Followers

14 Apr 2011

Berdebar-debar ati ku...

Mekasih pada kengkawan yang memberi sokongan padu dan beberapa petua. 
Lulu , mulai ptg ni Makbed akan minum air kelapa aje. 
Coklat besok aku kasi Kak Yati je balun. 
Takpe, yang tu asal aku bawak opis je gerenti abih. Skang isunya ialah durian. 


Dokter ada cakap semalam, musim-musim durian camni baby cepat beso kalo omaknya ayik mentekedarah durian tak benti. Aku idak le makan beria. 
Tapi, agaknya kalau hari-hari bau durian, buleh buat baby gemok gak kot, kan?


Takpelah Nak. Janji kamu sihat dalam perut Ibu. 
Ayah kamu tak penah bising Ibu makan banyak-banyak sebab dia kata kalau mak tak makan, anak sok kuar asyik sakit memacam je.
Kalau Mak ngandung tak mo makan nasik, anak besok kuar pun sama gak, tak mo makan nasik. Kalau ngandung Mak suka makan roti je, haa... anak tu memang makan roti jela. 
Tu pasal Makbed makan suma. Besok-besok anak aku tak memilih bab makan. 


Cuma, Oni kan... Dia tak makan telur. Pehtu sumi-sumi, jeli, gula-gula suma dia tak pandai makan.
Lagi menda lembik-lembik tekstur cam puding or pisang. Tak reti. 
Sebab? 
Masa peknen aku lupa nak suma tu. Jadi Oni pun tak reti la makan. 


Aku still continue minum susu dan amik pil mengandung. Ketika ini aku teruja la jugak sebab aku skang tgh counting weeks kan. Berdebar-debar nak menunggu hari. Macam nak tunggu hari menikah pulak! Kalau tanya aku takut ke tak , jawapannya ialah.... Menunggu macam ni memang menakutkan dan merisaukan TApi, bila sampai saat sakit nak beranak tu, takut tu dah kemana hilang dah. 
Yang penting, baby keluar je. 9 bulan menunggu , waaa.... macam-macam perasaan ada. What-if macam ni... What-if macam tu. LAgi besh, skang aku risau pe tau. Risau nanti masa pecah ketuban aku atau tetiba rasa nak banak tu datang, aku ada kat mana.
Kat opih ke? Umah ke? Or tetengah Angah dok sibuk jadi pengantin. 

Yang pastinya, kisah beranak aku akan dinantikan semua. 


Sabtu ni insyallah aku akan ke Sungkai menghadiri majlis persandingan hosmet aku masa dok Ketumbar Heights, Cheras dulu. Kalau sempat, besok aku start packing barang gi spital. Kak As pesan soh beli samting kat Oni , wrap cantik-cantik dan beri pada Oni selepas adik dia lahir nanti. Aku nak beli apa ek? Ada idea tak?


Makin dekat tarikh nak bersalin, Oni menjadi semakin manja. Ko tengok dia sebek pun buleh tacing.
Kadang tu aku HAIP aje, dia dah sentap dah. Hadeh.. Camno la.
Bila tido, asyik nak sondol perut. 
Yang si adik dalam perut tu pulak, bukan boleh diusik. Menendang aje!



Memalam aku tekanan gak la bila tido. 
Sebab aku tido tengah. Apak belah kiri, Oni belah kanan. Tilam tu sikit punya luas dah. Apak tu takpe la , tido behave. Kalau lurus, lurus la sampai besok. Takde langgar border. Yang buasnya ialah si Oni. Masuk abih dalam territory aku. Terpenyek aku kat tengah tu. KAdang, kaki dia pun buleh landing kat muka. Tu pasal la besok-besok bangun tengok kaki Apak ado kat muka Oni. BUkan Apak yang gi bubuh kat muka dia, dia sniri gi golek ke situ. Tak paham aku. Sedap kot bau kaki Apak. 




Gi umah pengasuh pun dah tak mau jalan kaki sendiri. Asyik berdukung je. 
TAkpe la cunggit terangkat sikit kaki tu dek perut Ibu yang membuncit, asalkan Ibu dukung bawak naik lif sampai ke depan pintu umah pengasuh.
Kalau tak mau muncung sampai ke sudah. 
Manja kan.kan..kan....

Pikirkan anak kita ni nak comel cam tu tak lama, layankan je. 
Besok beso-beso dia dah tak mintak dah kita dukung dia. 
Kita pulak la kot mintak kena dukung. 
Sekejap je kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram