Followers

21 Mar 2011

Minggu ke-26. Check perut dan ciwi lagi...! (Entri Khas untuk Lelord)

Check-up day!

Nyampah la check-up hari Isnin. Ramai wooo kat A10. Jenuh aku nunggu. Sampai tengahari baru abih. Hmm.. berat bertambah dengan jayanya.. Lagi 2 kilo. So berat terkini ialah 67kg.

Kurang dari 100 hari lagi Makbed nak beranak tau? Korang sure ternanti-nanti momen aku beranak sebab pastinya entri pasai tu memang gempak abihs! HAHA.. AKu penah wat entri saat-saat bersalinkan Oni dulu tau. Buat sapa yang tak penah baca buleh la check entri sekitar Ogos 2009. KLIK sini untuk jalan laju sikit ke entri tu.


Berdebar ni...

Bagi menghilangkan debaran, aku nak tukar fokus dengan membuat entri penghargaan. Kali ni entri penghargaan aku ditujukan khas buat sedari LELORD. Ucapan penghargaan Makbed berbunyi begini:

WEH, AKU DAH AMIK DAH HADIAH KO KAT POS OPIS TADI! GILA CIWI YANG AMAT. SENGIH BESO AKU KAT DEPAN KONTER POS TU.


Makbed menang GA yang beliau anjurkan tempoh hari. Nak tengok camana rupa hadiah tu?






Photobucket

Jangan kata rupa hadiah tu, rupa aku dapat hadiah tu pun aku letak skali. So, korang tak payah susah-susah bayangkan camana rupa MAkbed bila ciwi dapat hadiah. Hadiah kegemaran lak tu! 

Ehhh.. tu bukan lipstick aaa! Apo korang ingat aku cukup daya nak bergothic emo pakai lekstik kaler hitam? Heee... Dengan perut aku yang tengah 'bengkak' ni kang orang geleng-geleng kepala je cakap mak buyung sorang ni buang tebiat dah. 

Tu lah dia celak mata Noor Kajal pemberian Lelord. Weehuu! Dapat-dapat tu aku terus pakai dalam kereta masa nak gi keje. Dah le masuk lambat hari ni. SLamber! Mata kena tacap dulu. Sebelum ni taruk Unstoppable eye liner je, tapi dah ada celak baru, aku men tenyeh je atas celak lama. Perrghhh!! Dasat wooo kesan dia kat mata. 

Testing tadi takde pulak celak tu cair kat mata bila pakai. Taktau le lama mana nak tahan. Nak kata water proof pun tatau. LElord, celak ni kalis bunyi air tak?






Haa.. dah siap dah tenyeh celak dalam kereta tadi. Aku tenyeh sambil drive tau! Ko buleh? Takleh. AKu je buleh. Membohong je keje aku hahahahha! Aku suka. Aku suka celak ini. Nanti abih celak ni kan, patut tak aku soh Lelord wat GA lagi? *yakdish!


MEKASIH LELORD. I LEBIU LAH! XOXO




Eii.. macam bebudak je entri aku ni. Opss..lupa. AKu baru lapanblas tahun rupanya. Ihik! Ihik! 
Ce bangun dari kerusi, terus tak lapanblas dah! Uhuk! UHuk! UHuuukkkk!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram