Followers

22 Mar 2011

Kesian rakyat-rakyat seperti kita ni

Berikutan perang di Libya ni, minyak sure akan naik lagi. Boleh ke nak salahkan rakyat Libya yang awalnya buat pemberontakan gara-gara nak jatuhkan pemimpin diorang, yang mendorong campur tangan kuasa asing sudahnya?

Atau kita patut menyalahkan pimpinan Gaddhaffi yang kejam pada rakyatnya sendiri sehingga tercetusnya segala bala macam gini?


Sama la jugak macam pemberontakan di Mesir dan Bahrain. Cuma, maybe bernasib baik sebab tak de campur tangan kuasa luar. Segalanya dalam kawalan. Yang kat Libya ni? Rakyat buat bantahan nak turunkan pemimpin yang ganas kendian diancam oleh pemimpin itu sendiri. Kendian, kuasa besar kononnya nak tolong rakyat Libya dari terus ditindas, end up hantar Tomahawk yang mengorbankan berpuluh rakyat Libya tu sendiri.

Sudahnya, yang jadi mangsa ialah RAKYAT jugak!



Semoga kita belajar dari apa yang berlaku. Dan semoga pemimpin kita pun belajar jugak.


Boleh baca lagi untuk pengetahuan am : KENAPA PEMIMPIN ARAB TIDAK KISAH NASIB PALESTIN?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram