Followers

9 Mar 2011

Bila anak Terkunci Dalam Bilik Air...

Ni bebaru terjadi ni. Member aku citer kat aku.


Kak Senah (bukan nama sebeno) suri rumah. Dia tinggal di rumah dengan anak kecik dalam lingkungan umur setahun setengah ke dua tahun gitu. Petang tu mcm biasa, Kak Senah tunggu suami dia balik jam 5.30 petang. Sebelom tu, dia gi mandi dulu.

Nak dijadikan kisah, time dia siok mandi, anak dia yang baru-baru nak menjadi bijak ni gi KUNCI PINTU BILIK AIR dari luar. Stended la pintu bilik air kang kita taruk kunci (ntah hape nama nak panggil kunci selak tu. Aku google pun tak jumpa sebab tatau nama betui dia). Kita kunci sebab taknak bagi anak tu masuk tanpa pengetahuan kita kan? Haa.. anak dia ni gi kunci pulak. Sampai pulak tangan si anak tu, atau maybe kunci tu dipasang rendah.

Tuzki Bunny Emoticon

Bila Kak Senah abih mandi, dia pun nak kuar. Tapi camana nak keluar kalu dah terkunci di dalam?! Dalam masa yang sama, si anak kecik tu gi main kat JAMBAN sebelah bilik air tu. HAAA.... Kak Senah dok dengar anak dia main air kecepeh-kecepeh dengan girangnya.


Korang leh bayangkan tak situasinya?






Kak Senah cuba gak gegarkan pintu tu namun tak berdaya nak keluar.Tuzki Bunny Emoticon Aku tatau le pintu tu camana, tapi kalau kederat pompuan tak daya kot nak sepak-sepak pintu sampai pecah cam dalam citer Charlie's Angel tu kan. Maka, Kak Senah menjerit-jerit meminta tolong. Takda sapa pun dengar. Pucat lesi muka Kak Senah, kalu ditoreh pun takde darah gamaknya keluar. Dia risaukan si anak yang tatau pape tu, dok main air. Dah le dalam jamban lak tu. Buatnya lemas ke hapa kaan... Ahhh, sudah.





Masa tu, pikir macam-macam-macam menda yang buruk. Nak pikir positip pun tak leh dah aku rasa. Korang buleh? Doa je jangan le jadi apa-apa kat anak. Kak Senah dah panik mengenangkan kang JADI PAPE KAT ANAK KECIK TU. Dah le anak sorang! NAngeh-nangeh la Kak Senah meraung sampai gegar-gegar pintu bilik air tu. Kuat gak la dia gegar, sambil tu dia jerit minta tolong.


Yang si anak ni pulak bila dengar omak dia jerit, dia pun panik. Dia pun meraung skali kat sebelah tu.MySpace Haaa.... sudahnya dua-dua meraung secara berduet - sorang dari dalam bilik mandi, sorang lagi dalam jamban. Bezanya, yang dalam jamban tu tak terkunci. Yang dalam bilik air tu, dikuncikan. Camana nak suruh anak tu bukak pintu, bukannya dia paham arahan pun kan?


Tuzki Bunny Emoticon


Last skali, ayahnya pun balik. Nasib baik ayah balik on time. BAlik-balik tu terkejut la dia bila dengar tangisan dua insan yang disayangi kat bilik air. Bila dia bukak pintu bilik air, dia tengok Kak Senah dah merah padam muka, nangih tersedak-sedak teresak-esak dalam tu. Kak Senah kuar bilik air terus peluk anak dia.



Haaa.... apakah pengajaran yang anda dapat dari cerita di atas? 





Korang penah baca entri Makbed yang lebih ngeri dari ni?
Ni Makbed sniri mengalaminya. 

 KLIK




citer di atas adalah dari pemberitahuan Kak Yati. Saja aku tulih sini sebagai pengajaran kat diri sniri dan kawan-kawan sume. Beringat Ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram