Followers

28 Mar 2011

FAKTA KEBENARAN !

BERSALIN Memang Menyakitkan

Sapa cakap tak sakit, memang tipu. Sakit woo.. Yang membezakan kadar kesakitan dialami seseorang individu tu cumalah cara dia menahan kesakitan tu. Bagaimanapun, kesakitan bersalin itu membantu para ibu dalam proses melahirkan. Adalah penting bagi si ibu untuk mempersiapkan emosi, minda, jiwa yang kental agar dapat mengharungi saat kesakitan dengan tenang. Ingat, tak de siapa pun suka dengan orang yang cengeng, suka menjerit-jerit ketika berada di hospital. KAlau anda baby, boleh le nangeh sekuat hati. Nampak comel je. Jika anda boleh mengharungi kesakitan dengan senyuman, maka mudahlah proses bersalin anda kerana anda akan didoakan oleh semua orang yang ada kat spital tu, termasuklah oleh para jururawat dan doktor. Sakit itu pasti. Kalau tak nak sakit, jangan le kawin.. Ye dak? TET!


Kehidupan berubah secara total selepas bersalin.

Dengan adanya anak kecil, kehidupan semestinya tak sama seperti masa lepas. Dulu berdua lebih baik. Skang, bertiga memang terbaekk!! Pehtu, berempat, berlima, berenam...  Pastinya kita mengidamkan zaman bujang-bujang yang mana tidur tak terganggu, segalanya aman damai je. Skang, buleh nak membuta? Jangan haraplah. Tanggungjawab menjadi lebih besar selepas menjadi Ibu, ditambah dengan tanggungjawab sedia ada sebagai isteri. Bila anak yang kita baru lahirkan tu berada dalam dakapan, barulah tersedar bahawa kita bukan bersendirian lagi.


Menyusukan anak tidak mudah dan MENYAKITKAN!

Yaaa.. memang sakit tau. Jangan sesekali ingat semua ibu yang baru melahirkan boleh terus menyusukan anaknya. Bab menyusukan anak ni kadang boleh jadi sensetif bagi si ibu baru. Boleh jadi tensen sebab semua Ibu biasanya mahu menyusukan anaknya dengan susu badan, tapi kerana kurang bersedia dan kurang ilmu, maka proses penyusuan jadi sukar. Emosi si ibu pulak tak berapa nak stabil maka kesannya lebih teruk. Di awal peringkat penyusuan, si ibu akan berhadapan dengan situasi ngeri sikit, tapi normal antaranya luka-luka di bahagian puting susu akibat hisapan kuat dari bayi yang lapar. Errm... tapi korang buleh imagine tak kadar kesakitannya bila puting susu yang sangat sensetif itu luka, then kena sedut then kena pulak air atas luka tu? Buleh tak bayangkan? Haaa...tu dah sepet dah mata korang dok bayangkan ye..? Memang pedisssss..... ssss



Naluri keibuan tidak datang secara otometik

Ada sesetengah Ibu yang sepanjang tempoh mengandung sampai ke bersalin, rilek je. Bila anak dalam tangan dia, dia mula panik. Anak nangeh, dia pun nangeh sama. Dia tak dapat berfikir. Anak dia lapar ke, berak ke... dia takleh bertindak. Kaku. Kalau ada yang berhadapan masalah macam ni, silalah bercakap dengan somebody. Jangan segan memohon bantuan. Naluri keibuan memang tak datang sendiri, tapi ia boleh dipelajari.



Hubungan suami isteri terganggu

Bukan kerana perubahan tubuh isteri sahaja membuatkan hubungan boleh terganggu, tapi kehadiran orang baru dalam keluarga juga turut menyumbangkan ke arah kerenggangan hubungan. Isteri menjadi letih kerana menguruskan rumahtangga dan anak. Lagi bertambah letih kalau si isteri tu bekerja.  Rumah yang dahulunya sepi dan sunyi kini diisi dengan tangisan si kecil. Rumah yang dahulunya terurus, jadi agak tak terurus. Maka, haruslah suami bekerjasama dengan isteri menguruskan rumahtangga serba sikit. Tu pun kalau anda tak mahu isteri anda tido terbongkang di malamnya kerana terlampau letih. Bertimbang-rasalah.



Perubahan bentuk tubuh yang ketara

Ini memang pastinya berlaku selepas melahirkan.  Ada yang berubah jadi lebih baik. Ada yang berubah ke arah yang tidak baik. Jadi, kenalah bersedia dengan perubahan yang bakal melanda, dan persiapkan segala peralatan dan bahan-bahan untuk kembali kepada bentuk asal sewaktu tempoh kehamilan. Jangan masa dah bersalin baru nak survey produk kurus dan segala jamu. Siapkan semua. Cari tukang urut yang sesuai dgn anda. Tidak rugi berbelanja lebih untuk kesihatan sendiri dan keharmonian rumahtangga kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram