Followers

26 Apr 2011

Aduih laa.. Uniknya Manusia.

Aku tak paham..



Aku dapat parcel atau bungkusan yang dibalut kertas minyak.
Ada consignment note kat atas nya.
Udah..kecoh! 

"Sapa hantar?"


"Kenapa dia hantar?"


Kalau kat consignment tu tertera nama lelaki, lagi sakan dia tanya. Huuuu.... 


****

Aku beli tudung online. Bila aku beli, sure la aku pakai. Selalu aku beli lebih. 
Then aku tanya kat kawan-kawan kot ada sesapa yg nak beli jugak. 
Owh, ada yg nak tumpang beli online. So, aku sejes order sekali la ngan aku. Jimat sikit kos penghantaran. 


Selalunya aku beli inner. Inner ni kan banyak kaler. Bila orang tu cakap dia nak kaler purple, aku tanya la dia nak purple camner. Purple kan ada banyak jenis. 

"Alah.. purple la. Purple teranng."

Ok, aku beli ikut kaler purple terang. Ikut terang mata aku la. Mata aku ngan mata ko tak sama. Tapi, aku dah tanya kan? Kalau ko jawab sambil lewa, sambil lewa la yg ko dapat besok. 


Bila order sampai, dia komplen. 


"Bukan purple camni...." 

Tapi, disebabkan muka aku garang, dia amik gak la inner tu. HAHAHAHHA. 
Tapi, tak lama pastu dia tanya aku nak order lagi tak inner. 

Aku cakap ada. Aku mmg salu beli inner. Dia nak tumpang. OK. 
KAli ni aku dia bukak sniri website si penjual inner. Tapi, dia kata kat umah dia takde internet. 
Ok FINE. Aku bukak website , tunjuk kat orang tu. 

"Nah, pilih sniri nak kaler ape..."


"Ala... tak nampak sangat la kaler nya. Kalau tengok lektop kot kiri nampak kaler lain. Kalau tengok dari atas, kaler lain. Tengok depan-depan, kaler lain pulak."

Aku suruh dia pi tengok kat pc orang lain. 
Dah dia datang balik, kat pc si anu tu nampak kaler hijau tu terang sikit pulak.
Ha pulak.... 


Aku cakap... memang le. 
Setiap mata tak sama. 
Setiap komputer, screen resolutionnya tak sama. 
Kalau nak senang, gi beli sniri kat pasar malam.


"Pasar malam takde kaler cun-cun camnehh..." katenye. 

Ok.. aku order kan. 

Bila sampai order dia cakap pulak... 
"Alaa.. dalam pc gambo dia kaler lain. BIla sampai kaler dia terang sikit dari yg dalam tu..." 


Pehtu, komplen-komplen, bebel-bebel sikit.
Kain tak sama panjang la. Kualiti kain kale biru tak sama ngan kualiti kain kaler hitam la.
Aahh.. aku biarkan je. Aku tak de charge delivery pun. Aku tak de heboh-heboh kat sapa pun yang aku bagi harga pun ikut harga biasa jek. Camana ko beli kat pasa malam, camtu la aku bagi. 
Jadi, jangan le suruh aku bebel-bebel  pastu aku terpaksa mendedahkan betapa baiknya aku kepada semua orang kat sini. 
Kecuali kalau inner yg ko beli tu ketat. 
Yang tu aku take note. Tolong tukarkan untuk dia.


Walaupun dia amik jugak apa yg dia order, tapi dia tak abih-abih gi bebel. Dah memang style kot kan? HAIH! 
Seb bek aku ni ado kuasa "pekakkan telinga". 


Pehtu, dia komplen lagi masa dia nak wat order. Bla bla bla... 
Pehtu....... mulalah terkeluar ayat gini..

"Nak order, bak sini kain contoh atau warna menda sama macam inner yg ko nak order tu. 
Banyak songeh sungguh.."


HAHHAAHA.. Tu pasal aku malas nak bercakap. Aku banyak senyum. Sebab bila aku cakap, aku takde filter. Kang sentap.Ko ingat aku rajin nak pujuk? 


Lupa ke, aku bukan peniaga. AKu tolong beli jek! KAng aku tepuk gak muka ngan penampo lalat ni. Ngade betui.

********

Tadi, aku bukak lagi satu parcel. Ada blogger baik hati nak kasi hadiah sesuka hati kat aku. Mekasih ye..!
Aku bukak kotak. Oh, makanan rupanya. Besh ni! Buleh wat kunyah-kunyah sambil baca blog. HEHE.. 

Ada 4 peket. Aku bagi satu peket kat orang tu
Sharing is caring. Aku kan baik hati. 

Kalau aku dah bagi tu, buleh tak cakap tima kasih then blah je. Tapi, dia leh lak tanya....


"Sapa hantar?"


"Kenapa dia hantar menda ni kat ko?"


Ok la ..soklan camtu aku leh la jawab lagi. Tapi kuar sepatah-sepatah aje.
Kalau aku tengah kosentret blogwalking, aku memang tak pedulikan orang lain yang lalu-lalu kat sebelah aku. Aku just jawab talipon je. 
Tu bagus ada blog ni. BUleh mengelakkan kita dari terjebak dalam kancah mengumpat. TET!!!


Yang tak menahannya, orang tu tanya soklan gini..


"Apsal plastik kopok ni koyak? Aku nak tengok kertas bahan-bahan (ingredients) tu. Sedap pulak."

Yang aku pun pi jadi bodoh , tanya lagi.


"KO nak tengok hape? Kopok ikan je pun... "


Dia jawab... 

"Ado la ni dia tulih telur, gula , garam, serbuk perasa...  Tapi ketas depan tu terkoyak. Aku nak tau dia pakai tepung apa.. Dia pakai tepung tak?" sambil mata pandang aku.


Dalam hati aku dah menyumpah seranah dah. 


"Taktau la .." aku jawab, mata layan tengok pc. 


 "Takkan tak pakai tepung kot?"  Mulut dia tak habih lagi berkata-kata. 



Dey, tanggechi!

KALAU ORANG DAH BAGI TU, AMIK JE LA. MAKAN DIAM-DIAM!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram