Followers

30 Mar 2011

Panasssss

Semalam panas betolll! 

Balik umah aku terima 2 bungkus nasi ayam berempah dari jiran depan. Gud, tak payah masak dinner. Boleh terus masak puding caramel je. Dua hari lepas jiran rumah atas pulak kasi Chocolate MOist Cake. Ehh...dah berjangkit gamaknya sindrom bagi-bagi pinggan di kalangan jiran-jiran terdekat ek? 

HAha.. sonok la. Sebab sebelum ni takde. Jiran takde yang ngam. Ado pun jiran, bini dema lak takde. Tinggal suami-suami jek. MAsa bersalinkan Oni dulu, sengsorang je haku. MAk nak tinggalkan aku berpantang kat umah pun seriau. Sebab memang sunyi. Skang, dah tak pe dah... Semua rumah ada orang, kecuali satu pintu tu yang masih kosong. RIndunya kat suri rumah tu dengan anak dia. Diorang dah pindah balik Labuan daa awal tahun ari tu. KAlau tak, sure meriah blok ni!



Aku dah beli pelengat yang kecik sikit. So, satu adunan puding boleh masak dua bekas. Cute le sikit nak taruk atas pinggan untuk diberi orang ye dak? Comey gitu. RAsa tetap sama. Harap, AJA (nama jiran yang kasi cekelet moist tu) suka menda manis-manis ni. Ihiii.. TApi, kek ko sedap woo! Macey....


Ketika masak puding tu, walaupun sikit je kederat nak diguna, peluh bercerau sampai basah baju bahagian belakang. Waa... menitik-nitik beb! Bila masuk waktu tido, aku rasa berbahang. TAk habih-habih aku mengomel kat Inche Kitchi pasal temperature yang agak tidak besh tu. KAt luar angin sepoi-sepoi, dingin macam mahu hujan, tapi kenapa dalam rumah panas? 

Memang boleh tido tak berbaju. Sejuk... TApi, tak bagus untuk kesihatan ibu mengandung. Seboleh-bolehnya, aku kena elak badan dimasuki angin. PAkai baju pun angin leh masuk , apatah lagi kalu bogel je? Idung aku dah start selsema. Ketat rasa lubang idung. Tekak gatal dan sakit. Semalam, aku memang tak boleh tido!


 Jam 5, baru aku lelap. Sebab masa tu dah sejuk. Pukul 6 aku bangun Subuh dan tido balik. Sedar-sedar sudah jam 7 pagi. Kepala aku dah sakit. Aku bangun juga sebab 'tangki' dah penuh. Nak jalan pun tak daya. TArik selimut tido.... 

"Ayah..kang tolong antar Auni gi pengasuh ye.." aku berbisik kat telinga Inche Kitchi.

"Yolaahh...." 


 ZZZZZ...ZZZZZz.ZZz


 -aku dah berjaya wat telur separuh masak! selalu buat telur tu tak masak, atau terlebih masak-

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram