Followers

9 Apr 2011

Bila letrik tak ada

Kunun-kunun nak bangun tengah malam sebab nak study.
Aku ado exam sebab aku tak lulus CEILLI ari tu. Kunci lah jam pukul 4 pagi. 
Coklat cadbury dalam peti es aku kuarkan. By the time aku nak mangun kang, cekelet tu takde la keras kong! Buleh la mamam sambil study. 


Tapi apsal ntah tetiba , karan letrik takdak around 2 pagi. 
Tak penah-penah kot pangkalan ni takde karan. Salu siang-siang je takde. Tu pun kasi notis dulu. Salu kalu takde pun sebab kerja-kerja pembaikpulih sahaja. Giloh gelap satu pangkalan weh! Sampai lampu jalan pun terpadam sama. Sunyi jekk...


Apa lagi, Oni pun bangun. AKu yang memang sedia panas lagi le pening kepala. 
Sedangkan kipas angin bukak sampai nombor 5 pun ketiak aku masih lagi menangis, apatah lagi kalau takde letrik kan? Tapi, aku sedar ini adalah ujian. Aku mintak tulun Inche Kitchi jalan gi bukak pintu ngann amik buku nipis habuan nak kipas lipas Oni. 

Peliknya malam tadi, angin pun tadak. GAya macam nak hujan sebab ado bunyi guruh dan kilat pancar-memancar. Tapi, pokok tak goyang pown?
Biasanya.... jam 2 pagi ni sejuk la kan? Aku dok sengsorang sambil tangan mengibas buku , dan berpikir sendirian. 
Betapa teruknya bumi kita skang ni. 
AKu still buleh ingat suhu sejuk ketika jam 2 hingga 5 pagi 10 tahun dulu. 
MEmang tidak sebahang skang!


 Then, aku membayangkan bagaimanan agaknya hari kiamat? 
ISkk.. tak payah bayangkan hari kiamat lagi. 
Ce bayangkan kalau kita tengah dalam situasi perang?
Atau pun bergelap begini disebabkan oleh tsunami atau gempa bumi cam kat Indonesia dan Jepun tu?
Siyes memang gelap satu base malam tu. HAnya ada lampu kereta je lalu lalang. 
Sunyi.
Lifeless.
Ada feeling of uncertain.
Seram.
Lapar.... eh..eh?


Kalau orang nak attack Malaysia ni, of course la pangkalan ni kena dulu. 
Nak tabur bom ke hape, sini lah dulu kan?
Tempat keje aku pun kat Pantai Remis tu boleh jadi sasaran pengganas. Sebab situ kan loji letrik.
Loji minyak aje skali boh bom , selai rambut pun tak tinggal kot! Issskkk.. takut la.


Camana ek nak survive gelap-gelap gini? 
Oni lagi... Kita ni skang manja-manja. Tak tahan panas. Takde kipas je, dah takleh tido. 
Seb bek la umah aku mmg tak berekon. KAlau tak, lagi la.....
Kalau dah biasa tido ekon ni lagi le tak tahan bila letrik takde. 

Yang pasti aku dapat rasakan satu hari nanti negara kita yang aman damai ni akan bergelap gelita.
Tak tau le..Maybe seploh tahun lagi kot. Bukan takat Malaysia je, seluruh dunia pun buleh duduk bergelap kalau kita tak berjaga-jaga dengan alam sekitar kita skang.
Ais yang mencair kat kutub utara dan selatan tu bukannya buleh slamber-slamber je mengeras balik dalam masa 30 minit hoke! Berapa ratus tahun diperlukan untuk jadikan satu tanah besar yang diselaputi ais. 
Tapi, kita skang, sangat terer ngan teknologi, dalam masa 5 tahun je buleh buat ais yang pejal beku kat sana melting. 
Aku kagum dengan tangan kita yang cukup pandai membinasakan benda. 


Tetiba. a thought came. A crazy imagination perhaps. HAHHA....

Cemana kalau tetiba dalam gelap tu, zombie datang mengerumun kat padang depan umah ni? 
Eiiii... dengan jalan slow-slow nak tumbang. Muka huduh.... Yaaakkk!!!!  *Bodo tak aku?


 Akhirnya, karan kembali berfungsi pada jam 3 pagi. Aku tak study pun jam 4. 
Tido je sampai kol 7. 
Skang baru study. 
Tapi, tengok lah. 
Dah siap satu entri kan? 
Stadii kemendeeee............................??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram