Followers

24 Mar 2011

Camana nak handle perasaan bila tahu suami anda curang?

Umum mengetahui cara-cara mengesan pasangan yang curang. TAk kiralah yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin. Pendek kata, kalau orang menipu ni tidak lama, lambat-laun diketahui juga.

Bagi yang belum berkahwin tatkala mengetahui pasangan curang, jalan paling selamat ialah BLAH JE. Jangan tunggu lama-lama. Soal peluang kedua, ketiga dan kelapan tidak timbul. TApi, jika jodohnya siapa mampu menghalang kan?  Tetapi, bagaimana pula dengan yang sudah berkahwin? APakah boleh slambe je mengambil jalan akhir iaitu PUTUS tanpa sebarang peluang diberikan?


  1. Tarik napas dalam-dalam. Rilek je.
  2. Bincang ngan suami. Tanya dia bebetul. Soklan patut ditanya ialah...
  • siapa orang tu?
  • anak sapa?
  • berapa lama dah kenal?
  • sejauh mana hubungan dia dengan orang tu.
     3.  Tak payah tanya dia "kenapa awak curang?" atau soklan yang sama jenis dengannya. Sebab jawapannya buleh buat korang kecewa habih. Kita memang tak paham kerja orang laki. Suami anda tidak akan sesekali jelaskan kat anda secara detail kenapa dia curang dengan anda kerana dia seboleh-bolehnya cuba nak jaga hati anda lagi. And, laki tak suka kena beri penjelasan banyak-banyak. Diorang kadang buat menda tanpa reason. Sama gak la cam kita pun.

    4.   TAnya dia kemudiannya apa kesudahan relationship dia. Adakah dia nak terus curang, atau pun dia nak putuskan. Ataupun dia nak kawin ngan orang tu. Takyah nak nangeh-nangeh bagai depan dia. Buang masa. LAki tak kan kesian ngan drama ayaq mata cam tu. Kalau dia ada belas kesian, takkan dia curang lak kan?


    5.  Kalau tak mengaku? Cakap le camni... " Oo..betul ke awak tak skandal ni? Saya baru plan nak izinkan awak kawin lagi satu. Rugi la awak. Kalau tak skandal, tak pela. Lega saya...." Ce tengok apa respon dia selepas itu. HEHEHEHE...


   6.  Kena terima hakikat yang lelaki zaman skang ni dah makin kurang dan diri kita sendiri pun tak de kekal lawa macam zaman anak dara dulu. Kita takleh ajar orang lain erti harga-menghargai ni. Kita sniri pun adakalanya terlepas pandang dari menghargai suami kita. Jika boleh dibawa berbincang secara baik , hati ke hati maka silalah berbuat demikian. Elakkan dari marah-marah kerana kalau marah, daripada kesudahannya elok akan jadi lebih buruk.


   7.   Lelaki cuak dengan prempuan yang cool dan rilek. Lagi bagus kalau anda tak menunjukkan sebarang ledakan emosi. Lagi dia pelik kalau anda siap leh buat lawak lagi dengan situasi tersebut. Tapi, lawak-lawak jugak. Tindakan kena betul. Gi la jumpa kaunselor perkahwinan. Kecurangan tak semestinya berakhir dengan penceraian.


    8.  Jika suami anda memang berkelayakan untuk memadukan anda, semestinya anda kena redha. Tapi, lelaki ni berskandal kekadang tak de pun dia nak kawin ngan orang tu. Saja siok-siok je. Ni yang jenis lupa diri dan landasan agama la ni. Mintak le dia kawin. Dari dia terus buat dosa, anda pun tumpang skaki gak kan. Kita kawin ni bukak takat dunia je nak idup. At least kalau dia tak buat dosa banyak-banyak, kita nak beribadat pun senang.


   9.  Jangan sesekali buat scene gi attack si wanita yang berskandal dengan anda. Jangan serang-menyerang dalam fesbuk apatah lagi membuat serangan bersama pihak bersekutu. Adegan tari-menarik rambut dan tudung adalah sangat hodoh dan memalukan kaum hawa. Orang gelak je beb. Kalau nak gado, gadoh bebetul secara berhemah. Skali pukulan padu sahaja. Selalu, perempuan yang ada ilmu persilatan dan mempertahankan diri tidak memilih untuk gado version tarik rambut ni. Dia pakai talam je.

"Ko geli-geli ngan laki aku ye?"

TANG!!!!! Sekali je dia bagi. Pehtu dia blah. Cenggitu le caranya. JAngan cakap banyak. Kalau masuk fesbuk pun, orang akan salute anda banyak kali.


    10.   Jangan memaki hamun dan memalukan si perempuan yang skandal ngan suami anda. Anda kena tunjuk satu sikap mahmudah, biarpun hati sakit. Jangan kutuk-kutuk sampai keluar hal-hal dalam kain semua ye. Bukan apa...kejap lagi si skandal cakap menda bukan-bukan, sampai ke bab "ko tu yg tak reti jaga laki sniri" haaa... yg tu memang sapa-sapa dengar pun marah. So, better jangan mulakan.


     11.  Kalau si skandal tu call sniri gitau bahawa dia sedang skandal ngan suami anda, ajaklah bersua 6 mata dengan suami skali. Senang begitu. Tengok masing-masing punya reaksi camana. Kadang-kadang, boleh jadi tu suma fitnah je.


   12.   Jangan maki hamun suami walaupun betul dia curang. Puji dia. "Bagusss tindakan abang tu. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia isteri Abang." Version Lan Petpet dalam citer Senario The Movie. TAkyah wat muka masam ke hape. Senyum je. HEHEHE... bleh ke?


   13.   Berdoa agak Allah kuatkan diri anda dan selamatkan lah anda dari melakukan dosa besar. Dosa suami anda? Takyah risau-risau. Dia dah beso. Mak abah dia dah ajar bab dosa pahala ni. Biar dia tanggung sendiri. Anda kena jaga bahagian anda iaitu SYURGA ISTERI DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI.


Ok tak tips ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram