Followers

19 Apr 2011

Cuti..Cuti..Cuti

Hari ni Perak cuti.

Pepagi bangun ajak Inche Kitchi makan KFC breakfast kat Lumut.
Hoh, sedap!! Tak rugi la makan. 
Pasni I nak makan KFC bekfes je. Taknak mekdi lagi.
Bila KFC Lumut nak wat drive thru ni?



Ketika aku menaip ini, bijik-bijik kacang hijau sedang direbus di atas dapo. Aku dibasahi peluh. Sebab baru je siap lipat kain dan sapu sampah dan habuk-habuk sekitar bilik. Pehtu, aku pasang cadar lak kat katil master bedroom walaupun takda sapo pun tido atas katil tu. Aku tak paham ngan diri sendiri. 
Tetiba jadi rimas lak tengok tilam atas katil tu bogel tak bercadar. 

Kejap lagi nak mandi. 
Tunggu peluh hilang dulu. Inche Kitchi tengah main game lumba keta kat sebelah. 
Saje je aku biar peluh-peluh meleleh. Kasi dia geli bila tengok aku. Huahuahua. 
Tapi dia tak geli pun. Dia wat bodoh je. Hamppehs. 
Aku nak tunggu sampai kacang hijau tu dah lembut, then nak masukkan santan yang berbaki masa buat pajeri nanas tadi. 
Kang kalu aku mandi dulu, pehtu gi dapo pulak, aku berpeluh lagi. 
Oni tengah tido. Silalalah tido lama-lama wahai Oni. 
Ibu tak kesah.
Aku dah lunch. HAri ni lunch makan pajeri nanas , sambal belacan sama tempoyak. 
Aku kasi sikit lauk kat Ida Kurau. 
lla Seman tak mau hidangan pajeri aku hari ni sebab dia takut nak makan. 
Dia kan mak buyung tahap 4 (ngandung 18 minggu). Takpe la dia takut. 
Aku dulu, slamber je lahap pajeri nanas. Nanas pun aku makan gak. Heee... Jangan ikut cara aku makan nih. 

Elok-elok habih makan Ida Kurau sms pulak.

"Oii... ang makan udang tak?"


 Eh..apsal lak tak makan? Makan je la...

Rupanya dia buat mee jawa. Ada boh udang kering kot. Tu pasai le dia tanya. Ala...takpe. 
Perut aku serba boleh punyo. Aku cuma tak makan kerang ngan kulit kerang. 

Aku tenung mee jawa tu. Hhehhe.. tunggu kang sambil tgk movie yg Inche Kitchi donlod (secara haram) , buleh le makan mee jawa tu macam jajan. Weehu! 

Tadi, masa Ida hantar mee tu..dia ketuk pintu umah Ila Seman. Ida kan dok depan umah aku. 
Saje aku tunggu depan tu - nak tanya dia dah pi spital ke belum. Semalam , Ila Seman cakap masa dia kencing, ada kuar darah sikit. Aku jadi a bit concern la. Kalau aku, memang aku terus gi spital. 
Tak kira la darah sikit mana pun. 
Hari ni, kuar darah lagi. Kali ni , tak kencing pun ada kuar darah jugak. Tapii, still sikit. 


Nampak cam muka Ila pucat je tadi. Tapi aku tak sure sebab Ila ni putih melepak orangnye. 
Camne nak tau orang putih melepak pucat ek? Ngeee~

Harap-harap tak de apa la. 
Lagi aku berharap agar suami dia cepat-cepat drag her to the hospital no matter how tak teruk it is. 
Because when it comes to blood, coming out from your 'tuuuuuuuuuuuuuuuutt' and you are pregnant pulak, always keep in mind that LIFE is not always about you.. there is someone 'in there' needed to be taken care of as well.


Aku? Masih lagi berjalan dengan gagahnya di rumah ini. 
Tengah tengok Australia Next Top Model sambil bercatwalk pakai baju kelawar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram