Followers

25 Mar 2011

Cerita kami pagi-pagi

  • Kami 3 beranak tido di hall sebab lebih sejuk dan ada tilam besa. 
  • Ibu bangun jam 6.15 pagi, senyap-senyap je bangun. Tak boleh bunyi 'adeh' atau bagi menda apa lain berbunyi gak sebab nanti Oni bangun. Kalau rasa nak kentut pun, simpan dulu. Kentut bila dah masuk bilik.  
  • Ibu cepat-cepat mandi dan solat Subuh. 
  • Biasanya Oni akan terjaga bila aku selesai solat. Dia akan nangeh kalu didapati aku tiada kat sebelah. 
  • Buat susu Oni. Kasi minum dulu. Kalau dia tido balik itu adalah satu BONOS. Tapi biasanya dia tak tido dah. 
  • Aku bersiap sambil diganggu Oni. Aku mekap, Oni nak mekap. Aku pakai tudung, dia pun nak tudung. Aku pakai celak, dia pun sibuk tolak-tolak bontot aku nak pakai celak. 
  • Bila aku tak layan dia pi punggah kain baju kotor dalam laudry basket. 
  • Tetiba je dia duduk bertinggung sambil wat muka ketat. Ce teka dia wat pe?
  • Pehtu kan, bau busuk satu kawasan jajahan dia. 
  • Aku yang dah cantik-cantik ni, gi siapkan beg tangan, taruk depan siap-siap. Lektop boh kat kusi. 
  • Gi basuh berry Oni dulu.
  • Main kejar-kejar ngan Oni sebab Oni lepas basuh berak sure lari tanak pakai pampers. 
  • Apak bangun sebab dengar bunyi bising.
  • Dapat tangkap Oni, pakaikan pampers.
  • Ok dah siap. Kena suruh Oni muah Apak pehtu cium tangan Apak sebelum kuar umah. Ni memang rutin hari-hari. Tujuannya adalah untuk kasi Apak terus bangun tido. Kang dia lewat gi keje. Aktiviti ni kadang-kadang amik masa sampai 10 menet tau.
  • Ibu pakaikan kasut Oni.
  • Ibu bawak henbeg, galas beg lektop. Bukak pintu, Oni kuar. Tutup pintu. Ibu cakap..."Oni, tunggu Ibu dulu." KAlau tak cakap cemtu, Oni akan turun tangga sendiri. Bahaya!
  • Pegang tangan Oni sambil turun tangga satu-satu dan kira 'one two three' atau 'satu, dua , tiga.." 
  • Kalau dia malas, dia akan hulur tangan sambil cakap "KONG!!!" Nak dukung la plak. Maka ibu dukung la. Berat bebanan semasa turun tangga op kos melebihi 10kg ketika itu. 
  • Sampai kereta. Masukkan Oni dalam kereta, start enjin. Susun beg kat seat belakang. Then, drive gi umah Pengasuh. 
  • Sampai pengasuh, jalan lak gi nek lif. Sementara nak turun dari keta tu, gado gi ngan Oni. "Nanak...Nanakk...." tak nak turun keta. Tapi last skali turun gak sambil sengih tayang gigi. 
  • Dalam lif dia loncat-loncat cam budak terlebih gula sambil sepak-sepak pintu lif. Serius aku taktau mana dia blajar wat camtuh. 
  • Bila pintu lif bukak, dia hulur tangan sambil cakap "KONGGG!" Suruh dukung lagi padahal umah pengasuh tu cuma 5 tapak je kot dari lif. Ngade tak?
  • Kalau tak ikut cakap dia, dia merajuk. Yela..aku pikir anak ni nak manja-manja ngan aku kan. Tak lama lagi dia nak ada adik lak. Taknak le dia terasa. So, aku layankan jeeeee..........
  • Sampai umah pengasuh, ketuk pintu then Oni pun masuk. Sebelum aku tinggal dia akan muah muah dulu. 
  • Baru gi keje ngan aman.


Sonok ooo kena muah ngan Oni. Siap ade bunyi lagi!







-entri takde motip-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram