Followers

23 Apr 2011

Assistant ku sudah tiba...

Pembantu peribadi aku udah sampai semalam. Walaupun lewat. Tak terpikir la pulak Kimi tengah cuti panjang dan sedang melepek di rumah Alang kat Aloq Setaq nu. 
Hari tu aku ngadu kat Mak yang Oni takda pengasuh then Mak pun bagi la idea...


KIMI DOK ADA KAT UMAH ALANG TU. BARU HABIH INTERVIEW NAK MASUK POLIMAS. KAK PANGGIL LA DIA. DARI DIA DOK SAJA TAK BUAT APA, BULEH GAK DIA TOLONG HANG JAGA ONI.


Owwhhh.. ye tak ye jugak kan? Tapi tu la... Adik bujang aku nak ke melepek umah kakak dia ni? Dah le kena suruh buat kerja pulak. Salu bebudak habih SPM ni sibuk nak ronda-ronda ngorat awek, cari kerja ka.. nak lepak ngan kengkawan kaa. 


Tapi, Kimi nak aje datang. SUKA SUKA SUKA! 
Sebab, umah aku kan buleh melepak sesuka hati, main game abang ipar dia, tengok movie, tengok Astro tanpa pemantauan. HAAHAHA.. Lagi plak dah habih SPM ni. Buleh buat aktiviti bebas le. Lagi besh bila dia lansung tak kisah kena jaga Oni.
Dia jaga Oni dari Oni umur sehari lagi. Caye tak?

Alhamdulillah..Lega banyak aku bila Kimi datang. Ringan sikit. Dia buleh tolong layan Oni. Oni memula jual mahal la ngan Pak Teh dia tapi lama-lama Pak TEh umpan macam-macam, dah melekat pulak tak mo kat aku. Dah pandai panggil "Ateh...Ateh..." sambil tangan tala kot atas suruh dukung. Heee... Jadi, aku dah selamat. Tak payah dukung ONi selalu-selalu lagi. Time masak pun cepat je siap. Takyah berpeluh-peluh sampai buleh perah baju sebab multitasking, sambil masak sambil kejar Oni dalam rumah. 


Oni dan Pak Tehnya



Petang-petang Pak TEh Kimi ditugaskan untuk bawa Oni pi 'bersukan' kat taman sebelah tu. Nak tunggu aku bawak, tak buleh la. Skang ni aku jalan sikit je rasa nak kencing. Pak Teh memang tak keberatan la nak gi jalan ngan Oni. Mana la tau, sambil-sambil jalan tu ada anak dara comel kan kat padang tu kan? HAHAH..


Aku dah ada teman nak pi pasar.
Ada orang buleh tolong masak. Kimi terer masak.
Oni pun tak sunyi-sunyi lagi. Kalau tak pun asyik nangeh je sebab takde sapa nak main ngan dia. 
Ada pembantu kemas rumah sikit-sikit, masukkan baju dalam mesin basuh. 
Buleh harap la kalu nak suruh bertukang ke, pasang langsir ke kann... [kakak kejam!]
Yang penting, dia leh basuh berak Oni. 



 Minggu depan Alang pulak nak mai sekali ngan kazen-kazen. 
besh..besh..


**********

Pengasuh aku tadi sms cakap nak balik hari Isnin ni pulak dah sebab ado kenduri 'emegensi'. 
Kemende knuri 'emegensi' tu?
APSAL TAK KASI TAU MINGGU DEPAN JE KAK? 
Ni la masalahnya pengasuh aku ni. Udah aku bagi cuti seminggu, dia melajak-lajak sampai kemana-mana ntah. Dia ingat aku ni pengusaha butik kecantikan ke buleh cuti semedang. 
Tapi, tadi aku dah balas le sms nye dengan nada kemarahan sedikit.

"AKAK, SAYA DAH CUTI TANPA GAJI 3 HARI DAH TAU. SEBAB ONI TAKNAK KAT PENGASUH BARU DIA. SO, TAKKAN SAYA NAK CUTI LAGI MINGGU DEPAN?"


tapi aku guna tulisan kecik je. Saja je kasi beso dalam post ni. Kunun marah la kan?
 
Pehtu dia pun balas camni....


 Oh.YA KAA... Tak pela kalau macam tu akak balik esok la..


Aku bukannya kejam pon
Kalau rasa aku ni majikan yang tak bertimbang rasa, aku dah suruh dia cari majikan lain
Dia tak mau. Dia kata nak jaga Oni je. 
Majikan mana lagi yang bagi cuti balik kampung sampai sebulan ?
Kali ni seminggu pulak.
4 bulan lagi dia nak cuti beranak pulak. Haa...camne? 
Aku hantar Oni gi umah dia pun kena soal gak ari tu. 
"Awak isteri PEGAWAI. Kenapa hantar anak gi rumah LLP (lain-lain pangkat)?" 

Aku ni kebil-kebil kejap.
Tak buleh ke? 
Akak tu cakap..
"Kalau ikut tak buleh la. Nanti diorang ni suka pijak kepala....Bukan buleh buat baik sikit."
Aku cam diam kejap. Pikir....
Nak kata akak tu cakap menda salah, memang tak salah le ape yang dia cakap tu.
Ada masa pening gak la kepala aku nak melayan karenah si pengasuh Oni ni. 


Tapi, aku layan dia macam manusia biasa gak la. Aku suruh dia layan aku pun cam manusia biasa gak. 
Kalau dia buat salah, slamber je aku sound. 
KAlau dia buat permintaan ganjil dan mengada-ngada, aku sound jugak.
Tapi, kalau aku wat menda pelik ..selalunya membabitkan ONi la kan, aku pun sama kena sound.

Biar apa pun pangkat dan kedudukan, aku sentiasa ingat, bila sakit perut nak berak, kita akan cari jamban jugak sudahnya. 
Takde beza kan? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram