Followers

20 Mar 2011

KEBURUKAN IKLAN KEPADA KANAK-KANAK. Ye ke?

Korang penah tak kena soklan karangan berbunyi: 
CERITAKAN PENGARUH IKLAN KEPADA KANAK-KANAK


Selalu je kan? AKu jangan disuruh wat karangan. Bab 'menggoreng' ni memang terer, hangit aku kerjakan kertas jawapan tu. Tak caya tanya Mak aku. Masa tu, aku tak berapa sure betul ke iklan khususnya yang kuar kat tv tu betul-betul bagi kesan kat kanak-kanak macam aku (diketika itu).

Zaman kanak-kanak aku dilalui dalam keadaan strict. Tak dak la masa nak ngadap tv cam bebudak skang ni. JAngan kata bebudak skang la, adik-adik aku tengok tv pun aku jeleh sebab abah aku tak marah dema pun. Apsal time haku dulu, asal aku bukak tv je dia membebel? Punya tak bagi aku tengok, sampai kan aku kena tgk sorok-sorok dan tutup sebelum abah balik keja. Abah aku lak, pandai. Aaaa..memang le dia pandai kan? Ape daaa.... BAlik-balik je dia buleh gi 'rasa' dulu tv tu tengok panas ke tak. 
Alahai..... KAlau panas , musti kena soal-siasat apsal tv tu panas.

Zaman dulu, aku tak berani nak berloyar-buruk cam skang ni. Aku rasa kepala aku tak berapa betul skang sebab tension masa kekecik dulu aaa. HAHAHAHHAA.. Asyik kena jawab soklan bapak je.
So, skang ni korang tanya la soklan pape pun, aku sure leh jawab punyo. 
Ce la tanye!


Berbalik kepada citer iklan tadi, disebabkan zaman penjajahan tumbesaran aku dulu aku susah nak tgk tv, jadi iklan tv tak sempat nak mempengaruhi aku. Tapi, aku leh nampak bebudak sebaya aku banyak yg terpengaruh ngan tv. Dapat beli menan-menan comel, pastu jajan-jajan... coklat suma. 
AKu? 
Tak terpengaruh pun. Kalau aku nak, aku simpan je dalam hati. Tak brani pun nak soh mak pak beli. HAhaha.. TAkut kantoi, aku tengok menda tu kat tv.


Sekarang,

Iklan tv menjadi-jadi. Aku pulak dah ado anak. Aku boleh katakan yang iklan kat tv buleh mempengaruhi kanak-kanak , secara sihat dan tak sihat. 
Buat masa skang ni, Oni suka tengok iklan NAN PRO yang ado orang pakai baju penguin , budak bersin-bersin then last skali budak tu cakap I AM SUPER!!! 
Aaa.. tu la iklan dia. Apa pengaruh iklan tu kat dia?

Tak da pe pun... Dia just suka mengajuk budak laki tu gelak je. Idak pulak dia tarik seluar aku soh beli susu tu ataupun stroller macam budak tu pakai.

Iklan ribena pun Oni suka. Dia ikut menari-nari macam serentak ngan lagu tu.

Even kuar iklan Appolo layer kek pun, Oni tetap tengok je iklan. Dia nyanyi-nyayi je lebih.


Tapi.....



 La ni aku rasa iklan sebenarnya lebih memberi kesan kepada golongan lain - bukan kanak-kanak. 
Kesannya JAUH lebih besar dan memberi impak maksima kepada diri orang tu dan orang sekitarnya. Kanak-kanak mungkin terpengaruh gak ngan iklan, tapi tak sama macam satu golongan atau lebih spesifiknya, kepada manusia berikut:








Photobucket
NO IKLAN FOR MAKBED




Iklan lebih memberi kesan kepada IBU MENGANDUNG seperti aku. 
Takleh tengok menda pun - suma nampak sedap.
 SUMA AKU NAK! 


Kinder bueno, nak.
Pizza, nak jugak.
Aiskrim segala yang tunjuk kat tv, nak.


Apa jelah yang berunsurkan makanan tu, nampak sedappppp je kat mata aku. 


Dah berapa lama dah aku dok teringin nak makan Paddle Pop. Tak kisah la apa flavor pun. Tapi, aku nak eskrim Paddle Pop juga! Eskrim len tak menarik minat. Tapi, aku gi kedai kat petrol pam , takde eskrim tu. Kena gi 7Eleven baru ada. 

Tengah malam, Inche Kitchi gi lepak ngan kengkawan Honda dia, aku sempat gi bagi SMS,soh beli roti ngan eskrim. Eskrim Paddle Pop tu la.
Tengah malam nih! 
TAk ke teruk nak makan eskrim memalam buta?


PAstu aku pun tertido semasa menidokan Oni. MAlam ni, kitorang suma tido depan tv je. 

Kol 3 pagi, Inche Kitchi balik. Aku terjaga sebab dengar bunyi plastik beg. Dia terus gi dapo, bukak peti es pehtu tutup balik. Aku yang baru-baru nak 'menyala' tanya dia..

"Wakk... ado ke eskrim?" 



Slamber je dia jawab... "Dalam peti es..."


Pe lagi........... 
Zuuuppp! AKu bangun gi dapo. BUkak peti es dan ....




TARAAAAAAAAAAA!!!!







Inche Kitchi belikan aku perasa Coklat. 

TErus makan ni. TAk tengok kiri kanan dah... Sampai comot muka aku. 
Siap meleleh kat baju tido ni. Dah le waner putih baju ni. 

Lantak.... Janji leh makan eskrim Paddle Pop.


Lepas tu dia punya rasa lega...huh! Besh nye... Hilang terus mengidam. 
Ooo... ngidam rupanya aku ni. 



Kesimpulannya, jangan bagi mak buyung tengok tv banyak sangat. Kang naya suami-suami.
NAsib baik tak de iklan nasi lemak Kampung Baru ke ayam golek ke ataupun bihun sup utara dalam tv. 
Aih! 
Kalau ado mau berguling-guling aku nak makan suma tu. 

Buat masa skang, aku elakkan tengok citer Jalan-Jalan Cari Makan dan segala rancangan tv seumpamanya. Kesan hasil tontonan adalah di luar jangkaan. Kanak-kanak pun takde terpengaruh macam aku skang ni. 



Nyanyi sikit:


Paddle POP, 
Paddle Pop, yey!
Super duper yummy..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram