Followers

27 Mar 2011

MAkbed jatuh .

Tadi kan... Aku on the way dari Lumut ke Pokok Sena. Nak pi knuri. Kitorang (kami 3 branak) brenti kejap kat R&R Gurun sbb Inche Kitchi ngidam kuih pau dan Oni lak berry. Malangnya, kuih pau takde. So, lepas habih mempersiapkan Oni, kitorang pun bergerak nak sambung perjalanan ke Pokok Sena. Jauh gi nih.

Kat ruang legar R&R tu ado orang jual kerepek-kerepek, kuih siput, kuih meneram bla bla bla. Inche Kitchi kasi signal kat aku...

"Tu, kuih siput!"

MAklumle, kuih tu adalah faveret aku. So aku singgah sat gi beli. AKu dukung ONi guna lengan kiri. Lepas serah duit seploh hengget (dapat 3 jenih kuih) , aku pun bagi beg plastik berisi barang-barang tu kat laki aku.

Then aku pun nak jalan.



Tetiba......





AKu tersepak sesuatu. MAlang sikit nasib, lantai tu tinggi dalam 15 cm la jugak dari tempat aku berpijak. AKu terjelepok jatuh. Yang beshnya, aku tau dah aku sure jatuh punyo. Kaki aku tersadung, dan aku tau kaki aku sudah pun tergeliat. Aku siap leh sebut 'Astaghfirullahalazim' lak tu sepanjang 'kejatuhan' aku yang mengamik masa kira-kira 2 saat setengah saat je untuk aku sampai ke bawah.

Oni ?


Oni selamat dalam dukungan aku. Dia memang selalu selamat dalam apa jua situasi ketika aku jatuh. Dah 3 kali dah so far aku jatuh macam gitu. Tapi, kali ni 'unik' sikit sebab aku jatuh bersama perut aku yang beso. Alhamdulillah, aku jatuh bersimpuh ke kanan. Means, buku lali aku dan sekitar pergelangan kaki kanan aku yang menampung sakit.

Takde bunyi BEDEBAB ! Aku jatuh bunyi PEK . HAHAHAHAHA.. sebab, aku jatuh pelan - tapi sakit gak la. Perut aku take efek gegeran pun sebab peha aku kan ado absorber lebih, boleh menyerap hentakan. Bagus jugak ada kaki beso ni kan?

Oni nangeh tetiba macam dia pulak yg jatuh. Tak leh lupa aku memandang muka dia yg cemas. Dia pandang tepat muka aku dengan concernnya. Nangeh-nangeh, peluk aku kuat-kuat walaupun Apak dia nak dukung amik. Aku tau, dia takut jadi pape kat aku. Sian anak Ibu ni.

Ketika kejadian, Inche Kitchi jalan 3 steps ahead of me. Tu pun dia tak pasan aku jatuh. Dia memang tatau la camana aku jatuh. Tapi, nasib baik dia teringat nak toleh belakang. KAlau tak, memang aku tak bangun sampai dia sampai ke kereta la kot. KAn Kan Kan?

Hari tu, aku glamer la. Ramai kot orang tengok aku tadi. Ye la.. cemas gak la kan, tgk pompuan ngandung  jatuh tepi longkang. NAsib baik takde pape. Kalu tak, takde nye korang leh baca blog aku dah.


Dah sampai Penang dah. TAdi, makan banyak gila kat umah knuri. Sampai uumah Umie, aku makan nasik kandar pulak. HAHAHAA...

Ok dah. aku nak pi bancuh ayaq. Daaaa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram