Followers

12 Apr 2011

Beg Bersalin dan segala harta-menda kat dalamnya...

Akhirnya aku dah dapat pun senarai barang-barang untuk diisi dalam beg sebagai persediaan untuk ke Akademi Fantasia Bersalin. Credits to Semut Merah dan my Kazen. Senarai diubah suai mengikut keperluan.
Tapi kalau ada yang tak cukup , buleh tolong tambahkan kat Makbed ek.


..


Barang-barang untuk Si Ibu

Keperluan di kaunter pendaftaran.

  1. Rekod Kesihatan 
  2. Buku rawatan mengandung (buku pink)
  3. GL - Guarantee Letter  / Kad Insurance (kalau insurance anda ada cover beranak..)
  4. Sebarang surat dari doktor / hospital jika ada
  5. IC

 Barang penjagaan diri dan pakaian

  1. Baju kemeja yang ada butang kat depan (senang nak menyusukan anak) 3 helai
  2. Stokin 2 pasang
  3. Kain batik 2 helai (salu spital dah soh pakai unipom kaler pink tu...)
  4. Seluar longgar dari kain kapas 1 helai (habuan nak pakai balik umah)
  5. Baju ngandung / meksi (sekali sarung je dah buleh jalan. Pas bersalin ko takde kurus terus ok!)
  6. Set Mandian  - Berus Gigi, Ubat Gigi, Syampu, Sabun, Tuala, Bedak, Pencuci Muka...etc)
  7. Minyak angin 
  8. Tisu
  9. Selipar jepun (versi tak licin punyo)
  10. Pad 10 keping. Beli yang tebal sikit sebab lepas bersalin banyak darah keluar. Biasa hospital kerajaan bagi pad yang ada tali tu, tapi yang tu tak selesa pakai. Aku pun tak reti pakai. 
  11. Seluar dalam. Beli yang disposable , 2 set. Bawak jugak yang sniri punya dalam 5 helai. 
  12. Baju dalam. Nursing bra adalah yang terbaik. 3 helai cukup kot?
  13. Getah rambut kalau anda berambut panjang. Hoh, ni masa salin Oni, getah rambut aku siap putus lagi ko. Kena bawak spare. AHAHAH...
  14. Tuala kecik untuk lap muka atau tuam breast dengan air suam untuk kurangkan bengkak susu. 
  15. Air selusuh, air yassin atau air zamzam.

Barang-barang yang tidak kurang pentingnya ialah...

  1. Henpon dan charger
  2. Duit syiling. Kang emegensi buleh guna public phone. 
  3. Spek mata!!! Penting untuk yg rabun ni.
  4. Untuk yang bercontact lense, jangan lupa bawak bekas dan solutionnya skali. 
  5. BUku ka..majalah kaa... 
  6. Bantal busuk.
  7. Beg mekap. Bagi yang nak bergaya anggun ketika meneran dan selepas meneran. Hadeh....
  8. Air segera. Milo 3 in 1 , horlicks, nestum. Sukati kome la... Jangan bawak sparkling juice suda. Biskut-biskut atau jajan pun buleh bawak kalau rajin. Ado orang tu penah pesan Famous Amos buat kudap masa tunggu 'lorong' bukak. Buley? 
  9. PSP  (Takde, soh le suami beli. AHAHAHHA.)
  10. Termos. Isi air panas. 
  11. Cawan dan sudu.


Barang tak patut bawak :

Barang kemas
Duit banyak-banyak
Kad Kredit



 Senarai barang untuk bayi baru lahir pulak.

  1. Baju baby new born - 5 pasang
  2. Barut - 5 helai
  3. Sarung kaki, sarung tangan dan topi comel  - 3 pasang
  4. Pampers untuk new born - 10 helai takpun sepeket kecik tu.
  5. Bedung / kain lampin - 3 helai
  6. Tuala bayi
  7. Tuala kecik habuan nak lap muntah
  8. Barang mandian baby. Aku suka jenis head to toe. Takyah bawah banyak botol.  Pilihan utama ialah Pureen.
  9. Minyak telon / minyak kayu putih. Nak sapu kat perut baby pas mandi.
  10. Vicks
  11. Bedak baby.
  12. Losyen
  13. Wet tissue
  14. Krim untuk ruam lampin. Drapolene pun buleh.


Itu saja kot. 
Muat je kan satu luggage beg?






Siapkan beg bersalin anda seawal kandungan 7 bulan dan bubuh dalam bonet kereta. 
Buku pink tu jangan keluarkan dari kereta. Pi mana pon bawak.
Tak sabarnya nak beranak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram