Followers

23 Apr 2011

Ashraf Muslim pun sudah mau kahwiin.






Patenko! Nangeh la ko. Wahahahhaa. Abang Ashraf ko nak kawin suda. 
Hihi.. Takpe, Jimmy Shanley kan ado, kan? Kan? 



Berita aku dapat dari SINI


Majlis pertunangan Ashraf Muslim telah disiarkan rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pukul 9.45 pagi tadi.

Pelakon Ashraf Muslim, 30 tahun telah selamat bertunang dengan Noor Dayana Hj Lokman di rumah Dayana di Gombak. Majlis pertunangan berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Hantaran pertunangan 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ini juga iaitu pada 1 Syawal di Mekah.

Dayana sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka. Pada hari ini juga, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari. linik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya. Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini. Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah. Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak menghormati keputusan saya.” - Ashraf Muslim




Makbed berkata:

Semoga berbahagia ke jinjang pelamin sehingga lah ke akhir nyawa membawa ke alam akhirat. Suka sangat tengok muka ustaz ni. Nak tengok hari-hari lah. Manalah tau kot anak Makbed dalam perut ni ensem macam dia kan...kan ..kannn.

Nak tengok gambo tunang buleh klik link kat atas tu. Lemah lembut wajahnya. Bertuah si bakal isteri 'Ustaz Amirul'. Tapi tu la.. dapat bakal suami hensem ni banyak dugaan. Orang femes lak. So, kena jaga macam-macam lebih-lebih lagi EMOSI.
Pape pun, MAkbed nak cakap..... TAHNIAH UNTUK KALIAN!!!!! 

Jelesnya..nikah kat Mekah....on 1 Syawal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram