Followers

21 Mar 2011

Luahan perasaan dari seorang insan yang rabun

Ko ni sekejap pakai spek..sekejap tak. Ko ada masalah identiti ke? Dok ikut trend orang sangat. Orang pakai spek... hang pakai spek. Orang pakai tudung senget, ko pakai tudung senget. Takde pendirian betoi...!


Eceh!

Suka ati abah dia je cakap aku takde pendirian. Nak kena ni..... Ko pilih lubang idung mana ko nak aku jolok dulu.


Meh sini aku wat pendedahan ekslusif. 


 Aku memang rabun sejak sekolah. Dari darjah 4 aku dah rabun. Tak caya? Ce tengok ni...



Nampak jelas?

Zaman skolah aku takde pilihan kecuali memakai spek yang dipilih orang tua aku. So, korang paham-paham je la. Aku mula tak pakai spek bila pada satu hari ketika training Taekwando masa kat U, spek mata aku kena terajang lalu patah dua. Nak beli spek mahal sebab power spek memang sangatlah power. Aku rabun teruk! Jadi, aku pun buat la contact lense.

Sejak pakai contact lense, aku jadi besh. Aku buat gak spek tapi spek tu aku pakai kat umah je. Mahal tau spek aku. BUkan sebab brand yang wat jadi mahal. Tapi sebab spek aku terlampau tebal dan aku perlukan satu teknologi untuk menipiskan kanta spek aku tu supaya idung aku yang mancung ni takde lah berbekas teruk sangat. Berat oo spek kalu tak guna teknologi tu. AKu dah lupa nama apa menda tu. Pastu, nak multicoated lagi pulak. Harga frame untuk spek aku selalunya tak lebih RM100. Aku tak mampu nak beli frame spek yang aku suka, sebab lens aku lagi mahal. Sedey! Pakai apo yg ado je. 


Aku pakai contact lense pun bukan untuk ikut trend. Dah aku rabun. Nak wat camno? 
Contact lense pun kena custom made. Power usah cakap. Ada silau lagi. Tapi, pakai contact lense lebih membuatkan aku terus aktif. 
Aku takyah sibuk-sibuk lap cermin mata bila kuar dari tempat ekon sebab cermin kena kabus tebal. Aku takyah sibuk lap cermin spek bila hari hujan.
Dan aku buleh lari suka hati tanpa risau spek mata aku beringgut goyang-goyang lompat sama ngan aku.


Tapi, op kos la pakai contact lense ni ada kebaikan sampingan. 
Orang nampak le mata aku yang beso ni. Idung aku pun mancung je nampaknya. Takde tersorok bawah spek. Taik lalat kat idung pun semakin menyerlah dengan tak adanya spek di atas batang idung. Tapi, tu semua kesan sampingan je. Aku takde niat nak melawa-lawa pun bila pakai contact lense. Mana ada mata aku kaler biru, purple, oren, merah... pink? 
Takde kann...?
Contact lense aku kaler natural tau! Tak caya, meh sini aku tunjuk. Meh, aku nak korek bijik mata aku ni~


Bila dah keja company beso, gaji beso sikit barulah aku mampu beli spek mata mengikut spesifikasi sendiri. Pape pun, aku dulukan lense nya. Aku wat multicoated, nipiskan, siap taruk Transition lagik tau. 
Bingkai kasi branded sikit. Tahan lama. Sebab aku nak pakainya lama. 
Kat umah kan aku pakai spek. So, caya tak kalu aku kata spek mata aku yang dikatakan 'ikut trend' ni regenya ialah RM1500? 
bukan nak riak. nak gitau je kat orang yg tanya soklan pelik-pelik ni...




Kalau orang pakai spek ikut trend, tak de dia nak spend sampai banyak tu lah untuk sebijik spek! 
Aku ada satu ni je spek. Ni lah dia spek aku pakai kat umah bila hari cuti tak keje. Ni lah jugak spek yang aku pakai bila aku rasa takde mood nak pakai kontek lense. Aku memang tak ikut trend. Orang lain pakai spek tapi takda cermin pun ado... Nak ikut trend. Ce gi check umah dia tgk ado berapa banyak bingkai spek dia. Aku? Ada satu ni je..... 

 KAya kan aku? Pakai spek rege ribu-ribu dok umah je? Haahahahaha.  Korang ade?


Maaf.. aku takleh dedahkan power kedua belah mata aku skang atas sebab keselamatan. 


 Jadi takyah jeles.
Kalau ko nampak aku cun pakai spek ni, maknanya aku memang sebegini cun la ketika kat umah ye!
Kalao ko kata aku nampak cam makcik atau Cikgu BEdah bila pakai spek
aku nak wat camno. 
Dah aku ni cacat.
Aku kena terima hakikat.
SPEK adalah sebahagian dari kehidupan.
Kalau aku ado duit, aku memang gi wat LASIK.
Tak nak dah aku pepagi korek mata pakai contact lense...
Kalau buleh aku nak bangun pagi tu nampak clear je....
Bukan nampak menda kembang-kembang segala
Muka laki sniri pun tak nampak jelas
Sedih tau jadi rabun ni.
 Risiko di mana-mana
Risiko diserang manusia yang durjana...
Senang, cabut spek je dah lemah dah.
Then,
risiko diserang menatang berbisa dan tak berbisa
Kalau spek tu takdak, memang meraba la 
Kala jengking kat sebelah pun nampak cam biskut je..
Buleh mati wo!




tengah tahan nangeh...
 

Touching aku tau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram