Followers

22 Mar 2011

Catatan 26 Minggu. Emosi ku agak sedang pasang ketika ini.

Di ketika ini, tido malam ku tidak mungkin selesa lagi. 
Serba tak kena. 
Rasa cam nak duduk atas kerusi yang boleh ekjas tu, tido duduk je Baby aktif di tengah malam. 
Tendangannya saja buleh buat aku terjaga. Tapi, camana pun aku kena usahakan tido yang cukup sebab lepas baby ni lahir, lagi tak cukup tido aku! 
Giyaaahhhh!!



Aku masih lagi tercari nama sesuai untuk baby no. 2
 MAsih mengenal-pasti karakter beliau di dalam perut. 
Hehee..
Masa Auni dulu..
Aku tau dia la sumber ketenangan aku ketika berjauhan dengan Inche Kitchi.
Aku sendirian bersamanya dalam perut aku yang makin besar saban bulan.
TAtkala aku nangeh rindu, sakit atau runsing, Auni akan gerak pelan-pelan..
Like she was reminding me that I was not alone.
"Mom, I'm here. Don't be sad."
 Auni Alwani,
Ibu namakan kamu dengan maksud yang Ibu rasa paling sesuai dengan diri kamu.
Warna-Warna Ketenangan.
 tapi , kamu pulak tak reti bertenang ye...
Buas betol! 
Memang elok le nama tu untuk kamu.
Ibu panggil kamu Auni bererti TENANG
dah jadi doa dah. 
Supaya kamu bertenang sikit. 
Heee...


Camana lah kamu bila adik dah lahir nanti?


Skang ni memacam persoalan kat kepala ni. Boleh tak nak tulih je suma soalan kat sini. Tak suruh sapo jawab pun, tapi saja je nak luahkan perasaan. 

  • Bila orang tanya aku nak salin kat mana aku seriusly taktau nak jawab. Aku tak plan pun mana nak bersalin. KAt mana aku rasa sakit nak bersalin, aku akan cari hospital terdekat la. Ntah napa aku rasa aku bakal rasa sakit bersalin kat opis kali ni. Musti sangat adventure kan masa tu?
  • Hospital Manjung ke nak salin? Spital ni takde kelas 1. Waktu melawat kejap je. Layanan? Tak sure la. Ikut nasib kot. Masa Oni dulu, baik-baik je layanannya. Takde lak kena marah ke hape. Org nak melawat pun senang.
  • Hospital Tentera Laut Lumut kah kali ni nak bersalin? Saja nak try. Tapi, situ takde wad kanak-kanak. Buatnya baby lahir ada komplikasi (kita taktau kan..) even kuning ke, HATL akan bawak nek ambulans, hantar gi Hospital Manjung jugak. Layanan? TAk sure. Tapi situ ada bilik kelas 1. Buleh la Oni duduk tido dalam bilik tu. Inche Kitchi nak melawat pun dekat. Depan umah je. Tapi, orang luar susah nak masuk melawat. Pastinya yang datang tu geng navy-navy je. PEminat-peminat lain takleh masuk. Waahha~
  • Normal atau C-section kali ni? Hopefully normal laa. And kalau normal pun, harap takde la koyak-jahit kendiannya. Ehh.. ado sapo terer kasi tips camana nak bersalin normal version tak kena jahit punyo? Ari tu Makbed kena jahit gak sikit. BUkan pe... Aku takut dema ni jahit salah. Satu ketakutan yang maha ngeri bila jahit salah then kena jahit semula tanpa bius. Ohh.... Ya Allah. Jauhkan lah aku dari menda cam tu. Aku dah dengar dari banyak orang dah ni. GULPS!
  • Penjagaan diri ketika pantang. Dah cukup segala ke? Mampu ke aku nak berpantang sendiri. Oni camana? Alhamdulillah, bila aku pikir camni tetiap kali , aku tau ada jiran-jiran yang boleh tolong bila aku perlukan diorang. Tapi, sapo lak nak jaga Inche Kitchi ni? Nampaknya cam jiran aku kena masak lebih la untuk beliau. HAHAHAHA.. LArat nak makan nasik putih ngan lada hitam je kan? TApi, apsal aku rasa cam BOLEH je pantang sniri?
  • Anak sulung aku, Auni Alwani tu. Haaahhhh! Aku selalu je risaukan dia. Nak tinggalkan dia ngan Mak Tok atau Umie (Mak Mertua Makbed) , tapi kesian. Aku dah takmo berjauh ngan dia lagi. Nanti dia jadi unpredictable. Manja. BOleh nampak dia berubah bila duduk jauh ngan aku dan Apak dia. Plan stakat skang ni, Oni akan dijaga pengasuh dia setiap hari. Apak akan antar dia gi pengasuh. Petang, balik umah. Maybe aku mintak adik aku Kimi teman aku sepanjang tempoh pantang untuk jaga Auni. Kimi buleh masak makan untuk aku skali. Oh, Kimi. Plis make yourself available pada bulan 6 ni. Plis! Plis! 
  • EMOSI. Semoga aku tak de tekanan perasaan berlebihan masa berpantang. Sebab, masa pantang kat umah Mak dulu, aku memang ado tekanan perasaan. Makbed jenis suka duduk rumah sendiri bila waktu-waktu sulit seperti self-healing ni.
  • KURUS kah? Adehh.. ni pun satu gak ni. Agak-agak, nak dapat balik berat 54 kilo paling koman pun, mustahil tak? Berat skang 67 kilo dah ni. Makbed takde menyimpan cita-cita nak berat masa anak dara..iaitu 48 kg. Taknak over sangat bab bercita-cita ni. Kang tension. 
  • Boleh ke nak jaga 2 orang anak niiiii???? Camana aaa? Takleh nak imagine laaa. Jaga Oni pun aku dah terbongkang dah. HUkhukhuk!


Kenapa nak pantang sendiri di rumah?

Sebab.... rumahku syurgaku.
Rumahku ada hot shower.
Rumahku ada Astro.
Rumahku ada Streamyx.
Rumahku ada tilam mudah alih.
Rumahku ada pokok mengkudu di belakang rumah.
Rumahku ada jiran-jiran yang kelakar.
Rumahku ada suamiku. Harus kena amik bau ketiak bila emosi tak stabil. Tu yang paling penting.





Eksklusif dari Makbed yang sihat.





Sokongan padu adalah amat penting ketika situasi begini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Tenangkanlah hati, jangan biar kan hamba-Mu ni bersangka buruk dengan ujian-Mu. Teguhkan lah iman dan jiwa serta maniskanlah wajahku agar tidak terpancar cahaya kegelabahan yang membuatkan orang jadi bengkek je ngan aku. AMIN~
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram