Followers

19 Mar 2011

TERIMA KASIH LULU... MEKASIH SEMUA....

Pepagi ni aku bangun dengan malasnya sebab Oni dah tampar-tampar belakang aku suruh bangun. Pehtu, gi dapo... 

"Oni, nak makan apa?" 


 "Cuucccuucahhhhaaa......mamamamamhehehhetetetetete.."

"Ehh.. hamende la kamu cakap ni. Ahhh..ado spageti ni. Ibu celur je. Kang kita pikir nak buat apa ngan menda ni."

Then, aku gi kat lektop. Nak online. Memola, aku bukak blog aku dulu. 

Eh... apsal tetiba naik 10 orang lak aku nye follower ni? Ganjil nih? Ada pape ke? Entri semalam takde best pun. Pasal aku lupa nak bayar duit ikan je pon. Aishh..

 Tapi, ada 6 comments semuanya untuk entri tu.

Pastu... ada nampak Lulu tinggalkan link kat comment. KLIK SINI. TApi, aku tak gi check link tu pun. AKu check shoutbox dulu. Sebab, pape pun kena check surat peminat dulu kan? AHHAHHA....




Ekk..sapo lak tulih entri pasal aku ni? Maka, aku check kat STAT blog lak. Ado sumber traffik - daripada LULU. Haih, budak ni memang selalu bagi laluan traffik free. Tapi kan? Apsal ado nama Ben Ashaari lak? Apo kena mengena? Segmen ape kah pulak yang dianjurkan Encik Ben kali ni? Maka, aku pun klik la link yang Lulu bagi tu......






OWHHHH!!!! MAKBED.COM TELAH MENJADI PILIHAN LULU DALAM SEGMEN AKU SAYANG BLOG NI anjuran Ben Ashaari.

Waaa..... Bila baca dia punya entri, air mata bergenang. Haih, kan aku dah kate, time camni aku memang hati lembut? Patut le tetiba bertambah follower. 
Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. 




Berikut ialah jawapan kepada soalan-soalan di atas. Kita mungkin akan berjumpa tapi entah le bila. Ada rezeki nanti, Insyaallah....

Kenapa aku suka bergambar dengan webcam?
Sebab takde sapa nak tolong tangkap gambo aku kat opis. Dok opis boring la. JAdi, aku tangkap gambo sniri untuk memastikan yang muka boring aku tidak terlalu buruk untuk ditampilkan. Tahu tak? Kat opis , staff-staff suma cakap Makbed ialah seorang yang selalu tersenyum even Makbed dok sengsorang kat meja tu. HAaa.. depa tatau Makbed dok wakpe. HEhehe.. Ekceli, kalau Makbed tak BW, of kos le aku tengah tangkap gambo sniri pakai webcam. TETT!!


Kenapa aku suka makan....dan makan?
Waahh.. soklan marabahaya ko ni. Makbed suka masak. Makbed masak selalunya sedap. Tak caya, tanya Inche Kitchi. Makbed memang suka makanan sejak duduk jauh-jauh dengan mak abah di kampung. Dulu, masa kecik-kecik tak suka makan sebab Abah asyik SURUH MAKAN je. Sampai muak! Bila dah dok jauh, baru le tau yang masakan Mak adalah yang TERBAIK. Tapi, masa tu dah lambat dah nak sedar. Maka, kena masak sendiri kalau rasa nak makan. 


 Apa rahsia Makbed, sabar menghadapi Cik Oni yang aktif dan tak reti duduk diam?
Haa.. ni soklan yang menunjukkan Lulu sangat caring tentang Makbed. Mekasihh..... Rahsianya ialah, ingat balik la masa kita tengah mengandungkan dia 9 bulan dulu. Camana rasa masa bersalinkan dia. Kadang-kadang, Makbed termarah, tercubit gak Oni tapi, MAkbed cepat-cepat peluk dia. Masa peluk dia tu la rasa marah, tensi segalanya ilang. Dan, MAkbed akan selalu peluk dia bila dia tido. Oni plak kan... bila kita marah dia , dia cecepat lari peluk kita, and cium pipi seploh kali. HAHAHAHA.. Pandai memujuk budak ni. Terus cair, tak jadi marah dah. 


Boleh ke nak urus 2 anak sekaligus?
Haa..tu la. Ngan keje lagi. Hadehh.. Entah la. Tapi, Makbed bersedia mengharungi cabaran ini. Mana buleh takut kan? Dah ado dalam perut ni ha. Takkan nak 'cancel order' pulak. Wahahahhahaa... Buleh?


Boleh kurus ke lepas bersalin?
Aaaaaaa...Errrr.... Insyallah. KAli ni Makbed pantang sendiri di rumah. Alamak, bengkung tak cari lagi nih! Dush..Dushh..DUsh...!



Terima kasih Ben Ashaari dan Majulah Blogger Untuk Negara.

Lulu, mekasih ingat MAkbed dengan cara gini. Semangat aku nak berblog. Chaiyokk!





Selamat datang kepada follower baru Makbed.com. Semoga kita terus bersahabat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram