Followers

27 Apr 2011

Bagaimana nak handle penasihat-penasihat tak berbayar..

Sebagai bakal Ibu terutama sekali Ibu baru, sepanjang tempoh pregnant kita akan dengar macam-macam nasihat dan petua daripada sedara-mara dan teman sekeliling. Standard la..yang ado pengalaman nak tunjuk hebat ngan pengalaman memasing. Yang tak de pengalaman pun, nak jugak bagi nasihat. KAdang-kadang, naik rimas jugak kita dibuatnya. Rimas sebab pe tau? Sebab nasihat tu dalam pelbagai version. Sampai nak ikut yang mana satu pun tatau. 


Kat bawah ni adalah cara-cara nak handle unwanted parenting advice. Maybe berguna kepada bakal-bakal Ibu yang seangkatan dengan aku. 


Jangan terasa hati. Semua bakal ibu dan bapa memang 'terpaksa' dengar free advice dari orang ramai. Kena biasakan diri. 


Percaya dengan instinct / gerak hati sendiri. Lain orang lain cara handle anak masing-masing. TAkda orang yang memahami anak kita melainkan kita sendiri. Kena yakin!


Bersedia dengan respon dan skema jawapan. Kalau ada orang bagi tips-tips segala tu, angguk-angguk je sambil senyum.. dan cakap le terima kasih.


Pertimbangkan juga dari mana sumber nasihat tu. KAlau ia datang datang dari orang yang benar-benar berpengalaman , contohnya dari mak, nenek, mak sedara kita , kawan-kawan yg ado anak sampai 10 orang tu, maybe kita leh dengar. Lagipun, sebagai ibu baru kita perlukan segala pengalaman orang untuk menjadikan diri lebih bersedia. Jangan bodoh sombong ok. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram