Followers

7 Apr 2011

CARA-CARA BUAT PENGUMUMAN SUARA / ANNOUNCEMENT.

Selain daripada menjadi tukang jawab telepon dan tukang dail, aku juga dikehendaki membuat pengumuman atau announcement berkenaan sesuatu acara dan upacara yang diadalan di tempat kerja. Ala-ala cam announcement kat supamaket GIANT tu.


Tapi, tukang wat annoucement kat GIANT tak besh. Aku salu ada masalah nak paham apa yang si tukang announce tu kata. Kadang-kadang, intonasi suara si pembuat announcement tu mampu membuatkan aku ketawa terbahak-bahak sambil membeli-belah. Siyes, lawak! 

Macam aku bagus sangat lak kan?











Hari ni mari kita belajar cara-cara buat pengumuan versi airport. Bebudak opis aku kata aku wat annoucement macam kat airport. Aku tatau le airport negara mana... Dush ! Dushh! Dushh!





  • Memula , kena ada mikropon. Pastikan miropon itu berfungsi dengan baik tanpa suara putus-putus.
  • Paling penting, detail tentang sesuatu event yang perlu ada. Selalunya orang yang suruh buat pengumuman tu akan email detail berupa NAMA EVENT, venue dan masa. 
  • Pastikan juga golongan sasaran announcement itu ditujukan. Misalnya, announcement ni untuk SEMUA STAFF je, untuk staff pompuan aje ke, atau untuk staff yang dah kawin aje ke. Sebab, kita tak nak meeting khas untuk bos-bos , orang tak bos pun tumpang sekaki. 
  • Sila karangkan ayat annoucement anda mengikut ejaan dan tatabahasa yang betui. JANGAN SESEKALI MAIN BUAT ANNOUNCEMENT TANPA SKRIP. Satgi kelaut jadi ayatnya. Kena marah pulak kang. Kita wat announcement untuk bagi orang paham. Bukan nak bagi orang tak paham ye....
  • Kenapa kena buat skrip? Alasan kukuh pertama, untuk memudahkan kita wat annoucement ngan skali lafaz sahaja, tanpa gagap atau bunyi errrr...uuuuu... aaaaa... Kelakaar kot? Hilang macho weh! Alasan kedua ialah, integriti. Announcement yang mantap ialah announcement yg lengkap segala dan disebut dengan jelas satu persatu perkataannya, tak kiralah bahasa melayu ke, bahasa inggeris atau pun bahasa arab. Ia menunjukkan pada umum yang kita ni bersedia dan tak main serbu-tak-pakai-helmet je masa wat keja tu.
  • Guna bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Jangan guna dialek atau loghat lak. Lagi lak loghat kelantan, memang tak paham. KAlau berbahasa inggeris pulak, pastikan vocab anda disebut bebetul. Kang ada lak bunyi ATTENTION jadi TENSION je kang!
  • Jangan lupa prektis dulu sebelum buat announcement. Ini untuk mengurangkan nervous ketika berhadapan dengan mikropon. Pesanan khas untuk org yg takut mikropon macam haku. 
  • Jangan dok sebut testing-testing wan tu tri lak 3 saat sebelum buat announcement. Memang tak de bunyi gitu masa ko dengar announcement kat airport, kann??? 
  • Kalau aku wat announcement, aku dahulukan dengan ATTENTION PLEASE.. dan sudahinya dengan THANK YOU. Kalau announcement khas untuk manager , buleh le sebut ATTENTION TO ALL MANAGERS, please be informed that bla bla bla .bla bla...bla... blah!
  • Jangan gelojoh masa wat announcement.
  • Jangan gagap.
  • Jangan melatah. 
  • Tutup segala bunyi-bunyian seperti tv atau pun silentkan jap telepon pejabat dan henpon anda semasa nak wat announcement. Sebab kang tak pasal je tgh2 dok announcement lagu ADIBAH NOR keluar. Dey!
  • Kalau ada orang ramai-ramai berkerumun kat konter, mintak diorang dok diam-diam sekejap. Jangan bunyi, belahak , kentut dan sebagainya ketika anda sedang membuat announcement. KAlau aku, aku tunggu orang suma takde kat depan, baru wat announcement. Sebab, diorang ni suka mengacau aku dan buat bising kat depan. 

Tu je kot tips nye. Mengikut survey, kebanyakkan orang kat opis ni katenye suka aku wat announcement. ISkkkk... bangga lak rasa. Nih yg sedey nak cuti beranak pepanjang ni! Nini D, walaupun suara aku cam upin ipin, aku setaraf Farah Fauzana okeeyyyy.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram