas tilam depan tv , jangan harap la aku nak bangun. Suma main suruh Oni, takpun Apak Oni jek tulun amikkan. HAHAHHAa... KAlau la aku ada kuasa telekinetik yang buleh men tunjuk-tunjuk je menda, pehtu menda tu mai kat aku, kan besh? 
Sure makin gemok aku kalu betui aku ada kuasa camtuh kan? Patutlah Allah tak kasi kuasa tu kat aku.



Lama dah tak cuba resepi baru. Dah lama tak hapdet koleksi resepi. Asyik masak menda yang sama je. Kalau tak gulai, sambal. Pehtu, daging masala .. Lain-lain tu makan kat luar je. Sesekali jiran hantar makanan besh, buley la makan lain sikit dari kebiasaan. Kederat takde ke nak masak ni? KAlau aku turutkan je kata malas aku, memang lagi beso kaki aku ni kang!
Mana buleh duduuuuuuk semendang. 


Tetiba teringat nak ubahsuai kedudukan bebarang kat dapo. Tempat pinggan nak letak kat lain pulak. 
Kasi organize sikit. BAru le jadi dapo masterchef kan?
Umah aku ni banyak bnor la cicak. Satu menda aku pasan, bila aku cuci suma bekas berak cicak-cicak tu, dah takde taik berteraburan , cicak-cicak belaan aku keberatan dah nak berak kat tempat tu.
Tapi, dema cari jamban lain pulak le pehtu.
Biasanya lokasi pembuangan najis diorang adalah kat tepi-tepi tingkap, kat daun-daun tingkap tu. 
KAt situ selalu semut dok menjalar. Lalat , nyamuk suka dok usha-usha aku kot tingkat. 
So, kat situ le cicak tu berlabuh. JAdi, tadi aku dah cuci suma, aku berharap agar cicak-cicak itu tak buat tingkap dapo aku sebagai loji kumbahan diorang. 
Dah kira nasib baik la aku tak tarbil korang ngan getah setiap malam Jumaat taw! 
Skang ni, umah aku banyak semut pulak. TApi, sebab kita tak boleh simply bunuh semut, so aku redhakan je la. Semoga tentera semut di rumah aku ni mendoakan kesejahteraan aku sekeluarga.


Yesterday, Semut Merah (semut ni kena bunuh kalau jumpa sebab dia gigit sakit!) datang umah aku bawak Cik Amni dan Haziq. Asben dia si BOtax takde, pi men golf. 
Ala.. siannye kena jadi ibu tunggal pada hari itu. Dia datang bawak hadiah beb! HAHAHa... Silalah tengok...:


^_^



^-^



(",)
^_^







 I dapat cistat , brownies dan cekelet besarrrr punyo!!! 

Hikhikhik!


Sedap humangaihhhh cistat tu wei.
Semut Merah lom start enjin keta balik lagi aku dah lahap 3 bijik. 
Konon nak kasi kat Ida Kurau kat bawah, tapi Ida takde lak hari tu. 
Hari ni aku rasa cistat tu dah tinggal tak sampai 15 bijik dah.
Ntah sempat ke idak nak bagi Ida ni. HAHAHA.. 
Brownies pun tingaal 3 bijik je. Kakakakakaka.. 
Naseb ahhh! Tapi, cekelat still tak bukak agi. Buleh le makan kongsi-kongsi nanti. 


Mekasih Akak Semut sebab kasi makanan bukan berunsurkan kesihatan kepada saya. 
Musti Nur Kasih geleng-geleng kepala tengok Makbed yang makan tak sudah ni.
Hahahaih! 
Tu Makbed punya Dietrician tau si Nur KAsih tu.
Tak lama nak menikah dah. Pehtu, maybe jadi jiran MAkbed kat depan umah Ida Kurau yang dah lama tak de orang tu. Eiii..besh bessh.. 
Jadi la kejiranan yang girang selepas ni!




 Moh tengok gambo




Kasih Apak bawak ke syurga.



Suami saya belikan sesuatu yang saya suka untuk kegunaan seisi keluarga. 
Pasni takyah le tengok movie yang didonlod secara lanun kat PC lagi. buleh tengok sambil guling-guling atas tilam jek. Ape nama menda tu ntah. NBOX? 
X BOX aku tau la.


Dah lama tak tengok BLEACH. 
Sejak ada Oni aku tak dan nak duduk kat kusi PC tu ngadap.
Sakit pinggang.
Dah ada NBOX tu, aku dah leh tengok sambil tidokan ONi. 
HUREYYYY!!!
Aku rasa dah 100 lebih episod kot tertinggal. 


Saya suka lelaki ini kerana nama dia begini : ABARAI RENJI, Ntah apsal ntah aku suka toi nama dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram