Followers

9 Mar 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PASANG LAGU DALAM BLOG

Selalu gak aku baca entri orang yang tak berapa suka lagu dipasang sebagai background song blog. Makbed tak de pasang lagu kat blog. Sebab:-

  • Tak reti
  • Tak tau nak pasang lagu apa sebab aku suka maca-macam lagu. 
  • Kang kalu aku pasang lagu faveret aku suma orang terkejut lalu meninggal dunia. Nak tahu apa lagu faveret Makbed? Gi tanya Inche Kitchi. 


Anyway, aku ada pendapat sendiri tentang pasang lagu kat blog ni. Idak le tak suka... Tak de la pulak suka gila. Aku dok tengah-tengah. Bukan nak jaga hati kawan-kawan blogger yang ada lagu kat blog tau heee... Takk..Takkk..



Kita sebut keburukan bab keburukan dulu la ekk..

AKU TERKEJUT
Inche Kitchi selalu tengok movie pakai pc dia. Sistem bunyi PC dia ala-ala home theater gak tau. Ce bayangkan kalu time tu aku nak BW, pehtu blog tu ado lak pasang lagu. Aku lak terlupa nak perlahankan sikit speaker dia... Mau tak luruh jantung ko? Terus terbang sgala mood nak BW.


ANAK TERKEJUT
Aku nak berBW haruslah kena tunggu situasi aman damai. Sebab ONi, jeles kalu aku duduk kat PC. Kena la bagi dia tido dulu baru leh BW. Tapi, kalau bukak blog orang tu ada lagu-lagu, dengan aku lak terlupa nak check sistem bunyi speaker... Skali kuar lagu maha kuat. Terjaga lak anak aku. Haaaa.... camana nak BW? Kensel la sudahnye...



LAGU TAK MENEPATI CITARASA
Selera kita tidaklah sama. Makbed penah BW kat satu blog, dia pasang lagu yang sangat menyakitkan telinga, dan liriknya agak offensive. Pemiliknya berjiwa metal gitu. Tapi, entri bunga-bunga pulak! Makbed konpius nak proceed kan pembacaan atau nak dengar lagu. Susah nak fokus. Kalau entri dia besh sangat, Makbed tutup je la speaker tu takpun mute kan je lagu. Tapi, kalau sesaja nak berBW tapi ada halangan macam tu, salu aku Sadaqallahulazim je....Maaf laa.


LAGU TU POTONG MOOD DAN EMOSI PEMBACA
Tengah baca entri hepi, kuar lagu sedih. Tengah baca entri sedih-sedih, kuar lagu SHANANA yg Amy Mastura tu. Ko gila? AKu tengah baca entri orang meninggal kot? Camana nak feel ni?



Kebaikannya pulak. ..


BOLEH NYANYI 
Kalau lagu tu besh, ulang banyak kali pun takpe. Tumpang nyanyi skaki. Ada la certain-certain lagu besh yang dipasang tu menarik hati aku.




Aku rasa tu je kebaikannya kot.

WAHAHAHAHHAA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram