Followers

7 Mar 2011

Kesilapan yang memang tidak disengajakan.

Bukan nak bagi excuse ok. Kekadang, time hamil ni memacam menda buleh jadi. Tapi disebabkan ko peknen, sapa pun tak sampai hati nak marah ko. Waaaa~






Ko takyah try minum tuak , Jack Daniels , Guiness Stout or Carlsberg untuk rasa weng dan nenong-nenong kepala. Sebab, memang asyik pening dan lalok semedang. Sampai time bos dok cakap depan mata pun buleh tunjuk isyarat "TALK TO THE HAND" sebab nak pi muntah dulu sat.



Buleh dok dalam jamban lama-lama kat opis tanpa sesapa pun buleh mempersoalkan tindakan anda. Kalau orang telepon marah aku takde kat meja atau tanya aku pi mana lama sangat, aku pon jawab... " Pi berak tadi."






Hampir semua expect pregnancy ialah sesuatu yang menyeronokkan. Oh yes..MEmang seronok. But what's with all the MCs and painful gestures, huh?






The fact that people tend to compare you masa dulu-dulu time anak dara, zaman hawtiee... zaman buleh pakai jeans ketat adalah sangat tak fair dan agak annoying jugak tapi kena tahan telinga gaks dengarnye. Tak aci tau compare masa bujang ngan zaman peknen. 








Semasa pregnant lah kesabaran suami teruji melayan isterinya beremosi yang mencurah-curah. Biasanya kehamilan mengeratkan hubungan tapi ada masa suami banyak saaanngat beralah. Sampai kena tido luar, makan kat kedai... Hmm.. masing-masing ada pengorbanan sendiri, kan? Kena pulak mak buyung ada sindrom ngidam tak brenti, siang malam suami tido tangan kat dahi memikirkan camana nak penuhkan keinginan si isteri.




Keinginan nak bercantik-cantik tu kurang dari kebiasaan. Tapi, Allah tetap bagi seri pada wajah seorang ibu hamil walaupun tak mandi 2 hari. Heeee...~ Seri apo ntah? Bab baju tu pulak, si suami tak penah komen atau tak berani nak komen cakap baju ketat sampai rupa bini tu dah macam buah cempedak kena bedung takut bini sentap pulak. Nak beli baju peknen pun, suami suruh beli yang paling beso skali. Senang, pakai sampai lepas bersalin pun takpe. Si mak buyung pun akur je. Tapi Makbed, malas dha nak bli baju. Pakai je baju Mak kepada MAkbed yang diwariskan turun-temurun. Heee...~ Ol skool okeh.
Orang suka melihat aku berjalan terkengkang-kengkang ta kurang jugak yang geleng kepala. Jalan dari club house gi opis aku tu walau dekat je pun tapi sama rasa macam lari pecut 100m mengahnya. Pehtu perut tetiba mengeras tak pasal. YAng tegur pasal aku jalan lambat terhegeh-hegeh pun ada gak. MAybe dia melawak je. Aku tak sedih. TApi.... ko ingat senang ke nak jalan macam model catwalk time cam ni ha? 









Tadi, orang suruh aku wat annoucement pasai meeting postpone dari pukul 3 ke pukui 4 petang. Kat recep desk ni ada mikropon. Kat situ ada la 10 biji punat button yang telah dilabel. Yang mana buleh tekan, patut tekan dan TAK PATUT TEKAN. Selalu nak wat announcement kena tekan button nombor 8. Tapi, tadi masa aku nak wat announcement tu ado lak tipon masuk. Dan ada lagi gangguan luaran di depan meja. Natijahnya, aku pi tekan nombor 9 - iaitu button EMERGENCY. Apa lagi, nenong-nenong le bunyi alarm satu loji janakuasa ni. NAseb bek la takde sapa pi lari sampai ke padang. KAlau tak, menjawab Makbed.



-entri tak de motip-




 suma gambar telah dicilok di Google. Masey~



hari ni teringin nak wat entry bergambar lak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram