Followers

25 Mar 2011

Cakap tak serupa bikin? Bagaimana dengan anda..

Jangan mengata kat orang 'cakap tak serupa bikin'. Kita pun sama je. 
Tahu?



Bila dengar berita kawan cerai-berai slamber je dia cakap "oo.. tu bini dia tak reti jaga diri la tu. Suami dia cari lain." Padahal, dia sniri pun taktahu pokok pangkal cerita. Mana lah tau diorang bercerai sebab masalah kesihatan ke hape. Skali, orang yang mulut celupar tu pulak ditinggalkan suami dia. Hah, nak cakap ape? Ko tak reti jaga diri jugak ke?


Kita nasihat orang pasal kuruskan badan atau kita jual produk kurus. Bercakap pasal produk kemain lagi macam berkesan sungguh. Tapi si tukang cakap tu kalau timbang berat pun penimbang tu suruh " SILA TURUN SKANG!" Ape kessss??


Sama gak la macam jual produk kecantikan muka pun. Beria rekemen kat kita produk ni bagus , awet muda, pipi licin lepas pakai, kulit jadi putih gebu tapi yang tukang rekemen tu muka dia lagi banyak jerawat batu dari kita. Ataupun muka dia putih melepak tak sama kaler ngan leher dia. Gila takut kot nak beli produk tu.


Beria jadi penasihat rumahtangga kat kita bila kita ni gegado ngan pasangan. Tapi, bila time dia gado, habih pinggan, pintu, cermin pecah. Laki dia pulak mai ketuk pintu  umah kita mintak tumpang tido. 

 
Kita bercerita bagai nak rak pasal kepentingan menjaga kesihatan. Jangan makan menda manis, bergaram lebih. Kena bersenam selalu. Tapi, kita smoking buss...busss.... sembur kat muka anak bini kita. 


Awak jual insurans kesihatan tapi awak takde beli insurans untuk diri dan keluarga sendiri. 


Kita kutuk anak orang lain tak belajar tinggi, kawin awal, beranak ramai, keja ntah pape ntah, takde masa depan. Tapi awak tu belajar tinggi-tinggi, tak kawin-kawin , pehtu asyik keje brenti. Keje brenti..keje brenti. Tu la kejenye. 


Bila bencana alam seperti banjir , gempa bumi, tsunami berlaku, kita menyalahkan dunia yang terlampau maju sehingga merosakkan alam sekitar. Pehtu salahkan kerajaan pulak sebab bina kilang banyak , lepaskan asap tebal. Yang kita tu gi supomaket bawak beg plastik berbondong-bondong balik umah tu tak de plak pencemarannya. Tak masuk pampers kita ngan anak lagi tu. Pehtu, bila soh participate Earth Hour, tutup lampu suma untuk sejam, mengadu panas ketiak bagai. Caner? 


Mahu anak berjaya dalam hidup tapi bila soh wat saving plus investment plus insurans untuk si anak dia tanya pulak "berapa paling sikit boleh boh?"  



Marahkan orang bawak bas laju sampai eksiden mati ramai-ramai, tapi kita tu bawak keta macam kena rasuk iblis. 



Beria suggest kat kerajaan suruh bekukan lesen  drebar bas yang tak berdisiplin bila bawak bas tu, tapi kita tu bawak kereta takde lesen siap takde roadtax lagi.


Beria cakap kat suami, takpelah nanti kita share le bayar Astro lepas awak boh Cartoon Network untuk anak, tapi sampai ke sudah tak nampak duit share nye. Lagi banyak mintak ado la. HAHAHAHAHAHAHAHA..... tett!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram