Followers

24 Mar 2011

Mengesan Pasangan Yang Curang

Curang? Stended!
Jangan expect sangat manusia akan kekal setia sampai mati.
Tapi, takleh gak nak bersangka-buruk ngan orang kan.
Lain hati, lain rasa.
Curang ni memang sejak zaman-berzaman lagi. Ia berevolusi mengikut peredaran masa. Zaman skang ni kita kena lebih tough sebab terlampau banyak punca menjadikan kita curang, mencurangi dan dicurangi.


Meh kita tengok sebahagian tips yang Makbed peroleh bagi mengesan pasangan yang curang.



Resah bila dating bersama.
Pasangan anda sering-kali melihat jam tangan. Kalau dia tak pakai jam tangan, dia asyik pandang henpon. Seolah-olah dia ada hal yang penting dan adakala sanggup meninggalkan kita keseorangan kononnya dia nak menyelesaikan masalah pentingnya tu.


Time dating dengan anda je dia tetiba sakit.
Awal tadi dia cam hoke je. Tetengah dating tetiba dia cakap sakit perut la, nak demam la. Then dia mintak excuse nak balik. Bila kita nak hantar dia gi klinik ke, dia mati-mati takmo. Samada dia kena sihir yang jenis takleh dok dekat ngan anda, ataupun dia memang sedang cuba mengelakkan diri dari keluar dating ngan anda. Heh, jaga-jaga!


Sering mencari alasan untuk TIDAK KELUAR DENGAN ANDA
Dulu, pantang diajak kuar tengok wayang , laju je ikut. Bebila masa ajak jalan-jalan, mahu je dia ikut. Tapi, jika kebelakangan ni dia lebih benyak memberi alasan atau pun anda kena pujuk rayu dulu dia baru dia nak keluar (dengan muka terpaksa lak tu!) , maybe pasangan anda tu sedang berlaku curang dengan anda.


Baran tetiba. 
Takleh tanya soklan sikit. Salah tanya soklan pun nak mengamuk. Salah sikit je, kena marah. Pasangan anda sudah tidak segan silu lagi memaki hamun anda atas kesalahan yang tidak disengajakan. Walau anda cuba untuk tak buat kesilapan, dia tetap cuba cari silap anda. Ni nama dia, SAJA NAK CARI PASAL bagi anda benci kat dia.


Tak bagi pegang henpon apatah lagi membelek henpon tersebut.
Takut kantoi la tu. Kalau dia tak curang, satu hari henpon dia dok kat kita pun dia tak port.


Kurang menelefon atau bertanya khabar
Dulu rajin je telepon. Setiap sejam, call. Dah makan, minum? Makan pe hari ni..? Pakai baju ape...? Satu hari tak telepon jiwa resah , katenye. Tapi, kalau dah sampai 3 hari tak telepon lansung, tanpa sebab yang logik, bersiap-sedialah. Anda mungkin telah dicurangi.



Perubahan sikap yang ketara.
Kalau dulu dia romantik dengan anda, skang dia dah tak romantik. Dia wat tatau je bila tiba hari-hari tertentu. Ada jugak yang kalau dulu dia memang tak romantik, busuk, selekeh, kucing pun tak nak deka, tetiba hari tu dia smart, wangi, dan romantik. Tetiba bagi hadiah kat ko. HAaahh, mana-mana perubahan drastik gitu menunjukkan yg ada kemungkinan pasangan anda sedang curang.


Tak cakap telepon depan anda.
Tetengah makan , telepon bunyi. Dia terus off henpon. Ataupun dia jawab telepon tu tapi dia jawab kat luar. Asalkan anda ta dengar conversation nya. Pehtu, cakap bisik-bisik pulak. Kalau dia dapat SMS, dia cepat-cepat baca dan padam. Takut kang anda baca. Setiap kali telepon berbunyi dan anda ada kat situ, dia musti resah-gelisah punyo.


 Asyik tak boleh dihubungi aje.
Bila telepon, engage. Ada masa tak dapat lansung. Maybe, dia tutup henpon dia bila dia gi dating ngan awek lain.


Asyik 'tershahsul' je sebut nama kiteee....
Punya le ramai awek, nama kita pun dia sebut nama lain. Bila dia tersebut tu kan, kita tanya balik, dia cecepat tuko topik. TAkpun dia jawab tu nama makcik dia atau kazen sebelah mak tiri dia. HAaa..camtu la. Bek korang check.


Sepi tanpa berita bila berjauahan.
Selalu tu pandai je send email, atau sms. Sesekali call. Kalau cam yang isteri-isteri suami di laut ni, maybe susah sikit nak kerap-kerap bertanya khabar. Tapi, susah camana pun, paling tidak seminggu skali pasti ada kiriman berita mengenai keadaannya di sana. Dalam surat atau email diceritakan perihal aktiviti menariknya sepanjang minggu tu. Tapi, kalau tetiba senyap je , and bila dia call tu pun nak taknak je layanan nye, maka jaga-jaga lah.


Tetiba ado kesan gincu kat baju.
Haaaa.... Nak cakap pe lagi? (pada yg lelaki kalo nak curang jangan cari awek yg pakai gincu. mekasey!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram