Followers

14 Mar 2011

Sabtu the bizi day - episod 2

Masih lagi dengan citer Sabtu.


Kitorang gi kenduri BFF Inche Kitchi masa skulah-skulah - Jijie and Alyani yang berlokasi di Port Dickson. Sampai masuk hangin perut Makbed mencari rumah kenduri tau. Naseb bek lauk kenduri sedap. Makbed tidak memilih nasik minyak pada hari tersebut kerana takut kang perut meradang. Nasik putih aje udah. Tak pasan ke badan dah macam kapal api ni?




Elok-elok habih makan, penantin pon datang dengan bunyi kompang-kompang. Ce tengok muka Oni yang kekonpiusan tu, Maybe dia dok pikir mana datang bunyi kompang. MAta bulat mencari-cari arah bunyi tersebut.




Ni la pengantinnye.



Tetiba Oni nampak penantin yang datang dari kejauhan. Dia pun tunjuk kat aku sambil panggil "Ibuu!!! Ibuuu!! Cantiiikkk...."

Wah, pandainye... Anak sape lah ni kan?



 Inche Kitchi ntah mana menghilang dah. Maybe dia gi kejar penantin kot sebab nak tangkap gambo. Aku duduk je kat depan pelamin tu. Oni cam biasalah, mana nak dok diam-diam. Lupa nak bawak stroller la. Pasni aku kena bawak stroller. Tak buleh lepas kalau bia berjalan di bawah. Silap-silap Oni bersilat kat depan pelamin tu. 


 BAru nak duduk rehat jap, Oni berry pulakkkk........


 "Jom Apak balik. Oni beyak ahh," aku cuit lengan si Apak. Sian lak nengok dia sebab letih drive dari Subuh sampai la skang. 


Inche Kitchi ikut je. Dia kata dia nak tunggu kawan lagi 2 orang nak mai. TApi, takpelah, jom gi basuh berry Oni dulu.


TApi, baru dok start keta, kawan dia lagi 2 orang tu udah sampai pun. Tak sempat sembang lama-lama sebab Inche Kitchi pun rush. Jam 3 ptg dia sepatutnya ado kt KL untuk AGM HAVOC khas untuk pemilik-pemilik keta Honda Accord seantero negara. 


Yang tengah tu namo Nazli. Yang pegang belt cam ahli gusti tu nama dia Bad. Bad ekk. Bukan BED ok. Maceyyy....


Tak sempat borak lama-lama pun ngan diorang ni. Haa..gitulah adat orang udah kawin ni kan. Sian Inche Kitchi. Nanti kita organize satu jumpa-jumpa session kat memana yang strategik. Khas untuk BFF dia je. Pastikan makan sedap disediakan. Wacha!



Sampai KL dah lewat. Aku terus antar Inche Kitchi gi Restoren Haslam then gi CITRUS HOTEL. Terpaksa la Makbed jadi ibu tunggal kejap masa check-in. 

Untuk info pasal Citrus Hotel, klik sini --- CITRUS HOTEL



Aku dapat promo rate yang membuatkan aku dok Club Room. Haih... ape nye yang best sangat. Sama je. Bilik samo je beso ngan standard room. Cuma, ado tv LCD, tempat simpan barang yang beso, katil beso, and unlimited acces to Club Lounge. Haa.. udah bawak baby camana mo pi Club Lounge daa.. TApi sempat le jengah kejap mintak kopi. HEee... besh gak kopi dia. Kebetulan, mentua aku pun outstation dan stay kat situ. So, buleh jumpa skali. 


Bestnya dok situ ialah... Layanan menarik. Sebab masa aku check-in sebagai ibu tunggal dan perut yang boyot tu, diorang tolong tengokkan anak aku. Suma barang diorang angkat dari bonet sampai ke bilik. Aku just bawak Oni je. Bilik pun ok gak. Dekat dengan Chow Kit dan Jalan Raja Laut. So, buleh jalan kaki la nak pi SOGO. Monorail pun dekat. Kena jalan kaki sikit je. Tapi aku kalu buleh nak LRT tu betul2 sampai pintu bilik aku aaaa... Breakfast sangat sedap dan banyak choice. NAseb perut aku besar lalu membolehkan aku bangun refill pelbagai makanan berulang kali tanpa rasa bersalah!


Yang tak beshnya, parking space takde. JAlan nak masuk hotel lansung tak grand. Sempit. Hotel ni tersorok sikit. Nak kata hotel bajet, tak bajet pun nampaknya. Hotel ni jadi piilihan untuk tourists sebab dema kebanyakkannya tak de keta so takyah le pikir pasal parking. Kalau kita yang datang on business purpose, sure la bawak keta kan. Mana buleh parking Bambam Bee suka hati je. Lagi satu tak besh, pekerja hotel kebanyakkannya bukan warga negara Malaysia. Banyak yang idung mancung-mancung. Ada yang tak berapa paham Bahasa Melayu. Tapi, yang mana buleh cakap Melayu tu suma baik-baik belaka. Lawak pun ada gak bila diorang sembang ngan aku macam aku ni datang dari kampung diorang. Nampak sgt muka aku cam Aishwarya Rai kan? *Sepak!


Saya suka cerek itu. BUleh tak amik? Cerek itu ada lampu bila ditekan.


Ado peti es kecik dengan air kencing setan di dalamnye.



Di malam Sabtu, aku kuar jemput Miza ngan aik dia kat SOGO then terus gi jumpa Wan Kering kat tempat beger Wan Gemok di Sungai Buluh. Oni tido je dalam kereta sepanjang perjalanan. Letih nooo... Dalam bilik hotel dia tak tido pulak. MAsuk keta terus lelap. Borak-borak kejap je ngan diorang, then aku balik hotel balik sebab Oni meragam nak tido dah. Dalam kereta tu, Oni tido lagi sampai bilik. Gegar camana pun Oni tetap terlentok. Dia tido sampai besok pagi. Uuuuu.....


Sambung lain entri lak..



Sapo yang ado Honda Accord tak kiralah generasi apa pun buleh le meramaikan forum ni yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama kita.
PROMOT! 

Nak join klik --- KELAB PEMILIK HONDA ACCORD MALAYSIA

p/s - yang MEMILIKI ye. Yang curi-curi kereta tak payah gatai join. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram