Followers

7 Mar 2011

Misteri BamBam Bee

Minggu lepas dapat makan macam-macam wooo.

Buleh makan nasik kandaq.
Pehtu masa nak balik singgah gi Subway dulu. 
Tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya mempengaruhi Inche Kitchi makan Subway hari tu.

Shukord, silalah jeles ye. Ngehehehe...

 Dah kenyang makan, lebih kurang jam 8.30 malam kami pun bergerak la dari Penang , balik Lumut. Ahad Inche Kitchi duty. Kalau tak buleh dok lama lagi makan nasik kandaq je kan kan kan...?


Sepanjang perjalanan pulang tu aku tak titon pun. Oni je tido dari mula. Pelik gak sebab dia sedut air stabak tu beria patutnya dia tak tido la kan. Aku kasi air oren yang ateh meja tu, dia takmo. 
Dia bekenan nak sedut air dalam bekas stabak. Suka straw kaler ijau kot kan? 
Dah minum caramel machiatto frap, siap ado coklat chip lagi, masuk keta terus lelap. 
So aku beborak dengan Inche Kitchi je sepanjang perjalanan pulang.


Pepaham je la jalan Pantai Remis nak ke Lumut tu memang sangat 'cantik' jalan rayanya.
Ada bonggol. bonjol dan lubang. Skali Inche Kitchi nak pintasan maut over take lori tangki minyak kat depan. Awak besit la laju-laju belah kanan tu bila jalan clear. 

Skali ado bunyiii baek punyo...

"GEDEGANGGGG!!!"



 Terlompat Bambam Bee. Melatah le suma seisi kereta kecuali Oni yang dok tido.
Macam mana nak jaga dah tido atas Ibu kan. Lemak-lemak badan aku menyerap hentakan.
Laki aku terlanggar lubang agaknya. Taktau le berapa dalam, tapi kuat le jugak gegarnya. 



 Satu kejadian aneh berlaku kemudiannya....



WAJIB besarkan gambo untuk penglihatan lebih baik

"Eh... tetiba meter ado lampu laa!!" kata Inche Kitchi dengan seperaisnya.


Terbahak-bahak aku gelak. Oh, Bambam Bee pun melatah rupanya. Selama ni lampu tu tak penah menyala. Gelap aje. Kalau nak tgk meter minyak ke hape kat desbod tu ko pakai je la lampu henpon suluh kat situ. Sejak kereta di hand over oleh Apak Mertua ku, memang tiada lampu di situ. Kalau ko press minyak laju-laju pun, tak tau berapa RPM peginya. Tetau dah laju dah. Megikkan?


Tapi yang nyala tu belah kiri jek. Belah kanan tak nyala pon. Jadi, aku soh Inche Kitchi cari je memana lubang , terus langgar je laju-laju. Tadi langgar belah kanan. So, pasni langgar belah kiri pulak. Sure nyala kan?



Teringat kat moto kapchai aku yang dulunya lampu takleh menyala. Asyik terpadam je. Kena sepak terajang dulu lampu tu, baru menyala. Lama-lama moto aku dah kebal dek terajang aku. Aku terajang pun takmo nyala. Kena soh Hambali ngan Ecam terajang pulak. BAru nyala balik. Naseb aa.. Kena bagi nyala gak sebab balik keje subuh-subuh kan? 

Sampai skang elok gi moto tu. Laki aku pakai. Taktau le kena terajang lagi ke tak moto tu skang. Nampak mcm tak payah dah. Heeee.....~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram