Followers

31 Mar 2011

Tips Mengidam Yang Patut Diamalkan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an.

Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.

“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.


“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.


“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.


“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan.

“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya.

Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.

Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.

Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya.

Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.



Iskk..Iskk...


Meh nak pesan. Khas buat wanita-wanita mengandung.


Sebolehnya, jangan diikutkan sangat mengidam tu apatah lagi ngidam menda pelik-pelik ni. Tapi, bagi aku mengidam lempuk durian tu, kira okeh lagi la kan. Jangan dia ngidam nak makan kulit durian sudah! Yang aku geleng kepala tak sudah tu, kenapalah ko gi mintak lempuk durian dan segala menda yang ko nak tu lepas laki ko balik keje? Tak boleh ke bersabo sikit nak oi......

Kesian kat suami tu. Dah le balik lewat. Pehtu, kena paksa suruh cari makanan plak. Kalau stakat burger Ramly tu buleh le cari. Eskrim paddle pop ke... Buleh la. Buah kelur? Aku pun tatau amende buah kelur tu. LAgi , lempuk durian? Memang kena hempuk le sudahnya. Tak kena timing.




Ni tips mengidam yang patut diamalkan ek. Sila take note:




  • Seeloknya, bagi je notis awal seminggu paling elok kalau nak makan pape pun. Especially menda ganjil-ganjil. So, senang le suami nak cari. Kalau takde, dia buleh le tanya orang, mintak tolong carikan. 



  • Jangan le cakap 'kalau tak dapat makan menda yg diidamkan tu , takleh tido'. Kesian suami. Buatnya dia keluar cari jugak makanan idaman kita, tetiba dia mati eksiden, camno? Haaa... tak nyesal? Bertenang beb! Bertenang!



  • Jangan guna alasan 'mengandung' sebagai access VIP agar kita dapat layanan first class dan cepat tanpa bantahan. Tak baik menyusahkan orang apatah lagi suami sendiri. 



  • Jangan disebabkan kita mengandung, kita boleh sesuka hati je gado-gado , hentak-hentak kaki dan merajuk pabila keinginan kita tidak ditunaikan. Mengandung bukan lesen untuk wat segala menda gitu ek. 



  • Hamil sangat sinonim dengan kesabaran. Sabarlah menanti apa yang anda idamkan tu tiba di pangkuan. Kalau rasa lambat sgt, pi la cari sendiri. SENANG!



  • Nak lagi senang, iklankan la kat fesbuk ke, blog sendiri ke tentang kemengidaman tu. Semoga ada la insan-insan mulia yang sudi tolong dapatkan untuk kita. TEringat lak kat Nini D wat kat puding roti untuk aku ari tu. Iskk... tacing Makbed!



  • Kata orang, sikap kita masa handle moment mengidam ni jadi penentu perangai baby dalam kandungan. Haa.. jadi pepandai la nak idup ek. Jangan cengeng sangat. Dapat suami penyabor takpe. Dapat suami yang tak sabo, naseb la!





  • Yang si suami pun.... kot ye pun kan, jangan le sampai naik sepak terajang kat bini tu. Kalau dia tak ngandung pun, sah-sah dia bukan lawan kamu. BUatnye ko sepak-sepak dia, terburai isi perut kawan tu kang, nak wakpe?? Tak pasal je masuk penjara. Tau la penat. Tapi, takleh ke cakap elok-elok. Takpun, agak si bini tu tak dengar kata, asik menjerit je, keluar je dari rumah. Jangan le pukul! Dosa tau! Iskk.. hapelah nak jadi ngan lelaki zaman skang ni. Tak suka je pukul. Marah je terajang. Dulu kekecik soh belajar tomoi tak mo! Sebok men guli je. Haa..kan aku dah bebel!



    makbed berkata
    Ado tak pompuan mengidam nak bini baru untuk laki dia? Ada tak ? Ada?  Takde kan!  Salu ngidam makanan je. Apsal ek? Ngidam beg tangan COACH? Ada?
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

        Instagram

        Instagram